Wednesday, June 29, 2011

Cintan cintun





Cinta!! Hahaha~ Tak tahulah kenapa tiba-tiba nak tulis entri pasal cintan-cintun ni. Sebenarnya saya ini bukanlah berpengalaman dalam bab-bab cintan-cintun ni. Tapi ada jugaklah member yang panggil saya Dr. Cinta.. Hahahah~ Siapa orang tu? Biar saya dan dia sahaja yang tahu.Huhuhuhu~

Sebenarnya kalau kita baca dan lihat banyak orang yang telah mentafsirkan apa itu cinta? Korang tiap je perkataan cinta kat laman google tak pun kat yahoo. Gerenti  banyak list yang keluar. Kadang-kala meleret-leret pula entri pasal cintan ni. Ini baru cerita pasal cinta kat blog. Kalau kita tanya pendapat masyarakat mesti macam-macam tafsiran yang kita dapat mengenai cinta ini. Memang cinta dah jadi topik popularlah bagi manusia. Kalau tengok cerita ke? Dengar lagu ke? Tak pun baca novel. Mesti ada unsur- unsur cinta kat dalamnya. Bukan tu je, banyak tokoh-tokoh tak kiralah seniman ke? Sasterawan ke? Penulis lirik ke? Banyaklah lagi. Kalau bikin sesuatu benda mesti  ada cinta. Hebat betul cinta inikan. Macam mana tak hebat. Kalau kita tengok cerita Romeo and Juliet. Mesti korang cakap “Dahsyat betullah penangan cinta ini. Sanggup bunuh diri semata-mata kerana cinta”. =)

Kalau bagi saya pula cinta merupakan satu anugerah yang sangat istimewa yang Allah SWT bagi kepada insan bergelar manusia. Dari cinta kita akan berkasih sayang, rindu-rinduan dan boleh menjadi pemangkin dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kadang-kala cinta ini menyakitkan dan  boleh merosakkan kehidupan manusia. Kalau kata mudahnya cinta ini racun dan madulah. Bagi saya lagi cinta yang hadir dalam diri manusia perlulah dikawal dan dijaga. Kita boleh membicarakan tentang cinta TETAPI perlulah ada batas-batasnya. Hal ini kerana kalau kita asyik memperkatakan tentang cinta  saya takut kita akan hanyut dengan cinta. Selain itu, ianya akan merugikan diri kita nanti dan sebab itulah juga saya tidak banyak memperkatakan tentang cinta dalam blog saya ini. Bagi saya banyak benda lain yang boleh kita memperkatakan selain daripada cinta.

Selain itu, kalau kita memperkatakan tentang  cinta  mesti ada isu couple. Banyaklah yang saya baca pasal couple ini. Kalau dari sudut hukum pula iannya haram. Entahlah! Bab hukum ini saya no komen. Lagipun saya ini bukannya arif sangat pasal hukum-hukum ni. Bagi pendapat saya bercinta tu tak salah tapi kalau kita bercinta punyalah rak sampai 10 tahun or 15 tahun kalau tak kahwin –kahwin. Masalah tu. Saya ada terbaca satu buku mengenai cinta. Saya suka dengan ayatnya. “Adakah kita suka diri kita dibelai tanpa ikatan yang sah tetapi merana apabila iannya menjadi sah”. Sebenarnya ayat tu sama maksud dengan ayat yang ini. “ Setiap kali kita memegang  wanita/lelaki yang bukan sah buat diri kita dan setiap saat itulah Allah akan menghilangkan nikmat kasih-sayang sedikit demi sikit buat diri kita apabila sudah berumah tangga”. Bila difikir-fikirkan balik kedua-dua ayat ini munasabahlah juga. Yelah, kebanyakkan orang yang bercinta sebelum kahwin mesti akan bercerai. Bukanlah saya cakap setiap orang bercinta sebelum kahwin nati automatic lepas tu bercerai pula. Hanya sesetengahlah. Kalau kita tengok pula orang yang bercinta selepas berkahwin tak dengar pula bercerai lepas tu. Mungkin ada tapi jarang-jaranglah berlaku. Macam orang dolo-dolo. Saya tengok ok je sampai sekarang.. Huhuhu~ Entahlah! Sebenarnya isu ini berbalik kepada diri kita tu sendiri. Kita nak kahwin dolo atau bercinta dolo. Lagipun manusia ini dianugerahkan akal. So, fikir-fikirlah ye.................::::

Lagipun saya dan mungkin korang pun percaya bahawa Allah SWT sudah menetapkan tiga perkara dalam hidup kita sejak azali lagi iaitu jodoh, rezeki dan kematian. So, don’t worrylah! Jodoh kita pasti ada cuma lambat atau cepat je. Asalkan kita menjadi manusia yang terbaik dan insya Allah kita akan dapat insan yang terbaik buat diri kita. Lagipun dalam hadis ada mengatakan “Lelaki yang baik untuk wanita yang baik” Tak gitu....:::J

Sebenarnya, tak salah kalau kita hendak bercinta. Yelah, takkan kita nak sekat kalau dah suka sama sukakan. Lagipun memang cinta tu satu fitrah bagi manusia. Dalam islam tu sendiri dah mengariskan panduan untuk bercinta. Cuma kita je nak follow atau tak. Bagi sayalah cinta tu sebenarnya boleh menjadi pemangkin untuk kita berjaya. Kalau tak percaya cuba kita tengok kawan kita yang sedang bercinta. Mesti sumber inspirasi dia orang yang dia suka. Dari seorang yang malas belajar tiba-tiba je  jadi seorang  yang rajin belajar. Huhuhu~ So, fikir-fikirkanlah................:::

Lastly, jangan biarkan hidup anda diselubungi keasyikkan cinta.....::: Hehehehe~

Ayat dari seorang blogger yang saya ambil “ Jangan kita bermimpikan lelaki sehebat saidina Ali andaikata  kita tidak semulia saiditina Fatimah Al-Zahra.
Renung2kan................:: (Peringatan buat diri saya juga)

Jom layan lagu adam gan farah ni =)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons