Wednesday, June 20, 2012

Sebaik-baik teman bersembang ialah buku





Jika dunia akan riang membawa kebaikan untukmu
Kalau engkau tidak rela dengan pergaulan
Tidakkah engkau lihat batu mutiara mahal
Bukankah mutiara itu dikeluarkan dari lautan yang masin
Mungkin sahaja sesuatu yang menakutkan membawa kengerian
Juga kegembiraan dan kesenangan
Mungkin juga keselamatan itu berlaku selepas adanya larangan
Mungkin kelurusan selepas kebengkokan

Sesetengah daripada sebab-sebab kebahagian itu ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, menyempatkan diri untuk membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan hikmah-hikmah.

Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji supaya menghilangkan kesedihan dalam diri. Katanya:

“Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan kawan yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang sangat bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah kawan yang tidak memaksamu mengeluarkan apa yang ada. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat pembohongan.”

Buku adalah sesuatu yang jika dipandang akan memberi nikmat yang panjang, ia akan menajamkan kemampuan intelektual, membuat lidah tidak kelu dan membuat hujung jemari semakin cantik.  Ia akan memperkaya ungkapan-ungkapan, akan menenangkan jiwa dan akan mengisi kekosongan jiwa.

Buku akan memberi penghormatan orang-orang awam dan persahabatan dengan raja-raja. Dengannya akan mendapat pengetahuan dalam sebulan, dan satu hal yang tidak boleh dapat daripada mulut orang lain dalam satu masa. Dengannya akan dapat dihindari hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku juga tidak akan bersusah payah menghadap pengajar yang mencari makan dari upah mengajar, tidak perlu belajar dari orang yang secara akhlak nya lebih rendah dengan diri dan tidak perlu juga bersama-sama dengan seseorang yang mempunyai perasaan dengki serta bersama orang kaya.

Buku adalah sesuatu yang sentiasa taat tidak kira masa sama ada malam atau siang. Ia akan ikut bersama sama ada dalam perjalanan atau dirumah. Ia tidak sama sesekali mengamuk dan berasa letih. Dia adalah guru yang yang diperlukan dan tidak akan berasa malu, tidak meninggalkan disebabkan kebendaan dan tidak akan memutuskan faedah walaupun ditinggalkan dan tidak akan menyerang serta berpaling.

Kesunyian anda tidak akan membahayakan jika buku sentiasa bersama dan tidak akan memaksa bersama dengan orang yang berperangai buruk. Sekiranya tidak ada keutamaan yang bileh diambil, buku akan menghalang niat anda untuk duduk di depan pintu rumah dan melihat orang-orang yang lalu lalang di depan rumah sebab hal itu melanggat hak-hak orang lain, menzalimi diri kita dengan cara melihat orang lain secara berlebihan, ada pembabitan diri dalam sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, ada peluang untuk mendengar ucapan-ucapan yang kotor yang tidak bernilai yang rendah budinya dan tidak cerdik.
Semua itu akan menghindarkan diri dari segala kemungkinan buruk dan menghadapkan pada manfaat yang besar. 

Anda berjaya mendapat pokok sekaligus cabangnya. Sekirannya yang didapati tidak lebih dari kegiatan menghalang niat untuk keinginan yang murahan, dari keinginan untuk bersenang-lenang sahaja dan dari main-main yang tidak membawa apa-apa makna maka itu merupakan nikmat yang besar dan satu anugerah yang mulia.

Kita sedar bahawa buku merupakan pilihan yang terbaik bagi orang-orang yang menganggur bagi menghabiskan waktu siangnya dan bagi orang-orang yang suka bersenang-lenang bagi menghabiskan waktu malam mereka.

Buku adalah sesuatu yang memberi dorongan bagi mencuba, menggunakan akal, membentuk peribadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka.

“(Al-Quran ini) satu kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman”

(Surah Al-A’araf ayat 1)

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;Petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang lalu telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

(Surah Al-Baqarah ayat 2- 5)

Sunday, June 17, 2012

Tuhan masih lindungi diriku






Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari…

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 

(Surah Ali-Imran ayat 190-194)


SubhanAllah! Aku mengambil surat pemberian Asma pada petang tadi lalu ku buka untuk kali kedua. Aku meneliti maksud setiap perkataan dalam surat itu dan secara tiba-tiba mataku terpandang…

“ …. Aku cuba untuk memendamkannya tapi akhirnya aku tewas kerana aku tahu takdir tuhanku. Dosaku ibarat pasir di pantai dan umurku ibarat lilin yang dinyalakan api. Andai itu takdirnya aku bersyukur kerana aku tahu tuhan memberi apa yangku perlu dan bukan apa yang aku mahu”
“Aku ingat janji tuhanku”

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati" 

(Surah al-Mulk ayat 12-13)


Aku terus membaca surat itu lagi………


“ Aku gadis yang sukakan kebebasan. Dunia ini bagaikan syurga buat diriku. Aku leka dalam kenikmatan dunia tanpa aku sedari kebahagian yang hakiki hanyalah di syurga. Namun, keasyikanku hilang apabila aku bertemu dirinya. “

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”

(Surah Al-Ankabut ayat 64)


“ Aku cuba mendekati dirinya namun usahaku gagal kerna aku menganggap aku dan dirinya ibarat langit dan bumi dan aku sedar siapa diriku.”

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji ( pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”

(Surah Al Nur ayat 26)


“ …dan lalu aku ingin berubah menjadi baik kerana dia dan akhirnya aku lupa yang sebenarnya…………….”

Dari Amirul Mukminin Umar ibn Al-Khattab r.a. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu”


“Tuhan berikan petunjuk-Mu. Tetapkan kesabaranku dalam mentaati-Mu. Jangan biarkan diri ku lalai dalam mengingati diri-Mu. Ya Rabb..”

“Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan pula jalan mereka yang sesat”

(Surah Al-Fatihah ayat 6-7)

“…dan aku tahu juga tuhanku itu perancangan terbaik buat diriku.. Aku pasrah dan redha. Aku tahu bukan dia yang menjadi keutamaan tapi hanya kepada tuhanku sahaja.”

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah! “Maka jadilah sesuatu itu”

(Surah Yassin ayat 82)

“…lalu aku pegang dengan janji tuhanku”

“Orang-orang beriman yang beriman dengan ayat-ayat kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri"

(Surah Sajadah ayat 15)

“Akhirnya aku tahu tuhan mahu memelihara diriku dari segala dosa yang boleh melalaikanku kepada-Nya”

“Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman)”.

(Surah Al-Ala ayat 14)


“Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan surga Firdaus sebagai tempat tinggal”

(Surah Al-Kahf ayat 107)


Aku melipat kembali surat itu dan meletakkannya dalam Buku
“ Aku hanyalah seorang Musafir”


Tuesday, June 5, 2012

Kecantikan bidadari syurga



Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan.


Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi oleh kulit, tulang dan perhiasannya.


Andaikata bidadari menampilkan diri di dunia, maka bau harumnya akan semerbak antara langit dan bumi dan bumi dan mulut setiap orang akan mengucapkan kalimat tahlil, takbir dan tasbih kerana terpegun oleh keindahannya. Keindahannya akan meperindahkan timur dan barat, keindahannya akan menjadikan mata orang menutup dari yang lain. Sinar wajahnya akan meredupkan cahaya matahari, seperti sinar matahari meredupkan cahaya bulan. Tudung yang menutupi kepalanya lebih bagus dari dunia dan seisinya. Keinginannya untuk menemui kekasihnya merupakan idola utama.


Dengan bertambahnya masa, tingginya tidak bertambah kecuali makin memperindah dan mempercantik. Makin bertambahnya masa, maka rasa kecintaan dan kecenderunganya kepada kekasihnya makin bertambah. Dia terbebas dari mengandung, beranak, haid dan nifas. Dia suci dari hingus, ludah. kencing, berak dan seluruh kekotoran. Keremajaannya tidak pernah berkurang. Pakaiannya tidak pernah lusuh. Kecantikannya tidak pernah pudar. Keharuman baunya tidak pernah sima. Pandangan matanya hanya ditujukan bagi kekasihnya, bukan untuk yang lain, demikian pula kekasihnya.


Jika dipandang, maka dia menyenangkan hati yang memandangnya. Jika disuruh maka dia menaatinya. Jika ditinggal pergi maka dia menjaga kepercayaan kekasihnya dan kesucian dirinya. Dia belum pernah disentuh oleh manusia atau jin pada waktu sebelumnya. Setiap kali kekasihnya memandangnya, maka hatinya bergembira. Setiap kali berbicara dengannya, maka telinganya merasa sejuk oleh keindahan tutur katanya.


Jika dia tampil, maka cahayanya akan memenuhi istana dan kamarnya. Jika engkau bertanya tentang usianya, maka usianya sama dengan gadis remaja yang sebaya. Jika engkau bertanya tentang kecantikannya, maka kecantikannya sama dengan matahari dan bulan. Jika engkau bertanya tentang matanya, maka warna hitam dan putih bola matanya sangat mempesona.


Jika engkau bertanya tentang lekuk tubuhnya, maka engkau lihat bagai keindahan dalam pepohonan. Jika engkau tanya tentang kemontokan tubuhnya, maka bagai gadis remaja dan kelembutan kulitnya bagai buah delima. Jika engkau bertanya tentang warna kulitnya, maka dia bagai batu permata yaqut dan marjan. Jika engkau tanya tentang senyumannya maka dapat engkau bayangkan betapa mempesonanya ketika seorang bidadari tersenyum pada kekasihnya di dalam syurga.


Jika dia berpindah dari satu kamar ke kamar yang lain, dia bagaikan matahari yang berpindah-pindah. Jika dia berkenca dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa mesranya hubungan keduanya. Jika dia berpelukan dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa nikmatnya antara keduanya.


Pembicaraannya mempersonakan dan lugu bagai seorang yang tidak pernah membuat salah, Meskipun telah sangat lama duduk dengannya, tetapi masih dirasa kurang oleh teman duduknya. Jika dia bersenandung, maka betapa merdu suaranya.


Jika dia sedang berkencan dengan kekasihnya, maka betapa senangnya kesempatan itu, Jika engkau menciumnya, maka engkau rasa tidak ada yang lebih menyenangkan dari ciuman itu, Jika dia memberimu sesuatu, maka tidak ada yang lebih lazat dan lebih menyenangkan daripada pemberiannya.


(Ibnu Al-Qayyim, Hadiy Al-Arwah, dipetik daripada buku Qiyamullail-Rintihan Seorang Hamba Meraih Cinta Agung di sisi Rabb-Nya, karya Abdul Aziz Ismail)



commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons