Saturday, November 27, 2010

BagaiMana nak PupuK dIRi suKa MembaCa??? SenaNg aje.. M0h TeMan BagI tIPs MudAh.................::)


Jangan marah kalau saya katakan majoriti masyarakat di Malaysia tidak suka membaca buku. Especially buku-buku yang tebal-tebal.. Kebanyakkan diaorang akan cakap BUSYLAH,....BORING BACA BUKU TEBAL-TEBAL....SAYA MEMANG TIDAK SUKA MEMBACA DARI KECIL!!!


Semua itu hanya alasan sahaja. Tahukah kita sesebuah negara yang maju disebabkan rakyatnya berilmu dan suka membaca.. Sebagai contoh masyarakat Eropah.. Masyarakat Eropah sangat suka membaca dan sentiasa membawa buku dimana-mana sahaja. Berbanding negara kita yang hanya berminat membaca surat khabar dan merasakan sudah cukup hanya membaca surat khabar...Argggggggg!!!

Sikap sebegini kita harus buang dan mulalah pupuk minat membaca kerana amalan ini banyak faedah bagi kita dan kehidupan kita nanti...Ayuh jangan buang masa lagi.. Moh kita ikut tips ini.......................................::::::

1... Pertama sekali kita kenalah tetapkan nawaitu untuk minat membaca kerana segala amalan yang kita lakukan bermula dengan niat.. Jangan lupa tu.

2...kalau sesiapa yang tidak pernah membaca dalam hidupnya saya sarankan bermula dengan buku-buku yang ringan-ringan sahaja. Contohnya seperti majalah-majalah yang memberi info kepada kita.. Lebih santaikan...

3... Anda juga boleh membaca blog-blog di internet. Sekarang ini banyak blog-blog yang mempaparkan tentang inf0-info terkini.. Tapi jangan pula baca benda-benda yang mengarut.. Buang masa kome je..

4...Anda juga b0leh membeli buku-buku atau novel-novel yang boleh menarik minat anda membaca. Contohnya kalau anda minat dunia halus-halus ni.. Bolehlah beli novel hantu.. Kalau anda seorang Mat atau Minah jiwang.. Belilah novel-novel cinta.. Mana le tau satu hari nanti anda boleh jadi novelist pulak..Kan2x

5.... Jangan beri alasan malas dan sebagainya. kalau anda hendak tahu kebanyakkan orang-orang Er0pah ini kat t0ilet pun membaca..Tapi kalau betullah anda ini memang jenis busy je 24 jam.. Saya sarankan sebelum tidur cuba baca buku.. Ambil masa 15 minit untuk membaca.. Sekurang-kurangnya anda latih diri untuk membaca.. Selain itu, kalau-kalau tengah tunggu meting ker? client ker? Anda cuba isi masa dengan membaca.

6...Apa kata hujung minggu ini anda luangkan masa di library.. Ambil masa selama 2 jam untuk membaca buku.. Selepas itu bolehlah anda teruskan aktiviti anda seterusnya.. Aktiviti-aktivit yang biasa anda lakukan  pada hujung minggu.. Bolehkan ubah sikap jadual harian anda pada hujung minggu.

7... Agak susah juga hendak start membaca buku ini.. Terutamanya buku-buku tebal.. Saya sarankan anda mulalah dengan membaca secara perlahan-lahan.. Ambil masa 1 jam sehari.. Selepas itu, 3 jam sehari dan seterusnya.. Kaedah ini saya amalkan mula-mula saya membaca buku.. Cubalah..

Finally, I h0pe tips-tips ini membolehkan anda minat membaca buku.. Tidak kiralah jenis buku anda baca.. Tapi jangan buku-buku yang bukan-bukanlah.. Membaca buku amat berfaedah kepada diri kita.. Ianya membolehkan diri kita berfikir dan menjadi seorang yang matang..............""""""""""""".....................

Friday, November 26, 2010

FruSt BerciNta.. D0nT w0rry la.. Just f0lloW mY Tips

Bila cinta dikianati menyebabkan hidup ini tidak bermakna lagi.. Segala sumpah setia yang dijanjikan semasa bercinta dulu.. Punah dek kecurangan si dia.. Jangan bimbang. Kumbang bukan seekor.. Banyak lagi kumbang-kumbang menanti dan lebih bagus dari kumbang jahat tu.. Heheheh~ Bagaimana hendak lupakan si dia yang curang tu..?? Senang aje.. Just follow je tips yang saya bagi.. Cewah macam doktor cintalah pulak.. Anyway, jom baca tips di bawah ini...::::

tipsnya...................:::

1   banyak-banyaklah berdoa supaya korang dapat lupakan si dia.. Jangan lupa juga berdoa untuk mendapat jodoh yang lebih baik dari orang itu.. Mungkin perpisahan ini ada hikmahnya.. Si dia yang korang puji tidak sesuai dengan diri korang.. Selain itu, mungkin Allah hendak menegur korang yang selama ini sering melakukan maksiat. Yelah sepanjang bercinta mana korang ingat haram ker halal? Muanasabahlah kawan oi... Jangan lupa jugak.. Banyakkan buat solat hajat.. Supaya dapat jodoh yang baik. Boleh membimbing diri korang di dunia dan akhirat.. Itu yang penting tu...

2   Banyakkan melakukan aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan. Dulu semasa bercinta punyalah rak mana ada masa korang dengan family. 24 jam asyik berkepit je dengan boyfriends.. Sekarang bile dah berpisah apa kata korang tumpukan kepada keluarga.. Banyak faedah bila korang bersama keluarga. Sebagai contoh hubungan keluarga yang dulu renggang. Apabila bersama hubungan silaturrahim bertambah erat.. Kalau dengan kawan-kawan pun sama.. Tetapi carilah kawan-kawan yang memahami jiwa sanubari korang.. Key wordnya yang suka duka akan bersama korang..

3   Kalau korang punya tahap frust tu tinggi sangat. Apa kata berjumpalah dengan pakar kaunseling yang bertauliah.. Biasanya kaunseling ini tahu bagaimana hendak mengatasi masalah yang korang hadapi.. Diaorangkan dah belajar psikologi manusia. Kalau tidak bagaimana dapat Degree.. Betul tak? Selain itu, kadang-kala korang memerlukan teman sebagai tempat luahan hati korangkan.. Tapi saya sarankan biarlah tempat luahan korang itu kawan perempuan yang boleh simpan rahsia korang.. Kadang-kala kawan perempuan ini lebih memahami perasaan berbanding kawan lelaki.

4   Jangan sesekali korang mempuyai perasaan dendam dan hendak membalas perbuatan si dia. Biarlah dia dengan dunia dia.. Kalau boleh buanglah segala memori korang itu.. Kalau disimpan takut perasaan benci korang kepada si dia semakin menjadi-jadi.. Kalau boleh kita maaf jelah perbuatan dia itu.. Kalau nabi pun boleh maafkan umatnya.. Apatah lagi kita manusia yang sering melakukan dosa dan alpa.

5   Anggap jelah perpisahan ini mempunyai hikmah disebaliknya dan menjadikan diri korang seorang manusia yang matang.. Ambil pengajaran daripada perpisahan ini.. Selain itu, berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup.. Ingat tu!

6   Bagaimana kalau si dia si dia sudah insaf dan hendak kembali dalam hidup kita? Kalau situasi korang macam tu saya sarankan tidak perlulah menjalinkan hubungan kembali.. Orang kata bila seseorang itu mula curang mungkin dia akan curang dengan kita lagi.. Tetapi terpulang kat koranglah..!! Yelah bila cinta masih lagi ada especially cinta itu merupakan cinta pertama menyebabkan kita memaafkan si dia itu dan kembali menjalinkan hubungan cinta.. Kalau macam tu saya sarankan korang berkawan jelah dulu.. Tengok sejauh mana cinta  dia kat korang...Dalam masa berkawan tu korang test la si dia.. Nak menguji cinta dia kat korang.. Kalau jeles tahapnya tinggi.. Kompem dia masih sayangkan korang.. Tapi awas jugak kalau cemburu dia kuat sangat. Takut jugak nanti dia jadi king control pulak.. Pandai-pandailah korang handle situasi ini..

::: Kisah benar-Pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila-1982~

Kisah ini hanya sebahagian daripada buku yg disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon,tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’



Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73

Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirkan di Shatila.Saya anak sulung.Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku ketasa diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden,Bashir gemayel,pada 14hari bulan.Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib(phalange).Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kpada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel.Pada 1976,Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya,dan mereka menyembelih atau meghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian.Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu,pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.

Pada pkl 5.00 ptg 16 Sept,saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi,berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila.meskipun mereka bertutur dlm bahasa Arab,saya tahu dr pelat mereka bahwa mereka bangsa asing.mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.

Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku.Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setalah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya krn keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air/letrik.

Saya pulang ke rumah,menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka.Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tmpt berlindung,dia menyuruh saya membawa Maher,adik lelaki saya.Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th.Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung,kami mula ternampak pemandangan yang ngeri,tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan,tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali,iaitu suara jiran kami Abu Rida,dia mahu kami membantunya.”Mereka menyembelih kami,membunuh kami,merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”Kemudian dia memberitahu kami,”lari dari rumah kamu,jangan tinggal didalam rumah kamu.Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.”Saya bertanya siapa melakukan semua ini,tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,”kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu.Kata bapa saya,”dijauhkan tuhan,tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya,hari Jumaat 17 Sept.Pada mlm itu jiran kami menumpang dirumah kami,seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.

Pada pukul 4.30pagi esoknya,jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11tahun memutuskan untuk pergi ketas bumbung rumahh untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari.Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit,adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi,tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu,bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah,bapa membuka pintu dan kami melihat 13orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami.Beberapa orang berdiri diluar pintu,sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.

Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya,manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami.Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk,Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada.Saya menyahut,menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.Jawabnya”kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil,aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya,bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah.Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu,menyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua,Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah.Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu.Mereka merampas wang kami-40 000 paun Lubnan-dan semua cincin kami,bahkan cincin perkahwinan bapa.Salah seorang dr mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik.Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala,dan membelakangi mereka,mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang,Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan.Mereka mula menembak kami.Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa.Adik lelaki saya Shadi,3tahun, Farid-8,bassam-11 dan adik perempuan saya hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.Adik lelaki saya,Mahher-12 dan ismail-9,terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air.Ibu dan adik perempuan saya,Nuhad-16,tercedera tetapi tidak meninggal,manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak.Askar2 itu fikir kami semua sudah mati,lalu mereka meninggalkan rumah kami.

Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup,Ibu,seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dlm bilik air menyahut,kemudian bapa menyahut,tetapi cedera parah,Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa.Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah,dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat.Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.

Pada jam 10.00pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka,mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya, “lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya,seorang demi seorang,di depan bapa.kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar.Bapa berkata pada saya,”semoga tuhan melindungimu,” sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat megerikan saya,terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera.


Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama,pada waktu petang,dan ternampak saya sedang minum,merka naik berang mendapati saya masih hidup,lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya,dan saya terus pengsan.Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya.Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu,namun saya tidak terdaya.Pagi esoknya,Sabtu 18 Sept,merka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.

Pada pagi hari ahad,seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami,saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu,dia melihat saya,dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dlm keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya.Semasa kami keluar dari kem,saya Nampak mayat mereka yang disembelih-mayat yang sudah membusung-saya mendengar rintihan-disepanjang jalan.Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan.Mereka membawa saya ke Hospital,tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti,disana ada ramai pemberita dan wartawan,tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa.Saya sudah hilang daya untuk bercakap.

Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya,saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku.Tangan kanan saya tidak cedera,jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor.Saya menulis sepotong ayat,bertanya tentang keluarga saya.Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya.Beberapa hari kemudian,doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya,yang tidak lagi saya kenali,namun dia mula bercakap,mengingatkan saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya,Apabila ibu bertanya tentang bapa,yang tidak diketahuinya sudah meninggal,saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.

Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara.Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan,saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk,saya dipasangkan dengan beg air kencing,Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.

Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli.kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkanal dulu semasa perang saudara Lubnan,pemandu meminta saya supaya jgn bergerak dan berpura-pura tidur,anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.Mereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan.Dua orang anggota militia itu berkata,” kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka,dengan serta merta saya mengecam mereka,Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.

Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’.Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol,mereka kemudian menembaknya di kepala,dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya,mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dlm keadaan bogel,supaya saya mati.”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka.Sepanjang malam saya tinggal dlm keadaan begitu,dengan pemandu itu merenungi saya dengan prasaan belas kasihan,esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal.Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dlm keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.

Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dpt bercakap,saya duduk di kerusi roda,bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dlm jiwa saya.Saya dimasukkan ke hospital selama 4tahun dan 6 kali menjalani pembedahan.Saya telah meninggalkan Shatila.Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam.Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya maher,nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.

Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,skrg saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat,dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway,membuat dan menjual barang kraf tangan.

cerita memang sedih.. Nak nangis je bile baca.. Semoga Merii dan orang palestin tabah dengan kekejam yang dilakukan oleh Israel..huhuhuu~

Wednesday, November 24, 2010

jOM TEngok ceriTa SamBil TimbA ILmu






Back to the future memang suka tengok mase kecik-kecik dulu.. Walaupun kadang-kala cerita ni tak masuk akal. Mana ade manusia yang boleh kembali ke zaman dulu dan zaman hadapan tetapi cerita ini boleh membuka minda kita dan menjadi seorang yang kreatif.. Dengan cerita-cerita seperti back to the future, doraemon dan Honey I Shrunk The Kids membolehkan manusia mencipta sesuatu benda atau teknologi yang baru dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Sebagai contoh robot ciptaan manusia, kereta yang menggunakan solar, mengembara ke bulan dan sebagainya.. Bila memperkatakan perkara ini membuat diri teringat dengan angan-angan Mat Jenin..Orang kata berangan itu tidak mengapa asalkan kita berusaha untuk merealisasikannya.. Betulkan~
Walaupun sekarang zaman sudah maju dan berteknologi, kita jangan lupa pula jati diri kita yang mempunyai adab-adab susila.. Walau di mana sahaja kita berada tidak kiralah US ke? UK ke? atau Australia ker? Identiti diri sebagai orang timur haruslah dikekalkan. Keadaan ini penting kerana setiap tingkahlaku dan pemikirannya akan dinilai oleh-oleh orang lain terutamanya orang-orang barat..
Bila bercakap pasal 0rang-orang barat ini kita kena kagum dengan sikap mereka iaitu mereka ini seorang yang berani, berterus terang, semangat inkuiri yang tinggi dan rajin bertanya serta membaca. Budaya inilah yang kita harus terapkan dalam diri kita..InsyaAllah~
Akhir sekali, sekali-sekala jom kita tengok cerita-cerita yang boleh menambah pengetahuan tetapi kalau nak release tensi0n tengoklah cerita korea dan jepun.. Hehehehe~ Takpun tengok cerita lawak...Al maklumlah sekarang ni musim exam~ g0OD LuCK YA:..:::...:

Monday, November 22, 2010

Terkant0i sudah


Kadang kala kita tidak sangka pula benda yang jahat kita lakukan akhirnya terbongkar juga.. Cerita ini sesuai sangat dengan pepatah melayu ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’.. Kisah yang ingin saya sampaikan berkenaan sesorang lelaki yang mempunyai perempuan simpanan walaupun sudah berkahwin dan bakal mempunyai seorang lagi anak.. Ini nermakna dia akan ada dua orang anaklah nanti..huhu~
Alkisah bermula sebuah cerita di mana seorang lelaki memberitahu isteri nya yang dia terpaksa outstation ke luar negara selama 3 hari 2 malam. Lelaki ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan gaji yang lumayan.. Dia ini merupakan seorang juruterbang.  Tetapi sebenarnya itu hanya alasan sahaja.. Hakikatnya lelaki ini bersama perempuan simpanan dia. Semasa lelaki ini hendak ke rumah perempuan simpanannya itu. .  Dia telah memberhentikan sebuah teksi dan meminta pemandu teksi itu menghantarnya ke rumah  perempuan tersebut..
Selepas menghantar juruterbang tersebut. Teksi ini pun lalu ke rumah lelaki itu dan tidak disangka isteri lelaki tersebut menahan teksi itu untuk ke pasar.. Isteri lelaki ini seorang yang peramah dan dia menceritakan lelakinya tiada di rumah kerana outstation.. Pemandu teksi itu hanya mendengar sahaja dan sekali-sekala akan menyampuk perbualan wanita itu..
Selepas 3 hari, semasa lelaki itu hendak pulang ke rumah.. Dia tidak menyangka teksi yang dia tahan merupakan teksi yang sama hari itu.. Lelaki itu hanya diam sahaja sepanjang perjalanan.. Apabila sampai sahaja di rumah, pemandu teksi terkejut kerana wanita yang keluar untuk menyambut suaminya itu adalah wanita yang sama yang memintanya menghantar ke pasar.. Pemandu teksi itu menarik muka masam dan marah kerana tidak menyangka suaminya bermain kayu tiga tanpa pengetahuan isterinya. Walaubagaimanapun dia hanya mendiamkan sahaja dan beredar dari rumah mereka..
Pemandu teksi itu menjalankan tugasnya dengan menghantar seorang lelaki di rumah tunangnya.. Sepanjang perjalanan itu pemandu ini menceritakan tentang lelaki yang curang itu. Apabila sampai di rumah tunang lelaki tersebut.. Tunangnya itu pun menaiki teksi itu dan tiba-tiba pemandu teksi itu terkejut kerana tunang lelaki itu merupakan perempuan simpanan lelaki yang curang itu.. Ohhh.. kecilnya dunia dan lelaki itu dapat meneka tunangnya itulah pemandu teksi ceritakan tadi apabila pemandu teksi itu menjadi pendiam sepanjang perjalanan..

Sunday, November 21, 2010

L0ve iS ciNta


Mengapa kita masih membisu? Adakah kerana ego yang menguasai diri sehingga kita hanya diam membisu? Sudah lama rasanya.. Mengapa kita harus begini? Bolehkah kita bercinta? Seperti mana pasangan yang lain.. Ataupun kau sudah berpunya.. Argggggggg!!! Penat rasanya.. Menunggu jawapan yang bila akan diungkapkan.. Adakah aku yang harus mengalah..Tidak!!!! Aku berpegang dengan prinsip.. Maaf.. Mengapa ku biarkan diri hanya berdasarkan takdir… Arggg!! Aku memang begini.. Bila ego menguasai diri.. Betul aku seperti  novel Aa+Bb.. Lantaklah..Kalau jodoh aku dengan dia ada kahwinlah aku nanti.. Kalau tidak ada sejauh mana perhubungan itu tidak juga sampai ke alam perkahwinan.. Biarku tumpu dulu pengajianku… Itu yang paling penting.. Soal jodoh itu ku letak nombor dua.. Apa susah kalau tidak ada pakwe bukan mati pun.. Last2 aku suruh je mak aku carikan..Sekarang ini zaman moden.. Lantaklah perempuan cari lelaki.. Cakap jelah spesies lelaki semakin pupus.. Tapi kalau lelaki bagi reason ni untuk kahwin empat  minta maaf.. Aku bukan perempuan yang suka share ni.. Walaupun aku ni suka je cakap sharing is caring and caring is loving.. Mau je aku baling periuk belanga nanti.. Sebelum kahwin buat agreement dulu… Bukan apa ni kira keselamatan untuk aku nantilah.. Mana aku tahu apa yang berlaku pada masa depan.. Lain kalau aku tahu..
Kalau aku tidak ada jodoh dengan dia.. Aku terima.. Maybe Allah memberi peneman hidupku yang sesuai dengan diriku.. Yang boleh membimbingku dunia akhirat.. Tapi kalau boleh aku nak macam Asyraflah.. Bukan Asyraf Sinclair.. Asyraf Imam Muda tu.. Setiap kali tengok tv rancangan Soalnya Asyraf.. Sejuk je hati aku.. Entahlah.. Nape eik??? Cinta pandang pertama ker?? Kih2x.. Dalam mimpi bolehlah.. Entah-entah dah kahwin… Aiseman… Melepas aku.. Kalau Asyraf Muslim aku mesti tersengih-sengih.. Jangan ingat pula aku buat iklan gigi.. Aku pun tak tahu nape aku macam tu.. Sebab dia popular kot.. Tak pun hensem sangat.. Tapi kalau aku dapat pun apa salahnya.. Aku pun single lagi.. Dia pun single.. Kira bolehlah tu.. Kihkihkihkih… Tak payah mak aku carikan nanti.. Kalau mak aku dengar mesti buat muka masam mencuka.. Dalam hati mesti kata anak aku ni nak jadi andartu kot.. Dalam mimpi jelah… Huhuhu.. Tak pa lah nanti aku suruh jelah cari nama asyraf.. Kalau aku dah kemaruklah.. Tapi sekarang ni idak leh.. Aku masih muda lagi.. Banyak benda nak buat lagi..
Impian aku pun tak tertunai lagi ni.. Adoiiiiiiiii!!! Bila nak tunai.. Tinggi sangat ker cita-cita aku tu.. Aku rasa tak lah tinggi sangat.. Gunung Everest lagi tinggi.. Takpa lah aku boleh masuk roda impian.. Mudah-mudahan impian aku tercapai.. Kalau susah sangat aku masuk jelah program reality.. Sekarang ni program reality tumbuh bagaikan cendawan.. Berfalsafah pulak aku.. Tidak apa sekali-sekala apa salahnya… Aku boleh nyanyi lagu Amy Mastura.. Tidak pun berlakon cerita Puteri Impian versi akulah..Huhuhu… Kalau aku bagitahu kawan aku ni confem dia orang suruh kahwin dengan dato je.. Tak pun kahwin dengan sultan.. Jadi bini nombor dua.. Baru impian aku tercapai semuanya…  Apa Kes.. Aku nak kahwin yang hensem dan kaya je.. Hehehehehe… Matrealistik pulak.. Tak pelah aku cakap je salah satunya.. Mudah-mudahan Allah kabulkan.. Tapi Aku ikut sunnah Nabi tau.. Aku nak pergi tiga tempat paling bermakna bagi umat islam.. Tempat yang banyak kisah dan sejarah.. Tempat yang banyak penderitaan dan ketaatan.. Tempat kalau kita solat akan berganda pahala kita..  Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.. Aku harap aku bolehlah pergi… InsyaAllah...
Aku ni suka melihat orang.. Aku suka tengok tingkah laku orang.. Kadang-kadang aku nak tergelak juga.. Mana-mana orang perasan.. Bukan syok dengan dia pun kalau aku pandang.. Tapi orang macam ni aku lagi syok pandang.. Sebab aku suka buat dia lagi perasan.. Tapi aku ni lemah sikit dengan laki alim.. Bukan apa aku jadi malulah.. Setiap kali aku pandang dia orang mesti tunduk bawah.. Aku jadi malulah.. Aiseman.. Pemalu rupanya aku ni.. Ingatkan brutal.. Tapi brutal aku pun masih ada sifat perempuan dalam diri.. Tak caya sudahlah.. Aku cakap jujur ni.. Honest orang putih cakap.. Kalau tidak macam mana aku boleh dengan suami aku sekarang.. Dia yang membimbing aku menjadi seorang wanita yang tahu menjaga adab-adab dan keharmonian rumah tangga.. Walaupun aku tahu dia bukanlah lelaki yang sempurna..
Dia kehilangan kedua-dua matanya sepertimana keadaan Kassim Selamat.. Walaupun dia buta tetapi dia mencintai  dan bertanggungjawab.. Aku bahagia dengannya.. Dia tahu akan impianku.. Dan sanggup bekerja siang dan malam bagi merealisasikan impian aku itu.. Dia berusaha dalam memajukan kedai bukunya..Kerna dia sudah berjanji dan setuju dengan agreement aku buat dulu.. Bodohnya aku… Masih ragu-ragu lagi dengan cinta dia.. Maafkan Mia bang.. Abanglah lelaki terawal dan terakhir dalam hidup Mia.. Mia tidak memerlukan sesiapa lagi.. Tidak lagi Asyraf Imam Muda, Asyraf Muslim atau Asyraf mana-mana lagi.. Cukuplah dengan abang.. Kerna Abang bermakna dalam diri Mia..Semoga cinta kita berkekalan dan berbahagia di Syurga.. Insya Allah…

Saturday, November 20, 2010

Jika Dia..


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna mata mu
Maka tinggalkan dia sebelum mata mu menjadi buta dan
Dia akan meninggalkan kamu….

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna senyuman manis mu
Maka tinggalkan dia sebelum berlaku kemalangan hingga menyebabkan senyuman mu menjadi hodoh dan
 Dia akan menninggalkan kamu…

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna suara mu
Maka tinggalkan dia sebelum diri mu menjadi bisu dan
Dia akan meninggalkan kamu…

Jika seorang lelaki mengatakan  dia amat mencintaimu selain daripada sesiapa…
Maka tinggalkan dia kerna  tidak mahu dirinya dibebani dosa manusia..cinta hakiki hanya pada ilahi, cinta abadi hanya pada nabi dan rasul dan cinta sejati hanya pada ibubapa.. Cinta sesama manusia sentiasa berubah-ubah…

Tetapi….
Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu disebabkan bila dia melihat dan berdampingi dirimu dia akan sentiasa mengingati Allah
Maka cintailah dia kerna dirimu insan bertuah  yang dapat mencintai lelaki yang mencintai dan menggantungkan hidupnya kepada maha Pencipta… SubahanaAllah…

Bagaimana Bidadarimu?

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons