Friday, December 31, 2010

~Hai hai bye bye~::::::::::::::::

Tahun 2011 sudah tiba dan meninggalkan tahun 2010 dalam kenangan.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2010.. Ada suka dan ada yang duka.. S0, jadikan pengajaran dan iktibar setiap yang berlaku dalam hidup kita.. Yelah, bukan semua perkara itu akan sentiasa gembira.. Kadang-kala kita perlu dugaan dan kegagalan supaya dapat mematangkan diri kita ini.. Sudah lumrah kehidupanlah katakan..........:::

Setiap tahun mesti ada diantara kita yang sudah membuat list perkara hendak dibuat bagi tahun yang akan datang.. Kata mudahnya impian atau azam tahun barula.. Tapi yang pasti bukan semua azam atau impian kita itu dapat dilaksanakan.. Yelah, kalau impian itu terlalu tinggi sangat mesti tak tercapaikan.. Kenalah ukur badan sendiri...Hehehehe~

Kalau hendak membuat azam atau impian tidak salah.. Memang bagus sangat.. Sekurang-kurangnya korang tahu hendak buat apa pada tahun ini..Orang bermatlamatlah katakan...

Akhir kata..............................SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011...............& HEPI-HEPI SLAL0O...................::

Monday, December 13, 2010

Ant0kah???

Sudah lamanya tak updates blog... Mesti ramai yang tertanya-tanya masih wujudkah tuan punya blog ni..huhuhu~Saya wujud lagi lah...Masih bernyawa di atas muka bumi ini..Heheheh~...........:::::

mESTI korang tertanya-tanya... Kenapa Ant000????
Hahaha~Saya nak st0ry la ni~~~.....:::

Alkisah bermula suatu kisah dimana ada dua orang sahabat baik hendak menunaikan solat terawih... Sorang ni ala-ala model.. Mana taknya g solat pun nak pakai kasut tinggi..Apa alasan dia kat member dia ni pun saya tak tau...Member dia ni jenis sempoi je la g solat terawih.. Siap bawak payung besar lagi.. Tapi bukanlah sebesar payung buat niaga tu...hehehe~ Biasalah sediakan payung sebelum hujanla katakan...

Masa balik dari solat terawih, kawan dia ala-ala model pun cakap...
"Ko nak lalu jalan terang tapi jauh ker? jalan shortcut tapi gelap",
Disebabkan hari tu nak hujan kawan dia ni pun cakap....
"Ikut shortcut la,"


Masa diaorang ikut jalan shortcut tu.....
Tiba-tiba.......................
Muncullah satu lembaga hitam yang besar berambut kerinting....
Kawan dia ala-ala model ni punyalah takut...
Tapi kawan dia yang sempoi ni pun berkata selamba...
"Dont worryla, aku ada payung besar ni...Kalau hantu tu nak apa-apakan kita..Aku cucuk dia,"
Bongkak betullah kata-kata kawan dia tu..


Tiba-tiba...Apabila lembaga hitam itu semakin hampir...Orang pertama yang pecut atau langkah seribu adalah...

Kawan si semp0i tu....ad0i....malunya...
Kawan dia ala-ala model tu pun lari ketakutan sambil terencut-encut akibat penangan kasut tumit tinggi dia... (padanlah muka..sapa suruh pakai kasut tinggi)haahahaah~~

Korang nak tahu lembaga hitam tu sapa..????

Itulah orang india mabuk..
moral value ye: jangan nak tunjuk pandai kalau takut...::::::::::::ahaahahah~~

Thursday, December 2, 2010

Reality vs fantasi




Masa kecik-kecik dulu mesti korang teringin nak jadi s0meonekan.. Mesti ada yang ingin jadi seperti suparman,superman, batman, ultraman, p0wer ranger, x-men atau hulk..huhuhu~ Sebab korang ingin menyelamatkan dunia dari kerosakkan dan menghapuskan kuasa jahat.. Kalau yang perempuan pula mesti ada mahu menjadi sail0rmoon atau t0ttaly spies..Hehehehe~ Tapi kalau perempuan yang feminin tu mestila nak jadi princess.. Mudah-mudahan bertemu dengan prince charming… Hahahaha~ Hari-harilah bermain anak patung Barbie.. Siap buat baju dengan rumah sekali.. Lepas tu, siap tidur dengan anak patung lagi.. Tapi orang-orang tua bilang jangan selalu main gan dengan anak patung.. Nanti dia minta nyawa kita.. Takutla pulak..Moral value ye jangan kemaruk pulak main anak patung.. Teng0k cite tak pa…

Kalau setakat main anak patung memang tak ser0nok.. Mestilah kalau minat nak jadi princess kena teng0k cite princess jugakkan.. Macam Rapunzel ker? Cinderella ker? Sn0w White ker? & banyaklah lagi.. Kalau b0leh nak jer teng0k hari-hari.. Lepas tu berangan dapat prince charming yang hensem… kalau dream can be reality…hahahahaha~ Saya nak macam prince fr0gs William..Kalau versi malay ye nak macam Asyraf Muslim…hahahaha~

Ada juga masa zaman kanak-kanak suka main masak-masak.. Kecik-kecik dahulu saya pun suka main masak-masak.. Prepare untuk bakal suami nanti.. Hehehehe~ Mr. right la kononnya… Siap mimpi-mimpi lagi .. Kalau kecik-kecik mesti nak lelaki hensem… Macam brad pitt ker? Orlando Bl00m ker?.. hahahaha~lawak-lawak…

Kalau yang jenis lasak masam masa kecik-kecik mesti suka teng0k cite kungfukan.. Her0 favouritenye mestilah Jet Lee, Chackie Chan, dan lain-lain lagilah.. Dah tak ingatlah! Dulu sukalah teng0k cite-cite kungfu.. Puas wei.. Suka-suka~ Cite yang tak b0leh lupe macam Foong sai yoK (Betul ker eja ni), Once Up0n Times dan banyak lagi la.. Tak ingat….

Tapi best betul.. Terutama teng0k cite cina hantu.. memang lawak betul..Suka-suka~ kalau b0leh nak masuk jer dalam cite tu..Nak takutkan hantu cina yang t0i!toi! t0i!!!... L0mpat la tu…hahahaha~Lawak-lawak….

Kalau la fantasi boleh jadi reality……… Alangkah ser0noknya… Korang pun sukalah kalau fantasi korang jadi realitykan2x.. Macam dalam cite Princess diaries..Tak pun Princess H0ur..huhuhuhu~ <3

Wednesday, December 1, 2010

JAdi bl0ggeR…AdakAh sekadaR sUka-sukA @ berminAt

Sekarang ini sudah ramai yang membina blog-blog mereka di alam maya. Ada yang membina bl0g bertujuan untuk menceritakan kisah pribadi dan pengalaman mereka kepada orang lain . Ada yang membina blog bertujuan berkongsi minat dengan orang lain. Sebagai contoh kisah-kisah artis sama ada tempatan atau antrabangsa dan ada juga yang membina blog untuk urusan bisness.. Tetapi adakah kita menyedari bagaimana menjadi seorang bl0gger yang baik?? Kadang-kala kita melihat sesuatu blog itu sangat menarik tetapi tidak sesiapa yang menyedari akan blog mereka termasuklah bl0g saya…hehehhe~ Ada juga yang blog yang kurang menarik tetapi menjadi tumpuan para pembaca untuk melayari blog mereka.. Oleh itu, saya hendak berkongsi sedikit tentang bagaimana hendak menjadi seorang blogger yang baik dan menjadi blognya dapat menarik minat seseorang itu sering dikunjungi oleh pembaca???

1… Tetapkan dahulu apa yang kita hendak kongsi dengan orang ramai.. Pastikan info-info didalam blog kita itu boleh memberi manfaat kepada orang lain.. Kalau hendak menceritakan sesuatu pengalaman pribadi itu hendaklah diselitkan moral value supaya kisah kita itu memberi pengajaran kepada orang lain.

2…Menjadi seorang blogger yang baik hendaklah memberi sesuatu perkara atau sesuatu info yang bernilai kepada para pembacanya. Sebagai contoh, mereka boleh memasukkan maklumat berkaitan isu semasa, tips-tips kecantikan, belajar, kisah-kisah sejarah dan resepi masakan.. Sekurang-kurangnya ada jugalah manfaat pembaca membaca maklumat-maklumat dalam blog kita itu… Selain itu, inf0-inf0 yang kita sampaikan dapat juga kita pahala.. Sharing is caringkan.. Heheheh~

3…Untuk menarik minat pembaca untuk membaca bl0g kita. Pastikan kita selalu updates inf0-inf0 dalam blog kita itu.. Selain itu, pastikan bl0g kita itu menarik supaya para pembaca tertarik dengan kecantikkan bl0g kita.. Awas!! Pastikan bl0g kita itu jangan terlalu berat. Bahasa mudahnya janganlah letak banyak sangat aksesori dalam blog kita tu.. Penat tunggu loading nanti.. Kita juga boleh memberi komen kepada blog-blog orang lain.. Sebagai buat syaratlah.. Mudah-mudahan tukang punya blog tu bolehlah tahu kita punya blog.. Nanti dia addlah jadi f0llower.. Kalau tukang punya bl0g tu interesting dengan inf0-inf0 dalam bl0g kita. Nanti dia linklah laman blog kita kat bl0g dia tu… Senang je kan..

4… Sekarang ini saya teng0k ramai blogger yang menceritakan hal dirinya sendiri tanpa memberi pun manfaat kepada para pembaca dalam blog dia. Siap tayang pic diaorang lagi. Seperti yang telah saya katakan tadi  untuk menjadi blogger yang baik inf0-info dalam blognya haruslah bermanfaat kepada pembaca walaupun menceritakan kisah mereka sendiri.

5… Untuk menjadi blogger yang baik, seseorang bl0gger itu mestilah berkomunikasi dengan para pembacanya.. Sebagai contoh, pastikan kita membalas balik setiap komen yang diberikan kepada pembaca di chatb0x.. Sekirang-kurangnya diaorang tahulah tukang blogger ini wujud..huhuhuhu~

6… Pada pendapat saya, seorang blogger yang baik haruslah menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pembaca.. Janganlah guna ayat terlalu klasik sangat sehingga orang pun tak paham.. Gunalah ayat-ayat yang semp0i je macam saya guna ni.. Heheheheh~

7… Last sekali, Untuk menjadi seorang blogger yang baik dia akan memastikan maklumat-maklumat dalam blognya bermanfaat kepada orang lain (mudah-mudahan info-info disampaikan mendapat pahala.Amin!) dan tahu untuk menarik minat pembaca untuk membaca.. Selalu-selalulah updates ya!! Peringatakan untuk saya jugaJ.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons