Tuesday, December 15, 2015

KEJAR DUNIA SIMPAN AKHIRAT, HUSNUL KHOTIMAH

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya...

Monday, November 9, 2015

DIARI KECIL

Sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dicoretkan pada entri ini. Dengan kekangan masa sibuk dengan kerja. Namun, hati ini membuak-buak untuk menekan keyboard. Sebenarnya juga banyak perkara yang hendak dikongsi bersama tetapi ada sahaja yang menghalang. "Buat apa dikongsi dengan umum tentang apa yang kita fikirkan dan rasakan, Perkara ini perlu dirahsiakan". Tapi sebahagiannya berkata, " Tidak mengapa? kamu bukannya orang terkenal." Mungkin tidak salah berkongsi pandangan. Zaman sekarang semuanya hanya menggunakan teknologi. Bukannya zaman remaja, hanya meluahkan perasaan di dalam diari. Bahkan ada kunci dan mangga. Sebut tentang diari mungkin sekarang tidak ramai yang menggunakannya lagi. Diari kecil yang disimpan dibawah bantal dan menulis...

Pages 231234 »

commentbox

Loading...
Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons