Sunday, June 26, 2011

Yvonne Ridley ~wartawan yang memeluk islam


Kenal tak Yvonne Ridley ini? Saya yakin mungkin ramai daripada kita tak kenal beliau. Kalau kita tanya kat para remaja kenal tak Faizal Tahir ke? Mawi ke? Mesti cepat je dia tahu... Huhuhu~Apa kata kita baca serba sedikit latar belakang mengenai Ridley ini......:::::

Yvonne Ridley merupakan seorang wartawan Daily Express di Britain. Beliau dilahirkan dalam keluarga Protestant dan menyanyi di sekolah pada hari Ahad di kampungnya di Utara England. Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai islam kecuali cerita yang mengatakan bahawa islam menindas golongan wanita, penuh dengan kejahatan dan ganas. Ridley telah masuk ke Afghanistan secara tidak sah lalu ditangkap oleh Taliban. Semasa dalam tahanan, beliau berfikir yang bukan-bukan tentang Taliban dan menunggu sahaja saat dia akan dikerjakan oleh Taliban yang sangat ganas seperti dibayangkan oleh presiden Bush.

Menurut Ridley, orang yang paling beliau ingin ketemui ialah Mullah Omar. Beliau ingin bertanyakan kepada Mullah Omar mengapa mereka melayan wanita-wanita islam dengan teruk. Seorang Taliban menanyakan kepadanya sama ada beliau ingin memeluk islam ataupun tidak. Ridley tidak menjawab pertanyaan tersebut tetapi sebaliknya berjanji sekirannya beliau dibebaskan beliau akan mempelajari ajaran islam. Setelah beliau dibebaskan, Ridley telah mempelajari al-Quran dan ingin mengetahui bagaimana pandangan al-Quran mengenai wanita.

Menurut Ridley, dalam usahanya untuk mempelajari tentang islam. Beliau terlebih dahulu mengkaji kenyataan al-Quran tentang  wanita termasuklah soal pemilikan harta dan hukum-hukum perceraian. Menurut Ridley, beliau tercengang apabila membaca al-Quran dan berfikir beliau sedang membaca satu undang-undang yang ditulis oleh penguam penceraian dari Hollywood. Beliau sangat gembira kerana dalam al-Quran wanita-wanita mempunyai hak yang sama dalam pendidikan dan kerohanian . Selain itu, al-Quran juga mengiktiraf beban tambahan yang ditanggung oleh wanita dalam melahirkan anak dan menyusukan anak.

Menurut Ridley, perisitiwa 11 September 2001 di mana serangan dilakukan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon yang dikaitkan dengan ‘Pengganas Islam’ telah menyebabkan perkara terbaik dan terburuk bagi islam. Selepas peristiwa tersebut ramai masyarakat Britain seperti beliau telah membaca al-Quran dan manuskrip Islam untuk mencari surah mana yang menyuruh umatnya menganas. Menurut jawapan yang dicari mereka tidak diketemui dan sebaliknya mereka menemui banyak ajaran mulia seperti kehidupan kekeluargaan yang sudah tidak wujud lagi di Barat. Keadaan ini menyebabkan negara-negara Barat bimbang. Dalam mengulas tentang al-Quran, beliau mengatakan bahawa al-quran merupakan satu rujukan yang cukup lengkap dan canggih.

Kini Ridley telah menganut agama islam dan menjadi tokoh pejuang hak asasi manusia. Beliau juga bergiat dalam arena politik dengan menyertai dan bertanding dalam pilihanraya dalam sebuah parti iaitu Respect. Dalam memperjuangkan islam beliau pernah berkata bahawa beliau pernah merasai keadaan yang terburuk yang menimpa dirinya dan menganggap cabaran beliau hadapi sebagai seorang wanita islam yang menutup aurat sebagai kecil sahaja.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons