Wednesday, June 29, 2011

Cintan cintun





Cinta!! Hahaha~ Tak tahulah kenapa tiba-tiba nak tulis entri pasal cintan-cintun ni. Sebenarnya saya ini bukanlah berpengalaman dalam bab-bab cintan-cintun ni. Tapi ada jugaklah member yang panggil saya Dr. Cinta.. Hahahah~ Siapa orang tu? Biar saya dan dia sahaja yang tahu.Huhuhuhu~

Sebenarnya kalau kita baca dan lihat banyak orang yang telah mentafsirkan apa itu cinta? Korang tiap je perkataan cinta kat laman google tak pun kat yahoo. Gerenti  banyak list yang keluar. Kadang-kala meleret-leret pula entri pasal cintan ni. Ini baru cerita pasal cinta kat blog. Kalau kita tanya pendapat masyarakat mesti macam-macam tafsiran yang kita dapat mengenai cinta ini. Memang cinta dah jadi topik popularlah bagi manusia. Kalau tengok cerita ke? Dengar lagu ke? Tak pun baca novel. Mesti ada unsur- unsur cinta kat dalamnya. Bukan tu je, banyak tokoh-tokoh tak kiralah seniman ke? Sasterawan ke? Penulis lirik ke? Banyaklah lagi. Kalau bikin sesuatu benda mesti  ada cinta. Hebat betul cinta inikan. Macam mana tak hebat. Kalau kita tengok cerita Romeo and Juliet. Mesti korang cakap “Dahsyat betullah penangan cinta ini. Sanggup bunuh diri semata-mata kerana cinta”. =)

Kalau bagi saya pula cinta merupakan satu anugerah yang sangat istimewa yang Allah SWT bagi kepada insan bergelar manusia. Dari cinta kita akan berkasih sayang, rindu-rinduan dan boleh menjadi pemangkin dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kadang-kala cinta ini menyakitkan dan  boleh merosakkan kehidupan manusia. Kalau kata mudahnya cinta ini racun dan madulah. Bagi saya lagi cinta yang hadir dalam diri manusia perlulah dikawal dan dijaga. Kita boleh membicarakan tentang cinta TETAPI perlulah ada batas-batasnya. Hal ini kerana kalau kita asyik memperkatakan tentang cinta  saya takut kita akan hanyut dengan cinta. Selain itu, ianya akan merugikan diri kita nanti dan sebab itulah juga saya tidak banyak memperkatakan tentang cinta dalam blog saya ini. Bagi saya banyak benda lain yang boleh kita memperkatakan selain daripada cinta.

Selain itu, kalau kita memperkatakan tentang  cinta  mesti ada isu couple. Banyaklah yang saya baca pasal couple ini. Kalau dari sudut hukum pula iannya haram. Entahlah! Bab hukum ini saya no komen. Lagipun saya ini bukannya arif sangat pasal hukum-hukum ni. Bagi pendapat saya bercinta tu tak salah tapi kalau kita bercinta punyalah rak sampai 10 tahun or 15 tahun kalau tak kahwin –kahwin. Masalah tu. Saya ada terbaca satu buku mengenai cinta. Saya suka dengan ayatnya. “Adakah kita suka diri kita dibelai tanpa ikatan yang sah tetapi merana apabila iannya menjadi sah”. Sebenarnya ayat tu sama maksud dengan ayat yang ini. “ Setiap kali kita memegang  wanita/lelaki yang bukan sah buat diri kita dan setiap saat itulah Allah akan menghilangkan nikmat kasih-sayang sedikit demi sikit buat diri kita apabila sudah berumah tangga”. Bila difikir-fikirkan balik kedua-dua ayat ini munasabahlah juga. Yelah, kebanyakkan orang yang bercinta sebelum kahwin mesti akan bercerai. Bukanlah saya cakap setiap orang bercinta sebelum kahwin nati automatic lepas tu bercerai pula. Hanya sesetengahlah. Kalau kita tengok pula orang yang bercinta selepas berkahwin tak dengar pula bercerai lepas tu. Mungkin ada tapi jarang-jaranglah berlaku. Macam orang dolo-dolo. Saya tengok ok je sampai sekarang.. Huhuhu~ Entahlah! Sebenarnya isu ini berbalik kepada diri kita tu sendiri. Kita nak kahwin dolo atau bercinta dolo. Lagipun manusia ini dianugerahkan akal. So, fikir-fikirlah ye.................::::

Lagipun saya dan mungkin korang pun percaya bahawa Allah SWT sudah menetapkan tiga perkara dalam hidup kita sejak azali lagi iaitu jodoh, rezeki dan kematian. So, don’t worrylah! Jodoh kita pasti ada cuma lambat atau cepat je. Asalkan kita menjadi manusia yang terbaik dan insya Allah kita akan dapat insan yang terbaik buat diri kita. Lagipun dalam hadis ada mengatakan “Lelaki yang baik untuk wanita yang baik” Tak gitu....:::J

Sebenarnya, tak salah kalau kita hendak bercinta. Yelah, takkan kita nak sekat kalau dah suka sama sukakan. Lagipun memang cinta tu satu fitrah bagi manusia. Dalam islam tu sendiri dah mengariskan panduan untuk bercinta. Cuma kita je nak follow atau tak. Bagi sayalah cinta tu sebenarnya boleh menjadi pemangkin untuk kita berjaya. Kalau tak percaya cuba kita tengok kawan kita yang sedang bercinta. Mesti sumber inspirasi dia orang yang dia suka. Dari seorang yang malas belajar tiba-tiba je  jadi seorang  yang rajin belajar. Huhuhu~ So, fikir-fikirkanlah................:::

Lastly, jangan biarkan hidup anda diselubungi keasyikkan cinta.....::: Hehehehe~

Ayat dari seorang blogger yang saya ambil “ Jangan kita bermimpikan lelaki sehebat saidina Ali andaikata  kita tidak semulia saiditina Fatimah Al-Zahra.
Renung2kan................:: (Peringatan buat diri saya juga)

Jom layan lagu adam gan farah ni =)

Sunday, June 26, 2011

Yvonne Ridley ~wartawan yang memeluk islam


Kenal tak Yvonne Ridley ini? Saya yakin mungkin ramai daripada kita tak kenal beliau. Kalau kita tanya kat para remaja kenal tak Faizal Tahir ke? Mawi ke? Mesti cepat je dia tahu... Huhuhu~Apa kata kita baca serba sedikit latar belakang mengenai Ridley ini......:::::

Yvonne Ridley merupakan seorang wartawan Daily Express di Britain. Beliau dilahirkan dalam keluarga Protestant dan menyanyi di sekolah pada hari Ahad di kampungnya di Utara England. Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai islam kecuali cerita yang mengatakan bahawa islam menindas golongan wanita, penuh dengan kejahatan dan ganas. Ridley telah masuk ke Afghanistan secara tidak sah lalu ditangkap oleh Taliban. Semasa dalam tahanan, beliau berfikir yang bukan-bukan tentang Taliban dan menunggu sahaja saat dia akan dikerjakan oleh Taliban yang sangat ganas seperti dibayangkan oleh presiden Bush.

Menurut Ridley, orang yang paling beliau ingin ketemui ialah Mullah Omar. Beliau ingin bertanyakan kepada Mullah Omar mengapa mereka melayan wanita-wanita islam dengan teruk. Seorang Taliban menanyakan kepadanya sama ada beliau ingin memeluk islam ataupun tidak. Ridley tidak menjawab pertanyaan tersebut tetapi sebaliknya berjanji sekirannya beliau dibebaskan beliau akan mempelajari ajaran islam. Setelah beliau dibebaskan, Ridley telah mempelajari al-Quran dan ingin mengetahui bagaimana pandangan al-Quran mengenai wanita.

Menurut Ridley, dalam usahanya untuk mempelajari tentang islam. Beliau terlebih dahulu mengkaji kenyataan al-Quran tentang  wanita termasuklah soal pemilikan harta dan hukum-hukum perceraian. Menurut Ridley, beliau tercengang apabila membaca al-Quran dan berfikir beliau sedang membaca satu undang-undang yang ditulis oleh penguam penceraian dari Hollywood. Beliau sangat gembira kerana dalam al-Quran wanita-wanita mempunyai hak yang sama dalam pendidikan dan kerohanian . Selain itu, al-Quran juga mengiktiraf beban tambahan yang ditanggung oleh wanita dalam melahirkan anak dan menyusukan anak.

Menurut Ridley, perisitiwa 11 September 2001 di mana serangan dilakukan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon yang dikaitkan dengan ‘Pengganas Islam’ telah menyebabkan perkara terbaik dan terburuk bagi islam. Selepas peristiwa tersebut ramai masyarakat Britain seperti beliau telah membaca al-Quran dan manuskrip Islam untuk mencari surah mana yang menyuruh umatnya menganas. Menurut jawapan yang dicari mereka tidak diketemui dan sebaliknya mereka menemui banyak ajaran mulia seperti kehidupan kekeluargaan yang sudah tidak wujud lagi di Barat. Keadaan ini menyebabkan negara-negara Barat bimbang. Dalam mengulas tentang al-Quran, beliau mengatakan bahawa al-quran merupakan satu rujukan yang cukup lengkap dan canggih.

Kini Ridley telah menganut agama islam dan menjadi tokoh pejuang hak asasi manusia. Beliau juga bergiat dalam arena politik dengan menyertai dan bertanding dalam pilihanraya dalam sebuah parti iaitu Respect. Dalam memperjuangkan islam beliau pernah berkata bahawa beliau pernah merasai keadaan yang terburuk yang menimpa dirinya dan menganggap cabaran beliau hadapi sebagai seorang wanita islam yang menutup aurat sebagai kecil sahaja.

Thursday, June 23, 2011

Blogger or pendakwah



Boleh ke seorang blogger itu menjadi pendakwah? Mesti korang tertanya-tanyakan. Lepas tu kerutkan kening memikirkan perkara ini.Pada mulanya saya tak terfikir pun pasal isu seorang blogger boleh menjadi pendakwah ini. Semuanya bermula bila saya membaca satu entri seorang blogger. Alasan dia bagi pun munasabahlah juga.Tetapi bila difikir-fikirkan balik saya sangat setujulah apa yang dia tulis. Sokong 100%. Macam pilihanrayalah pula....:: Hehehehe~

Jika kita lihat sekarang ini ramai yang suka beralih arah pada blog ataupun blogspot. Ada macam-macam jenis blog yang boleh kita tengok. Ada blog pasal travel, shopping, penulisan online, bakery dan macam-macamlah. Macam slogan astro tu. Macam-macam ada.. Hehehe~ Bagi saya tak salah kalau kita ada blog sendiri. Tapi mestilah nawaitu kena betul. Apa kata korang klik disini untuk mengetahui lebih lanjut pasal tips-tips berblog ini.....::J

Kalau kita hendak tahu, rakyat Malaysia adalah tergolong daripada golongan yang aktif berfesbook, blog dan twitter. Kalau pasal facebook and twitter tu saya setujulah sangat. Jika kita lihat negara Jepun list friendsnya  kurang dua kali ganda daripada kita. Jika kita pula mesti dah bercecah sampai beribu-ribukan tapi kat sana saya rasa mesti kurang daripada seratus. Lepas tu semua benda nak tulis kat wall. Memang rakyat Malaysia rajin berfesbooklah. Member saya ada cerita pasal facebook ini, ada member dia ni bukanlah macam artis pun tapi bila dah berfacebook ramai pula yang nak jadi friend dia. Sampai bila nak berkawan dengan dia terpaksa like pula. Hai! Kalau macam inilah kalah artis. Tetapi artis kat Malaysia ini pun sama je. Mesti majority ada facebook. Yelah, mestilah kena gunakan kemudahan yang ada. Lagipun kalau peminat nak tahu pasal dia tulis je kat wall ataupun kat twitter. Senangkan=)~
 Walaubagaimanapun, tak salah kalau kita layan facebook ini. Sebenarnya jika kita dapati banyak maanfaat bila kita layari laman ini sebab dari facebooklah kita boleh niaga, berkongsi bahan/ilmu, berkenalan, eratkan silaturahim, bertemu jodoh macam Zed Zaidi dan penghancur rumah tangga. Heheheh~ So, tanya imanlah.....:::


Berbalik pada tajuk entri saya ini, seorang blogger memang boleh dikatakan pendakwah yang tak bertauliah. Sebenarnya banyak entri-entri berilmiah yang boleh kita dapat dan menambah pengetahuan. Saya sendiri pun dapat banyak ilmu yang tidak saya sangka akan membacanya. Ilmu-ilmu yang saya perolehi banyak melalui pembacaan blog  dan apabila menjadi seorang blogger. Bagi saya menjadi seorang pendakwah ini  tidak memerlukan seorang yang mahir dalam ilmu agama dan perlu  menyampai ajaran-ajaran islam melalui ceramah, usrah dan sebagainya. Tetapi jika kita menulis sesuatu perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain pun saya rasa boleh dikatakan seorang pendakwah. Cikgu kat sekolah tu pun boleh dikatakan pendakwah sebab menyampaikan ilmu kepada anak murid. So, tak salah jika seorang blogger yang menyampaikan entri ilmiah di blognya itu boleh kita gelarkan sebagai pendakwah.

Sebenarnya menjadi seorang blogger yang baik bukanlah sesuatu perkara yang senang. Semuanya mestilah bermula dengan niat dan minat kita itu sendiri. Bagi saya seorang blogger yang baik dia akan sentiasa memastikan setiap entri yang hendak disampaikan akan member manfaat kepada orang lain. Selain itu, amalan berblog ini bagi pendapat saya adalah satu amalan yang baik dan dianggap satu pekerjaan yang mulia disisi Allah SWT. Insya Allah=)

Tuesday, June 21, 2011

Bagi yang mencari kebenaran


Tahukah kita asal-usul bangsa melayu? Dimana asalnya bangsa melayu? Macam-macam persoalan yang bermain di kepala.... Adakah bangsa melayu bangsa yang hilang? Betul ke raja-raja melayu melaka berketurunan Iskandar Zulkarnain? Saya rasa blog ini boleh menjawab persoalan kita. Bacalah setiap entri yang dipaparkan. Semoga saya mendapat secebis pahala hasil daripada usaha saya ini.InsyaAllah.....:::::=)~

http://mistisfiles.blogspot.com

Nostradamus si peramal



Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan?Atau darimana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan?Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; diantaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi,"Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"

Manakala Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah berkata pula,"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PEBGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"

Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.



sumber:http://mistisfiles.blogspot.com

Sunday, June 19, 2011

Peribadian wanita ibarat seperti bunga

Mengapa saya katakan wanita ibarat seperti bunga? Kenapa tidak ibarat seperti benda lain?Contohnya, haiwan ke? Makanan ke? Kenapa bunga sering dikaitkan dengan wanita? Ada apa dengan bunga?
Pernah tak kita terfikir seperti apa yang saya katakan tadi? Sebenarnya saya rasa banyak tokoh-tokoh yang sudah mentafsir mengapa wanita diibaratkan seperti bunga. Bunga juga mempunyai beberapa jenis, warna, bentuk dan bau. Kalau tidak takkan bunga  menjadi  intipati untuk membuat minyak wangi. Ada ke haiwan dijadikan intipati untuk membuat minyak wangi? Tak pernah dengar pun... Korang!!
Malaslah  tulis panjang sangat mengenai tafsiran bunga ini. Sebenarnya saya suka kaitkan sesuatu spesies bunga itu dengan wanita  SEBAB bunga itu unik, ada keistimewaan tersendiri dan cantik. Begitu juga wanita. Disini saya listkan beberapa spesies bunga yang mempunyai persamaan dengan peribadian wanita yang saya rasa berkait.... Moh le baca...............:::=)

Bunga Ros

Saya rasa majoriti daripada kita sukakan bunga ros. Hal ini disebabkan bunga ros wangi dan cantik. Dalam bunga ros ini juga terdapat beberapa warna. Ada warna putih, pink,merah dan kuning. Setiap warna  membawa tafsiran yang berlainan. Bagi saya bunga ros ini melambangkan seorang wanita yang cantik, pengoda, digilai oleh ramai orang. Walaubagaimanapun, saya mentafsirkan juga bunga ros ini seorang yang licik dan berbahaya kerana walaupun cantik tetapi jika kita leka kita mungkin akan terkena durinya. So, hati-hatilah kalau berdampingan dengan wanita yang ibarat seperti bunga ros.

Bunga orkid

Bunga orkid juga mempunyai beberapa spesies dan warna. Bagi saya wanita yang diibaratkan seperti bunga orkid ini merupakan seorang yang cerewet dan mahu perfect sebab jika kita tengok penjagaan bunga orkid ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggilah juga. Yela, Pokok orkid tidak memerlukan tanah untuk ditanam. Pokok orkid memerlukan arang dan tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari yang tinggi. Lepas itu kena sentiasa dijaga agar pokoknya sentiasa dalam keadaan baik.

Bunga kertas

Bagi saya penjagaan pokok bunga kertas simple sahaja. Oleh sebab itulah, ramai yang suka tanam pokok bunga kertas. Tidak cerewet seperti pokok orkid. Oleh itu, saya tafsirkan wanita  ibarat bunga kertas ini merupakan seorang yang simple dan tidak banyak songeh. Selain itu, dia pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.

Bunga seri pagi

Pernah tengok bunga seri pagi. Setahu saya bunga seri pagi berwarna ungu dan hanya mengembangkan bunganya pada waktu pagi sahaja. Bila waktu malam ia kuncup balik. Sebab tulah nama bunga ini bunga seri pagi. Bagi saya wanita ibarat bunga seri pagi ini seorang sensitif seperti mana bunganya. Selain itu, bunga matahari juga seperti bunga seri pagi dimana hanya sensitive pada cahaya matahari sahaja.

Bunga tahi ayam

Sebenarnya saya sukakan bunga tahi ayam. Mesti ramai yang tergelak bila dengar statement saya tu. Biarlah korang nak gelak sebab ada sebab mengapa  saya pilih bunga ini. Jika ramai diantara kita sukakan bunga ros sebab kecantikan bunga itu tetapi bagi saya bunga tahi ayam juga cantik walaupun namanya buruk. Ramai diantara kita menganggap bunga tahi ayam itu berbau busuk seperti mana namanya tapi bagi saya bunga tahi ayam itu wangi. Bagi saya juga, pada pandangan umum  wanita diibaratkan bunga tahi ayam ini seorang yang jijik, buruk dan tidak ada keistimewaan. Oleh sebab itu tidak ramai yang suka akan wanita ini. Tetapi disebalik namanya yang buruk dari pandangan orang ramai itu wanita ibarat bunga tahi ayam ini sebenarnya seorang yang cantik dan humble. Bunga ini juga sebenarnya tidak berbahaya. Walaubagaimanapun bunga tahi ayam jika kita memegangnya secara kasar boleh menyebabkan bunganya itu luruh. Oleh itu saya andaikan wanita ibarat bunga ini juga seorang yang perlu dijaga dan dibelai dengan lemah-lembut kerana wanita itu dilahirkan dalam sifat lemah-lembut dan penyayang.

Bagi saya setiap wanita itu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Wanita ini dicipta untuk menenangkan dan membantu kaum adam seperti mana hawa dicipta untuk nabi adam. Sebenarnya jika kita fikir-fikirkan balik wanita dan lelaki memerlukan antara satu sama lain dan saling lengkap-melengkapi. Oleh itu, tidak ada cacat-celanya ciptaan Allah terhadap wanita dan lelaki. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Kita je yang selalu membuat perbandingan antara satu sama lain....:: Renung2xkan =)

Tuesday, June 14, 2011

Alter terahsia bangsa melayu

Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu itu?Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!



At World's End


Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi mereka ingin berjalan?Begitu teguh azam mereka.Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji,begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan.Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju.

Kemana mereka ingin pergi?

Dimanakah mereka ingin tujui?

Tunggu!

Tunggu aku!

Aku ingin ikut kamu!

Jangan tinggalkan aku!

Ke mana kamu semua ingin pergi?

Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!?

Tidak seseorang pun mahu berkata-kata.Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka.Semakin laju.Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui.Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun.

Lalu terjatuh.Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang bangsa pengembara itu.

Mereka semakin jauh di hadapan.Diri ini masih merangkak-rangkak melambai-lambai ke arah mereka.

Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut pun merintih...

"Kenapa tinggalkan aku...?"

Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua mata saling bertentang.Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh.

Wanita Melayu Terakhir.

Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya.

Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan.Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan.

Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik halus sahaja.

Badan yang masih lemah dihayun ke depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih kejam menyiksa diri ini.Kesendirian di tengah-tengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta dan airmata.

Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang.

Sehelai selendang berwarna merah.

Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh.Huruf yang dilihat dari jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam tulisan Arab.Seakan-akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.Unik sekali.

Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium.Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan lelah.
WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH

Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi di sebalik cita-cita Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah Hitler?Apakah kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?

Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga ingin menjejak bangsa ini,apa tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa ini.


Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril Society dan Kultus The Black Sun.Mereka adalah 'secret societies' (rujuk organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya politik Hitler.Siapa sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler yang atheis dan materialis tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan dengan Kabbalah.
Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno.

Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika' di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha memiliki pengertian masing-masing tentang swastika.Nazisme adalah fahaman ciptaan 'The Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka panjang:menubuhkan negara Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA MENJADI KORBAN KEPADA BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis Laknatullah hauskan darah manusia untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan takhta 'anaknya' Dajjal Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.


Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang hilang?

Jean-Claude Frere menulis;

"The sons of the Outer Intelligences split into two groups, one following the ’Right Hand Path’ under the ’Wheel of The Golden Sun’, the other the ’Left Hand Path’ under the ’Wheel of the Black Sun’. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly created a new place of initiation at Shambhala, the city of violence in command of the elements and human masses, hastening the arrival of the ’charnel-house of time'."

Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés Secretès’ ini,bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru,yang digelar Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi dan permukaan bumi telah musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah bumi.Legenda menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah kepada dua:

-satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang.
-kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru,di kaki gunung Himalaya.

Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa yang hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti atau satu daya misteri yang digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan mentadbir negara.Semua mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai hamba baru mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman seterusnya mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United Nation dan akhirnya penubuhan negara haram Israel.

Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai.Rahsia yang amat terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet.

Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun diketahui bahawa Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan Hitler .Mereka cuma dapat mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau bangsa Super-Aryan yang hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan mempelajari mistik orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya 'The Black Sun' bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya pemerintahannya semakin hebat dan bertahan lama.

Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu mencari bangsa Aryan yang hilang?

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan perwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi sesetengah orang Islam sendiri yang mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian Presto John yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab?

Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli bait lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai dan budaya Vedic-India dan Melayu di Nusantara.

Apa yang ingin mereka cari di Tibet?

Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa ini yang setakat ini dapat dijejaki hingga ke kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka mungkin menemui jejak bangsa Mala di puing-puing kaki gunung Himalaya tetapi tidak diketahui ke mana seterusnya. KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah tiada.Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang pertama.Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan membunuh diri (atau dibunuh?).

Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.


Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno

'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit,bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.

Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada.

Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa).

Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada,di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.

Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja Media (Madayu).

Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?
"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.

Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa? KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.

'MALAY IS TRULY ASIA'

Mungkin mereka betul.

Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul.

Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.

Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.
MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA!
Kembali Kepada Ibunda Keturah
"Keturah adalah bonda kami,
wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha
Budi pekerti pekerma diraja
Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta
melapas dukka
sutramawarniKeturah adalah bonda kami
seroja dilangit
kemboja berlayupan di darat
airmata hidangkan dengan senyumanmentari jadi salju dedayuKeturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu
bagai syurgaloka
seri dharma" (Tiada bernama)

Jejak telah hilang di sini.Dimana kunci-kunci rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali.

Kembali kepada bonda.

Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon.Dari manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah?

Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini.

Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak.

Selendang wangi berwarna merah.

Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim' dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa Melayu.

Tapi...siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala.  MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis.  INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno,Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan.  BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.
Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Di mana mahu kita mulakan?Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.
HURUF MIM YANG TERAHSIA

Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah  CAMBYSES.Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:

Keturah,

Nabi Ibrahim,

Jawi,

Cambyses

Kambuja

Scythia

Manessah

Mala

Malai

Mada

Mada-yu

Mala

Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum kulit putih) bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The Promised Land' sebenar?

Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.

Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan 'The Promised Land'.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi 'The Promised Land' yang ingin dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT.
TETAPI UNTUK DICARI.

Mengapa?Kerana 'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:
TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.

Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala.Perkahwinan?Mungkin.

Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.

Ingat,ini bukan hendak mengatakan Melayu adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau 'The Lost Tribe'.

Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan risau.Mereka telah lama tahu.

SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA. IAITU DI SINGAPURA.Cuma Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di merata dunia.

APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA.

Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan.
DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.


Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).
TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.

Dimanakah sasaran mereka selepas ini?TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI.

Tinggalkan dulu 'pergaduhan adik beradik jauh' antara Yahudi dan Melayu.

Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini.

Sungguh kuat mereka mengembara.Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk diam sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini.

Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja.Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.


Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru I-Tsing di Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya.Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta Melayu.Mengapa?Lihat pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi.Begitu juga dengan penggunaan Dharma.

Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke-11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-nama-prajnaparamitopadesasastravrrtti-durbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya. Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa’i man ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pa’i rgyan ces bya ba’i ‘grel pa stogs par dka’ ba’i snag ba zhes bya ba’i grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan Tibetan Tripitaka Research Institute.Perhatikan darjat 'Dharma' dipangkal namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya pendeta Melayu telah pun sampai ke Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak tahu.Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba.

Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha.Kebetulan?Tidak sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni (bermaksud 'orang bijaksana dari suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.

Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu.

Begitu juga misteri yang menyelubungi Budidharma,pendeta misteri yang dikatakan sampai ke Shaolin Temple adalah seorang Melayu beragama Buddha.

Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yáng Xuànzhī seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:

"At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian..."

Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan."A Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?) menunjukkan bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.

Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan laut menuju ke Nusantara,lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di negeri Perak yang terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.Ingat!mereka bukanlah mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.Dari Yunnan mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan Kambuja.


Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah.Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka Sailendra. Perkataan “Funan/Bnam/Phnom” mempunyai maksud yang sama dengan perkataan “Sailendra”, iaitu “gunung/tanah tinggi”. Negara Vietnam masih menggunakan perkataan “bnam” dihujung perkataannya. Mungkinkah bangsa Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai “Vietnam” yang bermaksud “Gunung+Viet”, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini, Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno.
SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"

Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.
SAILENDRA-GUNUNG
FUNAN-GUNUNG
NAM-GUNUNG
MALAI-GUNUNG Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat.Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.

Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.
*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?


Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.

Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai Musi,Palembang."Musi" bermaksud 'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang 'The Promised Land'.

"akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia"

Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia "The Land of The East" berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini.
MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE 'PROMISED LAND'

Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini bertemu.Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu).Mereka adalah serumpun dan bersaudara.Sudah lama mereka terpisah. Mereka berpelukan dan menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini.Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ.Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di 'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'

Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di sini.Apa perlu berperang dan membina negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota.

Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala.

Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang Esa.

Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala.

Hindu

Buddha

Islam

Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang sejak ribuan tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian.

Portugis

Belanda

Inggeris

Falsafah 'cukup makan' semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri.Tidak bersemangat.Layu.

Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri.

Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri.

Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini.
KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.

Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana?

Pada huruf 'mim'

Bangsa Terbaik,Agama Terbaik

Mim itu Muhammad,Mim itu Mala

Apabila bangsa ini menghayati agamanya sendiri,maka akan terangkatlah
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

---------------------------------------------



Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu terpaksa dihentikan setakat ini kerana sumber utama dari Lodgekeeper tidak lagi dapat diakses.Namun mungkin ada kajian yang mendalam lagi di masa hadapan kerana semakin mengkaji tentang asal-usul bangsa ini,semakin banyak pintu rahsia yang terbuka membawa kepada jalan yang bersimpang siur tidak tahu di mana hujungnya.

Kepada anak-anak Melayu yang masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu semampu yang boleh kerana bangsa kamu adalah bangsa terbaik dan bijak.Jangan jadi penagih dadah atau merempit membuang masa.

Kelak kamu akan dapat menyusuri jejak Melayu itu sendiri.

Kepada para pencinta bahasa,berjuanglah pertahankan bahasa kamu kerana bahasa Melayu juga adalah kunci kepada jejak-jejak kamu yang hilang.

Kepada pemimpin politik Melayu,waspada,ada musuh yang menanti anda bukan sebab kekayaan anda tetapi sebab bangsa dan agama anda.

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia,kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah barat.Kita adalah serumpun dan bersaudara.Belanda dan Inggerislah dalang pemisahan kita.Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan,bersatulah.Biar bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.

Ini tanah kita.Ini bumi kita.Ini adalah "The Promised Land".

Ke manakah mahu kita pergi,jika kita dihalau dari tanah ini?

Tiada perjalanan lagi selepas ini.Kita sudah pun berada di Timur Jauh.Di hujung dunia.

Sampai masa kamu akan mengerti semua rahsia ini.

Biarlah Melayu itu mengenal Mimnya sendiri.



sumber: http://mistisfiles.blogspot.com

Sunday, June 12, 2011

Kartun Avatar Adaptasi Dari Cerita Khilafah Kita?

 "Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya. Namun saat dunia membutuhkannya dia menghilang.



Beratus tahun kemudian aku dan abangku menemukan seorang avatar muda yang baru. Seorang pengendali udara bernama Aang. Walaupun ilmu pengedalian udaranya sangat bagus, namun dia masih memerlukan banyak waktu untuk menguasai semuanya, Tapi aku yakin, Aang dapat menyelamatkan dunia".
Hmmm... Sahabat sekalian, kamu semua tentu sudah tidak asing dengan cerita di atas tadi. Masih ingat tak? Pasti ingat punya, yang pasti itu bukan cerita nenek kebayan. Kalau ada yang meneka, "Itu cerita Avatar the Last Air Bender Legend atau Avatar si Pengendali Udara!" Itu betul sekali, tahniah di atas ketepatan tekaan anda.
Ok kalau begitu, anda sudah kenal kan cerita kartun Avatar? yang meminati kartun pastilah tahu. Tipulah kalau anda semua si peminat anime atau kartun tak tahu. Betul tak?. Jadi, di sini kita bukanlah berbincang tentang bagaimana hebatnya si Avatar tu. Asalkan anda semua sudah menonton cerita tersebut, dan pasti sudah tahu bagaimana kehebatan Aang. Walaupun Aang masih kecil tapi sangat berani dan hebat, menguasai semua ilmu bela diri lagi. Apalagi disebut di awal, dia sebagai "penyelamat dunia".
Di sini saya akan bawakan cerita singkatnya sahaja, dalam episod "The Boy in the Iceberg,"dua remaja dari Suku Air Selatan yang bernama Katara, seorang pengendali air dan abangnya yang bernama Sokka, menemukan Aang dalam sebuah bongkah ais, kemudian mereka membebaskannya. Aang adalah seorang kanak-kanak dan berkebolehan mengendali udara yang merupakan seorang Avatar.
Selama seratus tahun Aang terkurung di dalam bongkahan ais, setelah ia bertemu dengan badai saat dirinya melarikan diri dari Kuil Udara selatan karena dia merasa kebingungan dan tertekan setelah dia diberitahu akan terjadi perang antara bangsa, sehingga seorang Avatar diperlukan.
Dari penjelasan, kedua adik beradik (Sokka dan Katara) itu Aang tahu bahwa selama ia menghilang, ketakutan para pendahulunya akan terjadinya perang telah menjadi kenyataan. Bertahun-tahun selama ia melarikan diri, Negara Api yang menjadi rumah para pengendali api, mengadakan perang menggempur tiga bangsa lainnya, iaitu Kerajaan Bumi, Suku Air, dan Pengembara Udara.
Seluruh kuil udara dihancurkan, termasuk Pengembara Udara, semuanya dimusnahkan supayaAvatar tidak boleh kembali lagi. Hal itu menyebabkan Aang menjadi pengendali udara terakhir di muka bumi. Karena dia seorang Avatar, sudah merupakan kewajibannya untuk mempelajari pengendalian empat unsur, agar boleh mengalahkan Raja Api dan membawa kembali kedamaian dan keharmonian di muka bumi. Jadi untuk memikul tugas tersebut, Aang ditemani oleh Katara dan Sokka, bersama dengan dua haiwan peliharaannya, Momo dan Appa untuk mencari ahli pengendalian unsur-unsur dan belajar untuk menjadi seorang Avatar, dan pada masa yang sama mereka harus menghindari usaha penangkapan oleh pihak Negara Api (Lihat wikipedia, Avatar: The Legend of Aang).
Avatar versus Khilafah.
Wahai sahabat sekalian, tahukah anda sekiranya kita berlepas dari adanya pengaruh unsur-unsur budaya tertentu, dan ritual agama tertentu cerita Avatar ini hampir mirip dengan sejarah dan realiti umat Islam?. Macam ini, sekiranya kita melihat cerita Avatar tersebut dan hayati semula dalam-dalam, kita sebagai seorang pemuda Muslim harus refresh kembali dan pasti akan teringat dengan pemimpin umat (khalifah) yang mestinya ada sebagai pelindung umatnya seperti mana dalam alunan sejarah yang telah membuktikan 1300 tahun lamanya islam pernah memimpin dunia (khilafah).
Cuba saja anda semak paparan Katara pada setiap awal episod di cerita Avatar tersebut.
"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya."
Kenapa ya dulunya bangsa-bangsa tersebut damai? Tentu saja hal itu terjadi karena memang mereka hidup di bawah kepemimpinan seorang Avatar dan tidak ada satu pun negara yang serakah. Tetapi dengan kesombongan dan kebongkakkannya, negara api menyerang negara-negara lainnya. Akhirnya, kedamaian pun hilang. Yang ada hanyalah pembunuhan, penyiksaan, ketamakan memonopoli kekuasaan, penahanan, dan kerusakkan lainnya.
Di dalam animasi Avatar itu pun disebutkan bahawa semua kerosakkan tersebut hanya dapat dihentikan oleh seseorang yang disebut dengan Avatar. Memang betul sejak dahulu, Avatarsenantiasa ada. Setiap kali Avatar yang satu mangkat, selalu digantikan oleh Avatar berikutnya. Dialah yang mampu menyatukan kembali bangsa Air, Api, Tanah dan Udara.
Tetapi, ketika kedamaian itu tidak ada, seorang Avatar yang diperlukan tersebut ternyata menghilang. Yang akhirnya, derita yang menimpa bangsa Air dan bangsa Tanah terus berlangsung..
Sahabat, cuba singkap kenyataan-kenyataan tersebut, sama tak cerita Avatar itu dengan cerita realiti atau kenyataan kita? Ya benar ini sangat serupa dengan apa yang menimpa dunia Islam hari ini. Kalo boleh kita ubah sikit cerita awal tersebut dengan versi nyata dunia Islam, bunyinya jadi begini, 
"Dahulu kala, negeri-negeri bersatu dari Spanyol hingga Melayu hidup dengan kedamaian dan kebahagiaan dalam sistem Khilafah. Namun, semuanya berubah setelah kaum kafir harbi menyerang dari segala sisi, baik mental mahupun fizikal."
Benar kan, dulu kita umat Islam, bersatu dengan aman dan dalam mulai dari Spanyol hingga nusantara ini bersatu padu di bawah satu kepemimpinan yang menyatukan mereka, iaini Khilafah. Seorang Khalifah, pempimpin negara Khilafah, telah menjadi payung dan perisai pelindung umat. Umat ini berwibawa dan disegani saat kita hidup di bawah naungan Khilafah.
Islam pernah menguasai 2 per 3 daripada dunia. Demikian pula, awal mula peradaban mulia itu diawali oleh Islam. Termasuk di dalamnya dalam penguasaan sains dan teknologi yang meningspirasi dunia Barat. Dunia mengakui hal ini. Cuba kita sama-sama semak pengakuan seorang pengusaha di sebuah perusahan komputer ternama di dunia. Carly Fiorina, CEO Hewlett-Packard (HP), menulis:
"Dulu pernah ada sebuah peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban itu mampu menghasilkan sebuah negara super yang membentang dari samudera ke samudera, dari daerah sub-tropik hingga ke daerah tropik dan gurun. Dalam wilayah kekuasaannya, tinggal ratusan juta warganya, yang tediri dari berbagai kepercayaan dan bangsa.
Salah satu dari sekian banyak bahasanya menjadi bahasa universal dan menjadi jambatan penghubung antara warganya yang tinggal di berbagai negeri. Tenteranya tersusun dari orang-orang yang berlainan kebangsaanya. Kekuatan tenteranya mampu memberikan kedamaian dan kesejahteraan yang belum pernah ada sebelumnya. Jangkauan armada perdaganganya membentang dari Amerika Latin sampai ke Cina, serta daerah-daerah yang berada di antara keduanya.
Kemajuan peradaban ini sangat ditentukan oleh berbagai penemuan yang diraih oleh para pakarnya. Para arkiteknya mampu mereka bangunan melawan hukum graviti. Para pakar matematiknya menciptakan aljabar; juga algoritma yang menjadi pengembangan teknologi komputer dan penyusunan bahasa komputer, para doktornya mempelajari tubuh manusia hingga mampu menemukan berbagai ubat untuk menyembuhkan beraneka ragam penyakit.
Para pakar astronomiya mengamati langit, memberikan nama bintang-bintang, serta merintis teori seputar perjalanan dan penelitian ruang angkasa. Ketika bangsa-bangsa lain khuwatir terhadap munculnya berbagai pemikiran, peradaban ini justru memacu kemunculan beraneka ragam idea dan gagasan. Ketika tindakan keras seringkali mengancam keberadaan ilmu pengetahuan, peradaban ini justru melindungi, mempertahankan, serta menyampaikannya kepada umat-umat lain.
Peradaban barat modern mendapatkan banyak manfaat dari kemajuan ini. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 M sampai dengan 1600 M, termasuk di dalamnya wilayah Negara Khilafah Utsmaniyah, Baghdad, Damaskus dan Kairo, demikian pula masa-masa para pemimpin yang cemerlang, seperti Khalifah Sulaiman yang perkasa.".
Nah betul tak apa yang dinyatakan bahawa Avatar itu cerita betul, dan inilah sebuah kehidupan sebenar avatar?
Tetapi semuanya kini berubah. Setelah perencanaan yang panjang akhirnya, kuasa barat berhasil merobohkan kekuatan umat Islam. Tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924, institusi pemersatu umat itu dibubarkan oleh seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal Pasha at-Turk. Sejak itulah, dunia Islam memburam.  Kuasa barat menyuntikkan senjata racun yang mematikan kepada tubuh umat Islam, termasuk generasi muda. Senjata ini pula yang telah digunakan oleh barat dalam membunuh Khilafah tersebut.
Senjata yang dimaksudkan adalah idea-idea Barat yang hingga kini terus menerus dipaksakan kepada generasi muda muslim, seperti idea kebebasan, hak asasi manusia, nasionalisma, sekularisma (pemisahan agama dari kehidupan), demokrasi, dan idea-idea busuk lainnya.
Ketika kaum Muslim tidak lagi berada dalam pangkuan Khilafah, satu demi satu negeri kaum Muslim terpecah belah, yang disekat-sekat oleh ikatan nasionalisma. Dengan ini kuasa barat berleluasa menjajah dan menjarah negeri-negeri kaum Muslim bahkan hingga ke hari ini.Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, dan negeri-negeri lainnya menjerit meminta pertolongan.
Mereka dibunuhi, tanahnya dirampas, sumber daya alamnya dijarah dan dijajah oleh kaum kafir penjajah tanpa ada pembelaan. Makanya serupa tak dengan cerita Avatar?. Jika di  dalam filem Avatar, yang jahatnya adalah si Raja Api, maka hari ini, raja Api itu adalah ibarat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya yang terus menerus hingga kini menjajah negeri-negeri kaum Muslim.
Lantas Jom Kita Jadikan Avatar Ini Sebuah Yang Episod Nyata, nak tak?
Seperti halnya di filem Avatar, kejahatan akan segera musnah , dan dengan itu kejahatan dan kemunduran yang menimpa umat Islam pun akan segera berakhir, setelah sang islamic avataratau the caliphate alias Khalifah yang akan kembali hadir memimpin dunia dalam system pemerintahannya Al Khilafah Islamiyah. Seperti halnya Aang, dia masih muda dan terus berjuang menimba ilmu untuk menjadi sosok avatar.
Begitu juga, hari ini jutaan para pemuda Muslim di seluruh penjuru dunia bahu-membahu untuk kembali mewujudkan sang pembebas dunia dari penjajahan. Mereka bersatu di bawah panji Rasulullah dan menginginkan Khilafah kembali. Kalian tak percaya? Kaji nih kata-kata dalam sebuah lirik rap anak muda Amerika sana yang dibawakan oleh SOA. Dia menyatakan, "Its time to take a STAND! Follow ONLY Allah's Commands! Put Khilafah back on the MAP. IT'S TIME TO BRING ISLAM BACK". Anak muda Muslim Britain juga tidak ketinggalan, mereka menyerukan"Bring Back Islam, Bring Back The Khilafah" dalam sebuah lirik hiphop nya.
Bagaimana dengan para pemuda Muslim di negeri ini? Jadi, pasti harus lebih dari itu. Di negeriDavid Backham sahaja, para pemuda muslimnya menyerukan Khilafah. Masakan di negeri kita tidak. Malulah saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian! Jom mulai hari ini kita pelajari Islam sebagai agama yang lengkap, fahami, amalkan dan dakwahkan.
Seperti halnya Avatar, masih muda tapi terus belajar sekalipun dia adalah orang yang hebat untuk menghentikan segala kejahatan. Kalau ada yang ingin bertanya bila? Ya jawapannya, saat ini juga, sebelum ajal menjemput, hingga Islam berjaya kembali di bawah naunganKHILAFAH! Insya'allah sedikit waktu lagi.
sumber:http://www.iluvislam.com

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons