Friday, October 28, 2011

Konspirasi yahudi terhadap minda: muzik




Saya ingin berkongsi satu maklumat yang telah saya perolehi, tentang bagaimana minda umat Islam dan Kristian di dunia ini dijajah oleh yahudi zionis yang bertuhankan dajjal.

Ini adalah satu pengakuan yang diberikan oleh seorang komposer lagu terkenal iaitu Was Penre.Siapakah Wes Penre? . Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.

Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.

Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.

Katanya..“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”
Katanya lagi,
“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily – but with a new insight …”

Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;
  • Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
  • Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
  • Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
  • Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
  • Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.
Anda lihat, bagaimana yahudi mempengaruhi minda umat Islam dan kristian. Bagaimana mereka menghipnosis dengan menggunakan kekuatan muzik. Jadi hati-hatilah dengan muzik yang boleh membawa kepada kehancuran.

Renung2kan dan selamat beramal


Thursday, October 27, 2011

Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu



Tuan yang saya muliakan: [TT] Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.


Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.


Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.


Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.


Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.


Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.


Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.


Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.


Tuan yang saya hormati,


Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.


Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.


Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.


Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.


Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.


Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.


Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.


Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.


Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.


Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.


Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.


Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.


Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?


Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?


Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT)

Wednesday, October 26, 2011

Jodohku a.k.a Suamiku



Tiba-tiba je nak tulis entri pasal topik ni. Sebenarnya topik ini bukanlah baru diperkatakan..Rasanya dah berkurun dah. Lagipun saya ni kalau member sembang pasal tajuk orang tu orang ni? Bukan ambik port pun.. Setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Banyak benda lain yang penting yang saya rasa boleh disembangkan. Tapi tu semua terpulang kat nawaitu masing-masingkan.. Tak gitu..=)
Kita selalu dengar atau baca pasal ini:

"Jelez ye dia ade pakwe"
"Siapalah jodoh kita ye"
Buat apa susah-susah nanti kalau dah sampai seru kahwinla"
"Nak mak carikan"
"Kawan semua dulu baru pilih yang terbaik"
"Dialah Mr. Right"
"Nanti nak kahwin nak cari calon suami/isteri macam ini macam tu"

Sebenarnya banyak lagi orang yang bagi komen berkaitan jodoh ini. Atas tu hanya sebahagian je. Tetapi bagi saya jodoh tu macam makan biskut chipmore sebab ape?



1. Biskut chipmore banyak jeniskan. Ada jenis chocolate lebih sikit, ada letak kacang dan ade yang perisa butter. Macam tulah jodoh kita. Kita tak tahu siapa jodoh kita.. Ade ke orang putih a.k.a mat saleh? Orang melayu ker? Tak pun orang hindustan.. Macam shah rukh khan tak pun amir khan? Hehe

2. Walaupun biskut chipmore ni ada banyak jenis tapi mesti kita suka makan satu jenis je kan.. Macam tulah kalau kita pilih jodoh. Mesti ada kriteria-kriteria semasa memilih pasangan hidup. Ada orang tu nak lelaki yang kaya, hensem, anak dato dan caring.. (Contoh je) =)

3. Lepas tu biskut chipmore mesti ada kat semua kedai. Senang cite mesti jumpalah kalau pergi ke kedai runcit. Macam tulah jodoh kita.. Sebenarnya jodoh kita tu mesti ada kat sekeliling kita. Cuma kita sedar atau tidak je.. Key words: Tak payahlah cari jauh-jauh..Entah-entah kat sebelah rumah je..Hehehe

4.Masa makan biskut chipmore cicah dengan air susu mesti sedapkan. Macam tulah jodoh kita.. Kita dengan pasangan kita tu ibarat seperti magnet. Seorang mesti positif (+) dan lagi sorang mesti negatif (-). Senang cite perangai kita dengan pasangan kita mesti kontra. Kalau ada persamaaan pun sikit je.. Sebab tu kita ni saling lengkap-melengkapi.. Tak gitu =) Macam mak dan ayah kitalah..

5. Lepas tu masa makan biskut chipmore mesti ada orang makan dengan cepat dan mesti ada yang makan lambat. Macam tulah juga jodoh kita. Mesti ada jumpa jodoh lambat dan mesti ada tahun depan dah kahwin.. So, key wordsnya: Jangan susah hatilah kalau tak ada buaya frenz/ keli frenz lagi ye.. Sebab couple tu bukan bagus pun...Hehehe

Kalau nak ibarat jodoh tu macam biskut tiger pon boleh je.. Sedap je kalau makan..Hehehe

Renung2kan dan selamat beramal

Tuesday, October 25, 2011

Hassan al-Banna









10 wasiat Hassan Al Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan. 

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.




Siapa yang bunuh Hassan Al-Banna?








Tuesday, October 18, 2011

phase 3






Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar. Terima kasih pergi kepada Noreaga & Achernahr kerana bertungkus-lumus menghasilkan siri ini.


Video ini memang best giler! Tak rugi pun kalau kita tengok..Dah lama dah saya tengok video ini.. Masa sem  tiga kot.. Tapi tengok tak menyeluruhlah..Ni baru dapat tengok full..Like3x=)







     Kalau nak tengok lagi pergi kat youtube ye..hehehe




Renung-renungkan n selamat beramal

Monday, October 17, 2011

4 kateg0ri manusia yang tidak layak dilantik menjadi pemimpin



Rasulullah tidak lantik sesiapa minta jawatan, sebalik serah kepada yang ada sifat tanggungjawab 

Menyedari pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori itu dibolehkan.

Yang diharamkan ialah pertama, orang Yahudi dan Nasrani. 


Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka." 

Barang siapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani)." Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-Maidah:51)

Keduanya, orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. 


Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim.” (Surah at-Taubah:23)

Ketiga, orang yang di luar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik. 


Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. "

Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. 

Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. 

Katakanlah kepada mereka:" matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu.” (Surah ali-Imran:118-119)

Keempat, orang yang mengingkari al-Quran dan hukumnya. Berhubung perkara ini Alah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan daripada kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” (Surah an-Nisa':144)

Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. 


Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin tetapi ada kebolehan.

Iman Bukhari diriwayatkan berkata bahawa Abu Zar menceritakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah SAW:
 

“Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan.” 

Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: “Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia pada hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul.” 

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodek dan sebagainya. 


Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah. 

Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan/kepemimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.” 



Sumber: http://koleksi-ilmiah.blogspot.com

Friday, October 14, 2011

Bidadari itu




Wanita yang ingin menjadi insan terbaik di kaca mata Allah ingin menjadi seperti bidadari yang sentiasa gembira di syurga nanti.

Bidadari itu percaya yang dunia ini hanyalah singgahan sementara.
Dia akan berasa kecewa dengan sikap manusia tetapi dia akan berasa lebih kecewa apabila dia tidak dapat kasih dan sayang daripada Allah kerana dia tahu Allah tidak akan sesekali mengecewakan dia. Biarlah manusia beribu-ribu kali mengecewakan dia tetapi dia sangat yakin Allah tidak akan kecewakan dia.


Ya Allah, aku tidak mahu cinta manusia jika cinta itu akan menjauhkan cintaku kepadaMu,
Aku tidak mahu kesenangan dunia jika aku tidak akan sesekali memperolehi kesenangan di akhirat nanti,
Aku juga tidak mahu kecantikan fizikal andai iannya akan membuatkan dosaku bertambah di sisiMu

Aku mahu menjadi bidadari
Aku mahu menjadi  sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang
Aku mahu menjadi sebaik-baik manusia yang akan memberi manfaat kepada orang lain
Kerana aku mahu menjadi seperti bidadari itu....
Yang akan menunggu dan terus menunggu
Sesuatu perkara yang terbaik buat hidupku

Ya Rabb...
Kaulah perancang terbaik buatku
Jodohku,amalku dan sumber rezekiku





Wednesday, October 12, 2011

Single..Tidak salah






1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?
......
ALLAH MENJAWAB :

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." [Surah An Nur : Ayat 26]

2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]

3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]

4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?








ALLAH MENJAWAB :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]

5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]

6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :

”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]

7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :

”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]

8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]

9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]







Monday, October 10, 2011

Peter Casey~ tidak malu bersolat di tempat awam



Peter Casey


Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.



Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.


Tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.

Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey

Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.

Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya,Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.

"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.

Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons