Thursday, February 25, 2010

salam maulidur rasul

 

Tanggal 12 Rabiul Awwal, ketika malam isnin persamaan 20 April tahun Gajah  merupakan detik kelahiran Rasulullah S.A.W yang tercinta. Rasulullah merupakan seorang manusia yang boleh di jadikan contoh ataupun role model kepada umat manusia. Hal ini disebabkan Rasulullah mempunyai sifat yang terpuji dan juga merupakan seorang Nabi dan Rasul yang di utuskan oleh Allah S.W.T kepada sekalian manusia. Banyak perkara yang telah diajar oleh Rasulullah kepada umatnya supaya menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah kepada Allah S.W.T dan juga menjadi seorang khalifah yang dapat mentadbir dengan sebaik-baiknya di muka bumi ini.

Pelbagai halangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh Rasulullah dalam menyebarkan agama islam ini.Tetapi dengan berkat kesabaran dan yakin dengan agama suci ini akhirnya agama yang suci ini dapat berkembang keseluruh kawasan Arab dan sehingga ke pelusuk dunia.Usaha Rasulullah ini juga telah diteruskan oleh sahabat handai baginda dalam zaman Khulafa Al-Rasyidin dan terusnya zaman Umaiyah,Abbasiyah dan yang terakhir zaman Uthmaniyyah. Walaupun zaman kegemilangan Islam sudah tiada, tetapi semangat islam yang ada dalam diri umat islam masih ada lagi. 

Ketika ini umat islam sudah mempunyai pelbagai bangsa, keturunan, pelbagai warna kulit dan bahasa.Tetapi walaupun mempunyai pelbagai perbezaan, mereka telah dianggap sebagai saudara dan islam juga mengajar umatnya supaya berkasih sayang semasa saudara dan menghormati agama lain.

Islam merupakan agama yang suci dan benar yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia melalui nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu,sempena dengan hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan umat terdahulu yang bersusah payah menyebarkan agama islam. Kita perbanyakkan berselawat keatas junjungan nabi kita iaitu nabi muhammad S.A.W kerana apabila kita berselawat sekali maka Rasulullah akan membalasnya sebanyak 10 kali.. Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya sehingga apabila Rasullullah hendak meninggalkan kita dia masih menyebut..ummati!ummati!ummati..

Renung2xkanlah.............


Monday, February 22, 2010

Kanser dari sudut perubatan moden..

 

Di Malaysia, penyakit kanser adalah salah satu daripada 10 penyebab utama kematian Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta penambahan pendudukan yang meningkat usia.


Apa itu penyakit kanser??

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. kanser adalah sejenis sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan    pemusnahan sel-sel    berdekatan atau merebak ke organ-organ  . Sebagai contoh, kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru.


Apakah yang menyebabkan kanser???

Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90 peratus daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan carahidup.. Punca-punca risiko kanser boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:
  •   Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina,umur dan pembentukan genetik.
  •   Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.

 Faktor risiko penyakit kanser:
  • merokok
  • makanan mengandungi lemak yang tinggi
  • pengambilan makanan yang diawet dengan garam,bersalai dan jerut nitrit
  • melakukan seks pada usia yang sangat muda
  • pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  • mengunyah sirih tembakau
  • pendedahan pada agen karsinogen

sumber diperolehi daripada majalah milenia muslim keluaran februari 2010

me+frenz

 


sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada yang mencerita....Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan......Kerana dia juga manusia....Dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.....Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan....Jadilah kita kawannya itu...Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan....Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...Di sebalik ketenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu...tetapi!!! jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia...mungkin kita akan tahu...

mujahidah sejati

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons