Wednesday, June 1, 2011

4 perkara yang saya rasa anda perlu ada dalam hidup ini


Pengetahuan
Dalam kehidupan ini ilmu pengetahuan amat penting dalam diri seseorang yang digelar manusia. Jika kita membaca sirah Rasulullah SAW. Perkara pertama yang dititikberatkan oleh Allah SWT adalah ilmu dimana ketika Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi dan rasul beliau disuruh membaca. Dengan ilmu pengetahuan kita dapat membezakan perkara baik dan perkara buruk. Kita juga dapat berfikir secara rasional dan kritis. Dengan ilmu juga membuatkan iman kita menjadi bertambah dan menyedarkan diri kita bahawa kita ini merupakan makhluk yang kerdil sekerdil-kerdilnya. Banyak hadis-hadis yang mengatakan ilmu itu sangat penting dan kita disuruh mencari ilmu sehingga kita meninggal dunia.  Jika kita dapati juga ilmu ini terlalu banyak sehingga mustahil untuk kita kuasai sepenuhnya.  Oleh itu, janganlah kita rasakan kita sudah cukup ilmu di dada dan berasa riak atau takbur. Anggaplah diri kita seperti bayi yang baru dilahirkan yang tidak tahu apa-apa.

Pengalaman
Pengalaman merupakan satu perkara yang amat penting seperti mana ilmu pengetahuan. Saya boleh katakan hidup ini tidak akan lengkap jika tidak ada pengalaman walaupun kita mempunyai ilmu pengetahuan. Dari pengalaman iannya akan menjadikan diri kita matang. Dalam islam juga kita digalakkan untuk mengembara ke negara luar untuk melihat kebudayaan  dan gaya hidup sesuatu bangsa. Jika kita berfikir mengapa Allah menciptakan kita dengan pelbagai rupa, bangsa, bahasa, makanan, gaya hidup dan sebagainya?? Allah menciptakan kita pelbagai bangsa supaya kita dapat mempelajari budaya bangsa yang lain dan saling kenal- mengenali terutamanya bagi umat islam. Sebab itulah kita sebagai umat islam dianggap bersaudara walaupun berlainan bangsa. Sebenarnya dalam dunia ini semua orang sama sahaja dan yang membezakan diri kita dengan orang lain adalah ketakwaan dan iman kita kepada Allah. Oleh itu, jangan anggap kita ini lebih mulia daripada orang lain. Ingat! Bukan semua orang baik atau alim itu dijanjikan masuk syurga sebab ada juga orang yang jahat semasa hidupnya diberi  rahmat oleh Allah dan dapat masuk ke syurga. Oleh itu, perbanyakkanlah kita berdoa supaya mendapat rahmat dari Ilahi... InsyaAllah~

Matang
Sepeti apa yang saya katakan tadi. Kematangan seseorang itu bermula dengan ilmu dan pengalaman seseorang. Semakin banyak ilmu dan pengalaman yang ada maka semakin matanglah kita dalam menilai rencah kehidupan ini. Sebenarnya kita boleh melihat sama ada seseorang itu matang ataupun tidak. Banyak aspek yang boleh kita lihat. Sebagai contoh, dari segi percakapan seseorang itu, penampilan, perbuatan beliau, dalam bentuk penulisan dan tingkah laku. Sebenarnya juga  bukan susah kita nak tahu seseorang itu dah matang atau pun tidak.. Apa kata klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Matlamat
Seseorang yang matang, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman merupakan seorang yang bermatlamat. Beliau tahu mengapa beliau itu hidup di dunia dan tahu bagaimana untuk merealisasikan matlamat beliau itu. Dengan bahasa mudahnya, seseorang yang bermatlamat akan sentiasa melakukan perkara- perkara yang dia rasakan penting dalam hidupnya.  Dalam islam juga ada menyebut manusia ini dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Oleh itu, setiap daripada kita merupakan seorang pemimpin dan perlu memimpin umat manusia tidak kiralah daripada agama dari langit, hindu dan Buddha ataupun golongan atheis. Kita ditugaskan untuk memimpin mereka untuk menegakkan syariah islam. Bila kita fikir-fikirkan balik tugas yang diamanhkan kepada kita ini bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh itu, seperti yang saya katakan tadi untuk memimpin seseorang itu perlulah persediaan yang rapi bukan sahaja dari sudut mental dan fizikal malahan dari sudut spiritual juga perlu ada. Saya doakan semoga ada dalam kalangan kita terutamanya yang beragama islam mempunyai matlamat seperti ini. Semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan islam suatu ketika dahulu. Ingat kita sekarang berada dalam fasa keempat dimana fitnah, kerosakan dan keganasa bermaharajalela. Semoga kita terhindar daripada fitnah yang sangat besar iaitu fitnah dajal. Kepada golongan wanita perbanyakkan kita berdoa supaya tidak tergolong dalam golongan dajjal al-masih. Sesungguh wanita merupakan golongan terbesar yang mengikuti dajal. 
Lastly, marilah kita bersama-sama bersedia dalam menghadapi peperangan terakhir . Jika kita tidak menghadapi peperangan itu perlulah kita memberitahu anak cucu kita nanti supaya mereka bersiap sedia dalam menghadapi perkara-perkara yang diluar jangkaan. Ajarlah tiga perkara itu yang diperintah Rasulullah iaitu memanah, menunggang kuda dan berenang sebagai langkah untuk bersiap sedia nanti. Sesungguh kiamat itu sudah semakin hampir. Sesungguhnya sekarang masa untuk kita menantikan kedatangan iman mahdi. Pemuda yang menjadi perbualan sehingga berlakunya pepecahan diantara umat islam itu sendiri kerana pelbagai pendapat.  Jangan kita terlalu fanatik, ada semangat assabiyah dan mempercayai sesuatu perkara itu dengan membabi buta tanpa berfikir. Jadilah insan sederhana kerana dari situ kita dapat berfikir secara waras dan rasional. Ingatlah, sesungguhnya musuh kita (anti-chirst) sudah lama merancang untuk memecah belahkan umat manusia terutamanya umat islam. Rancangan mereka yang sudah lama yang dirancang sejak perisitwa peperangan salib lagi. Rancangan the hidden hand. Mesti ada dalam kalangan kita tidak tahu. Jika anda membacanya mesti anda akan merasakan anda ditipu selama ini. Percayalah!!!  Mereka juga sekarang sudah bersiap sedia dalam menghadapi peperangan akhir zaman. Bagaimana dengan kita???? Fikir-fikirkanlah=)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons