Friday, January 28, 2011

to my beloved frenz...selamat bercuti ye!!!

Siapa Itu Ahmeed Deedat???

Kalau korang nak tahu Ahmed Deedat ialah seorang pendakwah islam yang berkarisma, tawadhuk dan dapat berhujah dengan baik dengan pendakwah-pendakwah krisitan yang sering mahu menghancurkan umat islam dan mencemarkan agama islam yang suci ini.

Nama sebenar Ahmed Deedat ini ialah Sheikh Ahmad Hussein Deedat yang dikenali oleh orang ramai sebagai Ahmed Deedat. Beliau lahir pada 1 Julai 1918M di Gujarat, India. Bapa beliau merupakan seorang tukang jahit dan disebabkan kerjayanya itu bapa Ahmed Deedat berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama selepas kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa mendapat pendidikan yang formal, Ahmed Deedat telah berhijrah ke Afrika Selatan untuk hidup bersama bapanya pada tahun 1927. Disaat beliau pergi ke Afrika Selatan merupakan perpisahan terakhir beliau bersama ibunya kerana beberapa bulan kemudian ibunya meninggal dunia. Di negeri asing, tanpa pendidikan yang formal beliau telah berusaha untuk belajar sehingga cemerlang di sekolah.

Pada tahun 1936 sewaktu beliau bekerja di sebuah kedai berhampiran sebuah sekolah menengah kristian di pantai Selatan Natal. Penghinaan daripada mubaligh kristian dalam menentang islam secara berterusan telah menaikkan semangat beliau untuk menghentikan propaganda mereka yang salah.

Beliau telah menjumpai sebuah buku berjudul Izharul-Haq bermaksud mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan kejayaan usaha-usaha umat islam di India yang sangat besar dalam membalas balik gangguan daripada mubaligh-mubaligh kristian semasa penaklukan British di India. Dengan secara tidak langsung buku ini memberi idea bagi Ahmed Deedat berhujah dengan mubaligh kristian.


Dengan semangat yang baru, Ahmed Deedat membeli sebuah kitab bible dan mula berdebat dengan siswa-siswa mubaligh. Ketika mereka tergesa-gesa berundur dengan tidak teratur dalam menghadapi pendebatan. Secara tiba-tiba mereka memanggil guru-guru mereka. Tindakan Ahmed Deedat ini secara tidak langsung telah membuka pintu hati beberapa ribu orang krisitan untuk memeluk agama islam. 


Ahmed Deedat juga telah menjadi anggota terawal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi pengerusi. Jawatan ini dipegangnya sehingga akhir hayatnya. Beliau telah menerbitkan buku sebanyak 20 buah buku dan menyebarkan salinan secara percuma.


Ahmed Deedat meninggal dunia pada 20 0gos 2005. Walaubagaimanapun perjuangannya masih diteruskan walaupun beliau sudah tiada lagi di dunia..


Sumber maklumat: The choice dialog islam & krisitan by Ahmed Deedat... Belilah tak rugi pun..HUHUHU~

Dalam buku ini tulis mengenai tajuk perhujahan beliau dengan mubaligh-mubaligh krisitan :)

Wednesday, January 26, 2011

BabY PeremPuAN & LelakI SamE jeR..................::

Sekarang ini isu pembuangan bayi semakin banyak kita dengar kat newspaper, tv radio & juga kat internet.. Makin lama membaca & menonton tentang isu ini makin sedih di buatnya.. Sampai hati diaorang buang anak sendiri kat longkang,tong sampah, tepi tangga masjid/surau,depan klinik swasta & lain-lain..Kalau kat tempat pembuangan bayi yang di khas oleh kerajaan tu oklah jugak.. Sekurang-kurangnya bayi tu bolehlah hidup lagi..Ini tak letak kat tempat-tempat kotor.. Dahlah letak kat tempat macam tu.. Kalau kena baham dengan binatang lagilah kesian..Ish4x Kesian kat bayi tu.. Diaorang pun nak hidup jugakkan.. Kadang-kala bila difikir-fikir balik macam zaman jahiliah moden pulak.. Cuma dulu zaman jahiliah buang & tanam bayi perempuan jer.. Tapi zaman ni lebih maju buang kedua-dua sekali(lelaki n perempuan).. Apa nak jadi pun saya tak tahulah.. Tak ada sifat perikemanusiaan betoilah  (Teremosi le pk)huhuhu~

Kebanyakkan golongan yang suka buang bayi ini mesti tak kahwin.. Buat benda-benda yang haram..Bila dah termengandung mulalah gelisah.. Tak boleh tidur dengan aman.. Yelah, dah malu tahap gaban.. Nanti masyarakat pandang serong kat dia.. Biasanya yang jadi mangsa keadaan golongan hawalah.. Golongan adam tu awal-awal lagi dah cabut lari tak nak bertanggungjawab.. Bile dah kena tinggal mulalah minta bantuan sana sini & lastly ye pergi klinik tak pun jumpa bomoh minta gugurkan kandungan.. Ish3x Nauzubillah....:0

Kalau tiap-tiap hari kes macam ni mesti gaji bomoh & tukang gugurkan kandungan kat klinik tu bertambah jadi lima angka.. Yelah, cuba bayangkan kalau sehari ada 5 kes pembuangan bayi.. Kalau darab dengan 7 hari dah berapa dah? 35 keskan.. Kalau setahun..ish3x.. Jadi kaya segeralah diaorang ni.. Tak payah main saham-saham dah.

So, benda ni kita nak salah kat siapa??/ Kerajaan ker? Mak bapak diaorang ker sebab tak didik anak-anak diaorang tentang ilmu agama? Tak pun nak salah kat media massa sebab suka tayang cerita2 yang agak kelucahan (betul ker ayat ni)huhu~ Tepuk dada tanya imanlah..

Saturday, January 22, 2011

Alangkah ser0noknya...................::

Pernah tak k0rang terfikir jika pemuda-pemuda  islam kini mempunyai peribadi seperti pahlawan islam terdahulu seperti mana

Khalid al Walid
Zaid Harithah
Abu Bakar Al-Siddiq
Umar Al- Khattab
Bilal bin Rabah
Salahhuddin Aiyubi
 Muhammad Fateh  dan sebagainya..................::

 Pernahkah korang terfikir....

Jika ramai pemuda islam kini yang berani berjihad  dalam fisabilillah seperti mana sahabat-sahabat Nabi berjuang menegakkan agama islam dalam peperangan...........
badar
Uhud
Khandaq & lain-lain
Pernahkah Korang terfikir...............

Jika ramai pemuda islam kini bersatu hati dalam menegakkan syariah islam keseluruh dunia..
Bersatu hati menentang musuh-musuh islam seperti mana peperangan salib..
Bersatu hati dalam soal ibadah, tauhid dan akhlak..
Tidak  wujudkan semangat assabiyah dalam perbezaan mazhab
Tidak wujudkan perbezaan pemikiran sehingga terbentuknya aliran
Sunnah
Syiah
Khawariz
Tidak wujudkan siapa yang lebih hebat
Tidak wujudkan siapa terbaik di sisi Allah
Kerna hanya rahmat Allah sahaja menjadi tiket menuju ke syurga..


Alangkan ser0noknya
Jika pemuda islam berilmu dan tawaduk seperti mana
Ibnu Khaldun
Ibnu Sina
Al khawarizmi
Ibnu Battutah
Hassan Al Banna
Muhammad Iqbal
Omar al Kayyam
Al Biruni & sebagainya..
Bagi mengatasi kepakaran dan keb0lehan Negara Barat yang sering melihat dan memerhati supaya islam akan sentiasa lemah
Melihat islam sentiasa leka
Melihat islam sentiasa miskin &
Melihat islam sentiasa dalam penderitaan

Alangkah ser0noknya...............

Jika impian menjadi kenyataan..
Dengan terbentuknya Negara islam yang bersatu
Seperti mana pemerintahan zaman Khulafa al Rasyidin
Seperti mana zaman pemerintahan Umaiyah
Seperti mana zaman pemerintahan Abbasiyah
Dan seperti mana zaman pemerintahn Turki Uthmaniyah
Memerintah berlandaskan hukum islam
Tiada lagi aliran kapitalis, komunisme, sekularisme dan demokrasi......
Tiada lagi pecer0bohan orang kafir ke atas umat islam....
Tiada lagi berlaku pemberontakkan antara orang islam..
Tiada lagi gaya seperti 0rang barat yang sering diagung-agungkan...


Alangkah ser0noknya
Jika umat islam bersatu hati mengembalikan kegemilangan islam............



Thursday, January 20, 2011

PLASTIC SURGERY...CANTIK KER?

Cantik ker kalo buat plastic surgery.. Bagi sesetengah orang mesti kata cantik.. Yelah, boleh jadikan diri tu macam artis dan dapat mengekalkan kecantikan walaupun semakin lanjut usia.. Biasanya yang suka buat tu mesti orang kaya tak pun golongan artis yang sentiasa hendak perfect.. Ingat buat pembedahan tu murah ker? Orang biasa macam kita tak payahlah bermimpi nak buat... Lainlah kalau kahwin dengan dato ker? ??

Bagi sayalah tak perlulah buat plastic surgery ker? Cucuk botox ker?  Dan sebagainyalah..  Buang duit jer.. Saya tengok orang yang buat benda-benda macam ini bukan makin cantik makin tak cantik adalah.. Yelah, kita boleh tahu orang tu buat pembedahan plastik ker tidak! Kan2x.....................:::

                                                 
                                                                      Buruknye................

                        Kita boleh lihat perbezaan orang buat pembedahan plastik dengan tidak buatkan


Kita ini kenalah bersyukur dengan apa yang ada.. Allah sudah bagi muka dan anggota badan yang sempurna kepada kita..Cuba Allah bagi kita hanya satu tangan jer.. Tak pun tak ada hidung.. Macam mana kita hendak bernafaskan..So, janganlah kita terlalu excited nak mengubah ciptaan Allah dengan sewenang-wenangnya..Lagipun setiap yang kita ada ini hanyalah pinjam sahaja dan akhirnya dikembali kepada pemilikNya..:)

Walaubagaimanapun pembedahan plastik ini berguna juga kepada kita terutamanya bagi mangsa keadaan.. Sebagai contoh jika seseorang itu terkena asid.. Keadaan ini boleh menyebabkan dia menjadi hodoh dan kadang-kala boleh membuatkan orang lain berasa takut dengan dia.. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak.. Oleh itu saya suggest kalau situasi macam ini bolehlah lakukan plastic surgery...

Moral value: Kalau nak cantik boleh tapi jagalah dengan elok-el0k.. Jangan ubah anggota badan jadi lain sudahlah Lastly, jangan tiru macam artis..Be yourself ok!


Wednesday, January 19, 2011

Tuesday, January 18, 2011

s0meb0dy help me!!!!


PTPTN keluar pada 31 hb..Cukup ke duit nak menampung hidup di U ni..Lepas tu dengar cerita nak bagi rm250..Dikira oklah tu!! mesti ramai yang dah komplen duit PT lambat masuk..Yelah dengar cerita ramai yang makan maggi jer hari-hari..Kesian le pk dengar ye.. Ada juga dari kalangan pelajar yang minta duit PAMA..huhu~

Mesti ramai yang menagih simpati kat mak bapak diaorang duit tak cukup.. Standardlah kalau bab pinjam-memijam ni.. Nanti dah kerja kenalah bayar balik.. Adatlah...


Bagi yang berdikari sikit mesti akan buat kerja part-time macam berniaga ker? kerja kat fast foods ker? Tak pun kerja kat pentadbiran Kolej.. Yelah, duit asyik mengalir jer macam air bila masuk sem baru.. Tak pun ada yang waktu cuti sem buat kerja part-time lepas tu simpan kat bank.. Bagus betullah diaorang ni..:)

Friday, January 14, 2011

Lain 0rang lain cara ye......::


Korang pernah tak rasa bengang bila ada member k0rang ke atau s0me0ne yang tak suka ikut cakap k0rang..  Yelah, k0rang rasa benda yang k0rang buat tu dah cukup  perfect dah.. Tak ada cacat celanya.. Kalau hantar kat b0ss atau lecturer gerenti dapat A.. Ter0ver c0nfident la pulak..Huhuhu~

Tapi bile dapat assignment berkumpulan ni lagi la korang tak suka.. Yelah masing-masing ada caranyakan.. 0rang ni cakap A.. 0rang tu pulak cakap B.. Kadang –kala haru biru assignment k0rang tu.. Ni baru belajar belum kerja lagi.. Ad0ii.. Mesti k0rang bengang giler kan..
Kalaula korang ade sikap macam ni mesti gerenti tak s0rang pun  nak buat k0rang sebagai kawan diaorang.. Yelah asyik dia je betul.. Perfectlah katakan.. S0, pergi mana-mana s0rang-s0ranglah..
Sanggup ker k0rang yang ade sikap bajet bagus ni duk hidup sorang-s0rang.. Saya gerentilah orang macam ni mesti kesunyian.. Yelah, mana ade manusia yang b0leh hidup s0rang-sorang... S0,janganlah asyik pikir kita je betul.. Dalam dunia ni mana ade manusia yang perfect..Kalau ada pun tu bukannya manusia tapi aliens kot..Huhuhu~
Kadang-kala kita kenalah ikut cara orang lain.. Barulah hepi hidup kita ini.. Sebagai contoh, kalau kita ni boss kadang-kala kenalah dengar  pendapat orang bawahan.. Maybe pendapat dan cadangan diaorang lebih baik..

Monday, January 10, 2011

My Dad my her0

Kalau isu ibu tunggal sudah biasa kita dengar?? Bagi saya tidak ada banyak masalah bagi ibu tunggal ini untuk menyara dan mengasuh anak-anak mereka walaupun ketiadaaan suami. Hal ini disebabkan wanita ini sudah mempunyai ciri-ciri keibuan sejak kecil lagi.. Masih kita dalam perut lagi..Yelah selama 9 bulan mak kita tu bawak kita kehulu kehilir dengan perut membunyut...Huhuhuh~

Tapi bagaimana bapa tunggal yang menyara anak pula disebabkan bercerai hidup atau mati.. Kalau anaknya itu lelaki maybe tak kisahlah.. Senang sikit sebab si bapa tu pun lelaki.. Tapi bagaimana pula kalau anak perempuan? Mau bikin susahlah.. Yelah anak perempuan ini banyak pantang larang ye.. Terutamanya anak perempuan yang meningkat remaja.. Korang/en. paham2 sendirilah ye..Huhuhuh~

Dont worry be hepi kepada bapa-bapa tunggal..Banyak benda yang boleh menjadikan diri anda sebagai bapa terbaik kepada anak-anak terutamanya anak perempuan.. So, m0h le follow my tips ni..Heheheh~................::::::::::::::

1 Untuk menjadi bapa terbaik bagi anak perempuan encik2 ni haruslah menimba ilmu tentang dunia remaja.. Sebagai cont0h baca majalah pasal remajalah.. Apa salah ye sesekali membaca fav0urite magazines anak-anakkan..Sekarang ni banyak majalah pasal remaja macam majalah remajalah, Bintang kecil, Dara dan sebagainya. Perbuatan ini amat baik untuk encik2 untuk mengetahui dunia remaja.. Tapi yang paling penting peningkatan emosi dan fizikal anak encik2 tu.. Nanti first datang bulan taklah kelam-kabut bila anak mengadu kat kitakan..Hehehe~ Maksud saya anak encik la..huhuh~

2 Kadang-kala encik2 juga perlulah tanya member wanita pasal perjagaan anak-anak.Yelah jaga anak ni bukannya senang macam jaga anak ayam. Banyak benda yang perlu dilakukan. Kalau setakat membaca je tak boleh juga.. Encik2 juga perlukan pakar kaunseling yang pernah mengalami apa yang anak perempuan encik2 alami sekarang.. Kadang-kala juga diaorang ni perlukan nasihat daripada kaum sejenis diaorang berbanding encik2 sebagai bapa diaorang..


3 Kadang-kala pula encik2 ni perlu kekuatan mental dan fizikal bagi menahan kerenah
diaorang ni.. Ish2xSabo ye..So, apa lagi perbanyakkan bersenam untuk mendapat stamina yang kuat.. Hehehe~ Ajak sekali anak encik tu.. Jangan besarkan badan jer..Heheh~

4 Luangkan banyak masa bersama anak-anak encik tu.. Kadang-kala remaja ni hendakkan kasih sayang yang lebih terutamanya kalau diaorang ni anak yatim.. Yelah, ada masa mesti diorang terasa dengan member diaorang yang ada makkan.. So, encik2 bagi motivasilah kat anak supaya dia redha dengan keadaan sekarang.Kalau encik2 pun busy 24 jam mesti anak terasa diaorang ni tak penting dalam hidup encikkan..huhu~

5 Last sekali apa kata encik kahwin dengan wanita yang redha dengan keadaan encik sebagai bapa tunggal.. maksud saya yang boleh menerima anak encik seperti anaknya sendiri.. Tetapi better encik tanyalah dulu anak encik tu untuk berkahwin lain..Lagi satu, pastikan wanita yang encik kahwin tu betul-betul sayang kat anak encik tulah..Yelah kadang kala wanita ni nak bapa jer dan harta... Anak tak mau..S0,be carefullah ye~

Friday, January 7, 2011

Will U be My girl/b0y frenz







Pernah tak korang terima cintun dari seorang lelaki/perempuan... Tapi lelaki/perempuan ini special sikit sebab dia dari golongan istimewa.. Korang paham-pahamlah maksud saya orang special ini apa?? Kalau pernah ape reaksi dan perasaan korang?? Suka suki ker?? Atau tidak suka dan t0lak cinta lelaki/perempuan tersebut.......:: Kalau suka dan ada perasaan sayang kat lelaki/perempuan tersebut... Alhamdulilahlah.... Kalau sebaliknya mesti lelaki/perempuan tu frust menongeng...Huhuhu~

Kadang-kala bukan semua yang kita impian itu menjadi kenyataan.. Sebagai contoh jika seseorang lelaki atau wanita yang istimewa menaruh hati kepada diri kita.... Muka dah hensem/cantik ala-ala Shah Rukh Khan atau kajol..badan dah ok macam Arjun Rampal..Kalau perempuannya macam Angelina jolie.. Perangai boleh tahan.. Masih mengekalkan ketimuran.. Tapi ada yang kuranglah pulak... Rupa-rupanya bisu, pekak dan buta.. Tak pun sindr0m d0wn.... Mesti korang frustkan... Dont w0rry  cinta itu buta.. Tak salah korang balas cinta lelaki/perempuan tersebut kalau korang ikhlas.. Biasanya orang-orang seperti ini lebih ikhlas dan memahami jiwa k0rang berbanding insan yang n0rmal.. Lagipun jika insan-insan ini masih berkemampuan untuk menampung hidup korang dan menjamin kebahagian berkekalan tidak salah kalau k0rang terima diri mereka ini..

Insan-insan istimewa ini juga seperti insan yang normal yang mahukan kehidupan seperti orang lain.. Cuma mereka dilahirkan/ mengalami kemalangan yang menyebabkan mereka mengalami kekurangan secara fizikal... Ingat!! Tiada manusia kat dunia ini yang 100% Perfect... Semua ada kekurangan dan kelebihan termasuklah diri saya....Hehehehe~

S0, kesimpulannya jangan terlalu bimbang untuk membalas cinta insan-insan yang istimewa ini kerana j0doh itu adalah kuasa Allah.. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Kadang-kala berk0ngsi hidup dengan insan-insan istimewa ini lebih bahagia berbanding  berkahwin dengan insan yang n0rmal... Ingatan kepada diri saya jugak.....:)



Thursday, January 6, 2011

Vice VerSa


Apa yang hebatnya menjadi seorang lelaki dan apa yang hebatnya menjadi seorang wanita????.............:J:

Seringkali kita selalu mendengar lelaki dan wanita bergaduh. Tidak kiralah di tv ker? Surat akhbar ker? Radio ker?? Dimana-manalah... Betul ker wanita dan lelaki ini ibarat langit dan bumi... Air dan minyak??? Tapi yang peliknya ada juga lelaki hendak jadi perempuan dan sebaliknya...Heheheh~ Mesti ada yang setuju dan mesti ramai jugak yang tidak setuju dengan statement saya itu... Yelah kalau lelaki dan wanita ibarat langit dan bumi macam mana diaorang nak kawinkan.. Mesti korang cakap lelaki dan wanita ini ibarat irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan... Kalau macam tu terpulanglah korang nak cakap apa pasal lelaki dan wanita ni.. Yelah bukan semua orang mempunyai pemikiran yang samakan.. Kalau sama mestilah boring.. Orang cakap tak bervariasi... Hehehe~

Tapi disini saya ingin memberi pandangan tentang situasi sebenar apa yang berlaku terhadap lelaki dan wanita.. Korang tidak berasa pelik ker kalau saya cakapkan lelaki ini sering tertindas...Hehehe~ Bagi insan bergelar wanita jangan salah faham pula.. Statement ini bukan saya cakap tapi lecturer saya yang cakap... Tapi bila saya fikir-fikirkan balik betul jugak.. Yelah kalau wanita mesti ada menterinya sendiri.. Betul tak!! Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat... Itukan menteri yang uruskan wanita yang kena tindas takpun kena dera oleh insan bergelar lelaki....Hehehe~ Cuba kita fikir-fikir balik kalau lelaki kena dera  dengan isteri yang queen control atau kena tindas diaorang nak pergi mengadu kat menteri mana??? Ada ker Menteri Pembangunan Lelaki, Keluarga dan Masyarakat... Hehehe~ Pelik benar bunyinya....:::: Sebab tu kot lecturer saya cakap lelaki kena tindas.. Mungkin kawan-kawan saya pun fikirkan benda yang sama macam saya...Kan2xJ...

Lecturer saya cakap lagi orang lelaki ini bukan sering kena tindas tapi kena dera buat kerja rumah... Kalau budak perempuan pula mak bapa suruh pergi belajar.. Mesti korang cakap mana ada...Macam saya dan kawan-kawanlah... Yelah mana ada budak lelaki kena buat kerja-kerja rumah.. Budak lelaki ini suka keluar rumah adalah... Yelah keluar rumah pagi dan bila petang baru nampak batang hidung diaorang... Betul tak!! Tapi lecturer bagi bukti yang boleh terima dek akal la.. Kalau budak lelaki tak disuruh buat kerja rumah macam mana diorang ni boleh terkenal dan mahir dari perempuan... Macam chef Wan tu.. Diakan pandai masak.. Kalau tidak macam mana dapat title chef.. Mesti kecik-kecik mak dia suruh  masak.. Bukan tu aje.. Ramai pereka design dalaman rumah yang terkenal macam Eric.. Betul jugakkan... Bukan itu kerja orang perempuan ker?? Lagi satu ramai yang kerja saloon dan butik insan bergelar lelaki.. Macam Rizalman, Michael Ong, Ridwan Radzwil dan ramailah lagi... Saya pun tak ingat.. Kalau perempuan pula ramai ke Universiti.. Sebab mak bapa diorang suruh belajar.. Patutlah di universiti tidak kiralah local atau international banyak yang perempuan..Sebab tu jugaklah perempuan terkenal dalam era politik dan juga dari sudut ilmiah.. Macam setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton, Sarah Palin, Pakar motivasi macam Ustazah Siti Nur Badyah, Ustazah Masyitah, Wardina Safiyah, Oprah Widley dan banyak lagilah...:)
Ini hanya pendapat sahaja... Sekati koranglah nak cakap apa??? HEHEHEHE~

Wednesday, January 5, 2011

suATu KetiKa


Kenangan sewaktu kecil memang menyeronokkan.. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.. Hanya fikir pasal main, tido tidur, makan dan jika hendakkan sesuatu hanya tunjuk sahaja..  Kalau tidak dapat akan sesuatu mula lah merajuk tak pun menangis.. Hehehe~ Tektiklah katakan..huhuh~....::

Alangkah ser0nok kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak...:: Jikalaulah ada doraem0n...Best yer!! Tak pun kereta yang boleh melintasi masa..Boleh ke zaman depan dan zaman lepas. Macam cerita Back To The Future..Kalaulah ada............................????

Tapi sekarang zaman kanak-kanak sudah lama berlalu.. Semakin lama semakin banyak benda dan tanggungjawab yang perlu dipikul.. Fikir pasal duit, kerja, belajar, makan, masalah dengan kawan-kawan, lecturer dan sebagainya.. Bila difikirkan memang memenatkan.. Patutlah ramai orang dewasa yang masuk ke Tanjung Rambutan.. Jikalau kita lihat kebanyakkan yang berada di Tanjung Rambutan bukanlah terdiri daripada orang-orang yang susah tetapi kebanyakkan golongan berada dan cerdik pandai.. Yang pasti tidak ada golongan kanak-kanak kat situ.. Sebab itulah saya katakan zaman kanak-kanak lagi best...TAPI!!!!

Bila kita berada di zaman kanak-kanak atau remaja mesti kita kata zaman dewasa lagi best... Betul tak! Kalau tidak takkan masa kita kecik-kecik dolo kita suka main kawin-kawin, masak-masak, main p0ndok-pond0k, main anak patung  dan banyak lah lagi.. Mesti ada antara k0rang yang suka bermekap masa kecik.. Letak gincu kat bibir tak pun letak bedak kat pipi sampai 3 inci.. Lepas tu kena marah gan mak.Hehehehe~..............::

Bila difikir-fikir balik, manusia ini mana ada yang bersyukur.. Selalu mengganggap benda yang bukan dialaminya sebagai sesuatu yang buruk.. Contohnya seperti inilah, bila dah besar teringin nak jadi budak balik..Masa kecik teringin nak besar.. Bila remaja nak kawin..Betul tak??? Sememangnya kita tidak pernah menghargai masa termasuklah diri saya~ Allah berfirman:
Demi masa...Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal S0leh...

RENUNG2KAN...:&  SELAMAT BERAMAL

Tuesday, January 4, 2011

Hendak kahwin lagi!!!!

P0ligami.................:: Satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi.. Pelbagai prespektif dan pendapat yang diperkatakan tidak kiralah daripada golongan profesional atau daripada masyarakat.. Isu ini sudah sebati dan boleh dikatakan sudah lapuk dek zaman..Hehehe~

Kadang-kala mesti ada diantara kita berfikir kenapa p0ligami ini sering dikaitkan dengan lelaki..??Kenapa tidak dengan wanita?? Kenapa wanita jer jadi mangsa dek kerana si suami kahwin lain..?? Wanita tidak boleh ker bermoligami..??? Ada ker istilah moligami..??Hehehe~Kalau wanita ni berm0ligami habislah dunia.. Yelah istilah p0ligami ini bermaksud kahwin lebih dari satu.. Kalau wanita ni kahwin lagi satu nanti anak dia nak letak bin atau binti nama bapa yang mana satu?? Lepas tu keliru yang ni anak dengan sapa??? Lawak-lawak... Sebab tulah wanita ni tidak boleh berp0ligami.. Dari sudut hukumnya adalah haram.....::

Apa perasaan korang nanti kalau suami korang nak kahwin lagi satu.. Alasan yang diaorang bagi nak ikut sunah nabi.. Memang bagus kalau laki korang tu ikut sunah nabi tapi kita kenalah tengok jugak nabi berkahwin lebih dari satu disebabkan apa?? Kalau ikutkan sirah nabi berkahwin ramai selepas kematian isteri baginda tercinta saiditina Khadijah.. Lagipun kebanyakkan isteri-isteri nabi merupakan ibu tunggal.. Kalau bahasa kita panggil janda.. Nabi berkahwin disebabkan hendak membela nasib-nasib wanita yang kematian suami.. Bukan ikut nafsu seperti lelaki-lelaki sekarang ni.. Kalau kita teng0k diorang kahwin pun bukannya terdiri daripada ibu tunggal tapi yang masih dara.. Itu namanya gatal @ miang nak kahwin...

Kadang-kala kesian jugak kat wanita yang suaminya berp0ligami ini.. Yelah, nak kahwin pun tidak minta izin dulu.. Tup-tup dah ada madu.. Kahwin senyap-senyap kat siam.. Hai, itulah kalau laki dah gatal sangat.. Bukan fikir panjang kesan baik dan buruk dari perbuatan mereka itu.. Kalau kita nak salahkan wanita tu pun tak boleh jugak.. Yelah, ada sesetengah kes wanita yang jadi bini nombor dua ker? Nombor tiga ker? Bukan tahu yang lelaki diorang kahwin ini sudah beristeri...T up-tup lepas kahwin baru tahu.. Nak buat macam mana nasi sudah jadi buburlah katakan.. Ini belum lagi berlaku adil kat ister-isteri diorang lagi.. Percayalah lelaki yang mengamalkan poligami ini 100% tidak boleh berlaku adil.. Mesti ada yang terlebih dan terkurang..

Kalau lelaki ini sudah kemaruk sangat nak berp0ligami kenalah ukur badan sendiri.. Yelah kerja tak seberapa..Tiba-tiba nak kahwin lain.. Mana ada isteri yang suka..Nanti tak pasal-pasal makan minum semua isteri kena tanggung..Dek kemaruk sangat nak berp0ligami.. Kalau nak berp0ligami juga kenalah bersyarat dan mempunyai niat yang baik..Memang pada mulanya isteri akan marah tapi kalau niat kita itu baik dan ikhlas.. InsyaAllah, hati isteri akan lembut.. Secara tidak langsung si isteri itu akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT kerana sanggup berkongsi kasih suami dengan orang lain.. Tapi kalau boleh biarlah wanita yang memerlukan lelaki seperti isteri yang kematian suami.. Seperti mana Nabi Muhammad lakukan..

Tetapi kalau kita sudah dapat tahu yang kita sudahpun menpunyai madu janganlah kita buat benda-benda yang boleh merosakkan akidah kita.. Banyak yang saya baca kebanyakkan isteri yang dapat tahu suami diaorang kahwin lagi diaorang pergi jumpa bomoh.. Buat benda-benda yang tidak elok kat madu diaorang.. Nauzubillah~ Tidak baik buat macam tu.. Korang kena redha je la.. Maybe Allah hendak menguji diri korang.. Yelah, Allah akan meningkatkan darjat seseorang itu dengan memberi ujian kepada hambanya dengan ujian setimpal.. Kalau korang betul-betul tidak dapat menerima hakikat itu.. Ambil penyelesaian dengan cara yang baik seperti bercerai.. Tapi pastikan langkah itu merupakan langkah yang terakhir.. Kalau boleh tak payahlah sampai bercerai.. Seperti yang saya cakapkan tadi orang yang sanggup berkongsi kasih sayang suami dengan orang lain pahalanya besar..

Kalau kita ambil isu p0ligami secara optimistik ini lagi bagus.. Sebenarnya kalau kita hidup dengan suami yang mengamalkan p0ligami ini membolehkan diri kita lebih dekat dengan Allah dan anak-anak.. Yelah, tidak perlulah memikirkan sangat tentang hal-hal keperluan suami.. Lagi satu, kita boleh mengisi masa kita dengan hal-hal berfaedah seperti berjumpa saudara-mara atau rakan-rakan, menjadi seorang yang berkerjaya, melakukan perkara yang kita minat dan paling penting mengeratkan lagi hubungan kita dengan madu kita.. S0, jangan terlalu memikirkan perkara tentang poligami ini.. Seperti mana kata Dato Fadzilah Kamsah dari rancangannya selami jiwa..Jika seseorang suami itu hendak berp0ligami pastikan kasih sayang dan romantiknya kepada isteri pertama semakin bertambah kerana sanggup bermadu.. Keadaan ini akan membuat isterinya redha dengan tindakan suaminya itu.. Selain itu, kalau hendak berp0ligami bukan setakat berfikir 10 kali tetapi fikirlah sebanyak 1000 kali kesan baik dan buruk poligami itu...:) Renung-renungkan....:::

Best Frenz Forever @ Bad For Ever


Dalam dunia ini tidak sorang pun yang tidak mempunyai teman... Bohonglah kalau ada orang kata dia tidak mempunyai teman.. Semua orang perlukan teman...Bahkan haiwan juga memerlukan teman.. Begitu juga dengan saya.............::

Pelbagai definisi yang boleh kita perkatakan tentang teman..Kadang-kala kita menyebut sebagai kawan @ rakan.. Kawan juga bervariasi.. Ada kawan baik, kawan rapat, kawan karib, kawan biasa dan teman tapi mesra...huhuhu~Kita juga berkawan tidak kira siapa orangnya.. Asalkan kita selesa dengan orang itu.. Kadang-kala kawan merupakan orang paling penting dalam hidup kita berbanding dengan ahli keluarga atau orang lain.. Hal ini kerana kawan lebih memahami dan mengenali diri kita..

Kadang-kala juga kita perlu memilih kawan.. Banyak panduan dan cerita mengenai kawan.. Ada yang buruk dan ada yang baik..
Kawan yang baik adalah kawan yang boleh membimbing diri kita kearah kebaikan....
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menegur khilafan diri kita...........
Kawan yang baik akan memlihara kehormatan diri kita......
Kawan yang baik akan sentiasa ada tidak kira waktu senang atau susah.................
Kawan yang baik akan sentiasa mendoa  akan diri kita...........
Kawan yang baik akan menyimpan rahsia kita..................
Kawan yang baik akan cuba menceriakan diri kita apabila di timpa musibah.................

Alangkah beruntungnya diri kita apabila menemui kawan yang baik itu... Jangan sesekali mempersia-siakan dirinya... Kerana peluang itu hanya sekali seumur hidup....::
Bagaimana kita hendak mendapatkan kawan seperti itu?? Banyak buku yang memberi panduan kepada kita dalam memilih kawan supaya tidak wujud kawan makan kawan..............::
1         Pastikan kita berdamping dengan golongan ulamak dan cerdik pandai kerana mereka boleh membimbing diri kita ke arah kebaikan
2         Pilihlah kawan yang mempunyai persamaan dari segi minat dengan diri kita
3         Jangan mendampingi kawan yang fasik dan munafik
4         Hendaklah mengetahui latarbelakang kawan kita itu
5         Sentiasalah berdoa kepada Allah mudah- mudahan dipertemukan kawan yang baik.Amin!...:)

Sunday, January 2, 2011

AnDarTUA ker??


Mengapa wanita sekarang ni tak kahwin-kahwin lagi?? Umur dah nak kat 40 tahun tapi masih tak kahwin.. Kita hendak salah kat siapa?? Mak bapak diaorang ker? Kat wanita tu ker? @ salah lelaki sebab tak reti nak pergi meminang wanita ker...???

Kalau ikutkan fakt0r banyak yang menyalahi wanita sebab diorang ni dah moden.. Bukan macam mak atau  nenek kita dulu yang kerjanya duk je kat rumah  dan kerjanya hari-hari pergi basuh kain, kemas rumah, masak dan tolong mak atau ayah kat sawah.. Pendek cerita mak dan nenek kita ni terima pendidikan tak formal pasal rumah tanggalah.. Lagi satu diorang ni mana ada terdedah dengan dunia luar.. Sebab tulah lepas belajar terus kahwin dan tambah keturunan mereka...Heheheh~

Tapi sekarang ramai wanita yang dah berkerjaya.. Kadang-kala lebih busy dari orang lelaki.. Kalau tidak takkanlah diorang tak kahwin lagi.. Tak ada masa nak bercinta dek sibuk gan kerja..ish3x..Diorang ni pun masa belajar dulu mana ada masa nak bercinta juga.. Yelah dek sibuk gan assgment dan tanggungjawab kalau ada dari kalangan wanita ni yang anak sulung.. Kenalah fikir pasal adik-adik diorang.. Lepas habis belajar fikir pasal nak kerja nak tolong mak ayah kat kampung..Berat jugak tanggungjawab wanita zaman ni kan.. Takut nanti lelaki diorang ni tak boleh diharap lepas kahwin.. Yelah lelaki zaman sekarang bukan zaman dolo-dolo.. Orang dolo-dolo banyak yang matang dari usia mereka yang sebenar..

Lagi satu faktor sebab wanita ni banyak andartu sebab bilangan diorang ni lebih ramai dari lelaki.. Inilah salah satu tanda-tanda dunia nak kiamat.. Sebab tulah ramai wanita tak kahwin-kahwin.. Diorang ni tak rela jadi bini no 2 ker? No 3 ker? @ no 4..Heheheh~ Tak nak jadi perampas suami oranglah.. Kalau saya pun sama.. Tak sanggup saya kecewakan hati kaum sejenis saya..Sebab tulah wanita ni tak kahwin-kahwin. Selain itu, faktor lain pula diorang ni mesti banyak kali putus cinta.. Tidak kiralah wanita tu cantik ker? Kurang cantik ker? Kalau tak kahwin-kahwin sampai sekarang mesti ada s0mething wr0ng..Hehehehe~ Kalau nak tahu hati wanita ni seperti selembut sutera dan kadang-kala sukar dimengerti oleh kaum lelaki.. Banyak metaforanya~ Heheheh~ Jangan lupa saya pun wanita.. Mestilah saya mengerti kenapa orang wanita ni sukar hendak kahwin???

Ramai kaum wanita jadi andartu sebabnya juga kaum lelaki ni tak berani nak tackle diorang.. Yelah takkanlah pula orang perempuan ni  nak terhegeh-hegeh kat orang  lelaki.. Jatuhlah status diorang sebagai orang perempuan.. Takkanlah juga perigi cari timba.. Jangan salahkan saya kalau saya cakap yang orang lelaki ni ramai yang tak gentlemen.. Kalau yang gentlemen pun buaya darat.. Ayat punyalah manis seperti madu.. Hehehe~Kebanyakkan pendapat yang saya dengar dari kaum lelaki pasal isu ini bukan sebab diorang tak berani cuma takut nanti kalau diorang pergi meminang wanita yang lebih tinggi dari jawatan mereka, wanita ini minta harga tinggi sangat.. Kaum lelaki yang kerja biasa-biasa manalah mampu beri duit dari kemampuan mereka.. Sebab tulah orang lelaki lebih suka kahwin dengan wanita yang tidak berkerjaya. Kalau berkerjaya pun kerjanya lebih rendah standard dari lelaki.. Kalau dah kahwin pula dengan wanita berkerjaya diorang terpaksalah  ambil nanny atau maid suruh urus rumah mereka... Sebab tulah banyak cerita pasal lelaki suka kat maid mereka ni...Ish3x..
So, kesimpulannya tepuk dadalah.......:::::::::::

Tapi kita pun tak boleh salahkan golongan wanita 100%.. Sekarang ini kebanyakkan kaum lelaki lebih suka memperisterikan wanita dari seberang.. Diorang cakap orang seberang ni lebih mudah dibentuk dan masih menjaga adab-adab sebagai seorang perempuan.. Entah betul atau tidak.. Statement tu saya no komen sebab kak ipar saya pun orang seberang.. Tapi bagi saya jodoh tu tak kemana Cuma kita kenalah cari.. Kalau tak cari susahlah nak jumpa jodoh kitakan.. Sebagai seorang wanita saya suggest janganlah terlalu menjadi moden sangat..Kenalah jaga adab sebagai orang timur..Memang bagus kalau kita ini seorang wanita berkerjaya tetapi kenalah fikirkan pasal masa depan..Kalau susah sangat korang  nak kahwin korang suruh je mak dan ayah carikan. Senang cerita... Sebab kalau korang cari takut pula korang ni jenis memilih sangat.. Yelah nak perfect je memanjang.. Ingat! Lelaki juga manusia mesti ada kekurangan.. Begitu jugalah kat korang.. Korang kena ingat juga lelaki yang baik untuk wanita yang baik..:) Heheheh~

 Lagi satu, Orang tua-tua cakap salah satu cara memikat orang lelaki ini kenalah reti masak.. Entahlah.. Saya ni pun bukan pandai masak sangat..Hehehehe~ So, kesimpulannya, kenalah kahwin tidak kiralah dengan sesiapa..(jangan kahwin dengan PATI sudahlah) Sebab kahwin ni boleh mematangkan diri kita dan meneruskan zuriat kita.. Lagi satu, kahwin ni merupakan sunah nabi..  Nabi pernah bersabda “sesiapa yang tidak mengikut sunahnya bukanlah terdiri daripada umatnya”.. So, renung-renungkan...

Saya selalu baca orang lelaki ini banyak syarat diorang nak cari calon isteri.. Begitu juga bagi golongan wanita.. So, saya suggest kalau lelaki hendakkan wanita pandai masak dan isteri mithali  kita sebagai golongan wanita pun hendakkan lelaki yang boleh menjadi imam  dirumah dan menjadi suami soleh serta bertanggungjawab.. Disini masing-masing kenalah tahu tanggungjawab kalau hendak kahwin...AdilkanJ..........:::

Asia TimUr...SepEt ye MatA...............::

Sekarang ini saya teng0k anasir-anasir dari Korea sudah kembali di Malaysia.. Kalau dolo-dolo orang Malaysia suka teng0k drama k0rea je tapi sekarang lagu korea sudah menambat minat orang Malaysia termasuklah diri saya ini..(Tapi lagu-lagu korea ini kureng sikit)..Hehehehe~.. Hebat betul Orang Korea ini..Antara kumpulan @ indie atau band dari korea yang saya tahu seperti super junior, Girl Generati0n, ss501 dan banyaklah lagi..Kalau dengar lagu diaorang layanlah jugak sebenarnya.. Heheheh~

Kalau korang nak tahu drama korea yang t0p kali pertama di Malaysia cerita Winter sonata.. Tapi cerita tu saya tak teng0k sangat.. Masa tu minat cerita-cerita korea ni masih tak menular dalam diri saya lagi kot..Hehehe~ Tapi cerita yang dari episod pertama sampai episod last yang saya teng0k cerita Autumn in my heart.. Tapi cerita tu memang bikin saya tidak puas hatilah.. Yelah, kenapa pulak her0 dengan her0in kena mati?? Tak patut betullah.. Kalau korang nak tahu drama tulah menyebabkan saya jatuh cinta dengan won bin... Heheheh~ Biasalah zaman kanak-kanak ribena lagila katakan..

Lepas je cerita Autumn in my heart banyak jugaklah cerita korea yang saya teng0k sampai la ni..Hehehe~ Cerita-cerita jepun dan cerita taiwan pun saya layan.. Entahlah~ Sampai mak saya pun marah.. Yelah suka sangat cerita-cerita dari Asia Timur ini.. Nanti kahwin dengan orang macam diaorang baru tau.. Tapi suka gak.. Mana tau dapat yang ensem-ensem.. Hehehe~Cerita yang paling membuatkan saya feeling lebih sikit masa cerita Stairway to heaven.. Cerita tu memang sedih gile.. Sampai saya menangis~~ Huhuhu... Tak pernah lagi saya teng0k cerita korea yang boleh buat saya sedih.. Ingat lagi saya sanggup tak pergi solat terawih semata-mata nak teng0k cerita tu.. Masyuklah katakan..Hehehe~ Sekarang ni cerita tu dah tayang balik kat channel Ntv7.. Kalau korang rajin teng0klah..

Kalau ikutkan dah banyak cerita korea yang saya teng0k.. Kalau nak list pun rasanya tak habis.. Sampai saya pun ada yang lupa jalan ceritanya gan tajuk cerita tu.. Selain layan cerita korea cerita dari jepun layan jugak.. Cerita yang paling saya minat cerita Hana Yori Dango.. Memang masyuk.. Cerita ni ciplak cerita dari Taiwan iaitu Meteor Garden... Ala yang kumpulan f4 tu.. Diaoranglah berlakon..Tapi cerita Hana Yori Dango lagi best.. Baru Meteor Garden.. Ketiga Boys fl0wers 4 dari korea..

Sebenarnya kalau ikutkan cerita-cerita korea, jepun gan taiwan ni lebih kurang sama jer..Masing-masing ciplak antara satu sama lain.. Tapi yang bezanya kalau korang nak tahu kalau cerita jepun diaorang ini jenis straigh to the point.. diaorang tak macam cerita korea yang suka buat cerita panjang-panjang.. Kalau kita tengok episod last cerita jepun ini lebih kurang 12 atau 13 episod je.. (lebih kuranglah).Lagi satu kalau cerita jepun kalau berlakon taklah mengada-gada sangat macam cerita taiwan tu.. Saya ni tidak minat sangat cerita taiwan sebab pelakon ye kalau berlakon agak p0yo0r sikit.. Hehehehe~ Kalau korea ok la lagi..Lepas tu cerita jep0n kalau buat lawak memang menjadi..Hehehe~ Kalau cerita korea gan taiwan tak jadi sangat.. Saya rasa kalau cerita korea sesuai masa cerita yang feeling2 sikit.. Macam Stairway to heaven, Full house, winter sonata dan Autumn in my heart..

Kalau korang teng0k jugak style pelakonnya semua lebih kurang sama.. Fesyen diaorang sama jer.. Lebih tu gaya berlakon pun lebih kureng sama.. Maybe pengaruh kot..huhuhu~Sekarang ni cerita yang latest jepun gan taiwan saya tak tahu.. Kalau korea cerita-cerita latest seperti cinderella sister, oh my lady, personally taste dan marry me, mary..:)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons