Thursday, June 23, 2011

Blogger or pendakwah



Boleh ke seorang blogger itu menjadi pendakwah? Mesti korang tertanya-tanyakan. Lepas tu kerutkan kening memikirkan perkara ini.Pada mulanya saya tak terfikir pun pasal isu seorang blogger boleh menjadi pendakwah ini. Semuanya bermula bila saya membaca satu entri seorang blogger. Alasan dia bagi pun munasabahlah juga.Tetapi bila difikir-fikirkan balik saya sangat setujulah apa yang dia tulis. Sokong 100%. Macam pilihanrayalah pula....:: Hehehehe~

Jika kita lihat sekarang ini ramai yang suka beralih arah pada blog ataupun blogspot. Ada macam-macam jenis blog yang boleh kita tengok. Ada blog pasal travel, shopping, penulisan online, bakery dan macam-macamlah. Macam slogan astro tu. Macam-macam ada.. Hehehe~ Bagi saya tak salah kalau kita ada blog sendiri. Tapi mestilah nawaitu kena betul. Apa kata korang klik disini untuk mengetahui lebih lanjut pasal tips-tips berblog ini.....::J

Kalau kita hendak tahu, rakyat Malaysia adalah tergolong daripada golongan yang aktif berfesbook, blog dan twitter. Kalau pasal facebook and twitter tu saya setujulah sangat. Jika kita lihat negara Jepun list friendsnya  kurang dua kali ganda daripada kita. Jika kita pula mesti dah bercecah sampai beribu-ribukan tapi kat sana saya rasa mesti kurang daripada seratus. Lepas tu semua benda nak tulis kat wall. Memang rakyat Malaysia rajin berfesbooklah. Member saya ada cerita pasal facebook ini, ada member dia ni bukanlah macam artis pun tapi bila dah berfacebook ramai pula yang nak jadi friend dia. Sampai bila nak berkawan dengan dia terpaksa like pula. Hai! Kalau macam inilah kalah artis. Tetapi artis kat Malaysia ini pun sama je. Mesti majority ada facebook. Yelah, mestilah kena gunakan kemudahan yang ada. Lagipun kalau peminat nak tahu pasal dia tulis je kat wall ataupun kat twitter. Senangkan=)~
 Walaubagaimanapun, tak salah kalau kita layan facebook ini. Sebenarnya jika kita dapati banyak maanfaat bila kita layari laman ini sebab dari facebooklah kita boleh niaga, berkongsi bahan/ilmu, berkenalan, eratkan silaturahim, bertemu jodoh macam Zed Zaidi dan penghancur rumah tangga. Heheheh~ So, tanya imanlah.....:::


Berbalik pada tajuk entri saya ini, seorang blogger memang boleh dikatakan pendakwah yang tak bertauliah. Sebenarnya banyak entri-entri berilmiah yang boleh kita dapat dan menambah pengetahuan. Saya sendiri pun dapat banyak ilmu yang tidak saya sangka akan membacanya. Ilmu-ilmu yang saya perolehi banyak melalui pembacaan blog  dan apabila menjadi seorang blogger. Bagi saya menjadi seorang pendakwah ini  tidak memerlukan seorang yang mahir dalam ilmu agama dan perlu  menyampai ajaran-ajaran islam melalui ceramah, usrah dan sebagainya. Tetapi jika kita menulis sesuatu perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain pun saya rasa boleh dikatakan seorang pendakwah. Cikgu kat sekolah tu pun boleh dikatakan pendakwah sebab menyampaikan ilmu kepada anak murid. So, tak salah jika seorang blogger yang menyampaikan entri ilmiah di blognya itu boleh kita gelarkan sebagai pendakwah.

Sebenarnya menjadi seorang blogger yang baik bukanlah sesuatu perkara yang senang. Semuanya mestilah bermula dengan niat dan minat kita itu sendiri. Bagi saya seorang blogger yang baik dia akan sentiasa memastikan setiap entri yang hendak disampaikan akan member manfaat kepada orang lain. Selain itu, amalan berblog ini bagi pendapat saya adalah satu amalan yang baik dan dianggap satu pekerjaan yang mulia disisi Allah SWT. Insya Allah=)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons