Wednesday, December 1, 2010

JAdi bl0ggeR…AdakAh sekadaR sUka-sukA @ berminAt

Sekarang ini sudah ramai yang membina blog-blog mereka di alam maya. Ada yang membina bl0g bertujuan untuk menceritakan kisah pribadi dan pengalaman mereka kepada orang lain . Ada yang membina blog bertujuan berkongsi minat dengan orang lain. Sebagai contoh kisah-kisah artis sama ada tempatan atau antrabangsa dan ada juga yang membina blog untuk urusan bisness.. Tetapi adakah kita menyedari bagaimana menjadi seorang bl0gger yang baik?? Kadang-kala kita melihat sesuatu blog itu sangat menarik tetapi tidak sesiapa yang menyedari akan blog mereka termasuklah bl0g saya…hehehhe~ Ada juga yang blog yang kurang menarik tetapi menjadi tumpuan para pembaca untuk melayari blog mereka.. Oleh itu, saya hendak berkongsi sedikit tentang bagaimana hendak menjadi seorang blogger yang baik dan menjadi blognya dapat menarik minat seseorang itu sering dikunjungi oleh pembaca???

1… Tetapkan dahulu apa yang kita hendak kongsi dengan orang ramai.. Pastikan info-info didalam blog kita itu boleh memberi manfaat kepada orang lain.. Kalau hendak menceritakan sesuatu pengalaman pribadi itu hendaklah diselitkan moral value supaya kisah kita itu memberi pengajaran kepada orang lain.

2…Menjadi seorang blogger yang baik hendaklah memberi sesuatu perkara atau sesuatu info yang bernilai kepada para pembacanya. Sebagai contoh, mereka boleh memasukkan maklumat berkaitan isu semasa, tips-tips kecantikan, belajar, kisah-kisah sejarah dan resepi masakan.. Sekurang-kurangnya ada jugalah manfaat pembaca membaca maklumat-maklumat dalam blog kita itu… Selain itu, inf0-inf0 yang kita sampaikan dapat juga kita pahala.. Sharing is caringkan.. Heheheh~

3…Untuk menarik minat pembaca untuk membaca bl0g kita. Pastikan kita selalu updates inf0-inf0 dalam blog kita itu.. Selain itu, pastikan bl0g kita itu menarik supaya para pembaca tertarik dengan kecantikkan bl0g kita.. Awas!! Pastikan bl0g kita itu jangan terlalu berat. Bahasa mudahnya janganlah letak banyak sangat aksesori dalam blog kita tu.. Penat tunggu loading nanti.. Kita juga boleh memberi komen kepada blog-blog orang lain.. Sebagai buat syaratlah.. Mudah-mudahan tukang punya blog tu bolehlah tahu kita punya blog.. Nanti dia addlah jadi f0llower.. Kalau tukang punya bl0g tu interesting dengan inf0-inf0 dalam bl0g kita. Nanti dia linklah laman blog kita kat bl0g dia tu… Senang je kan..

4… Sekarang ini saya teng0k ramai blogger yang menceritakan hal dirinya sendiri tanpa memberi pun manfaat kepada para pembaca dalam blog dia. Siap tayang pic diaorang lagi. Seperti yang telah saya katakan tadi  untuk menjadi blogger yang baik inf0-info dalam blognya haruslah bermanfaat kepada pembaca walaupun menceritakan kisah mereka sendiri.

5… Untuk menjadi blogger yang baik, seseorang bl0gger itu mestilah berkomunikasi dengan para pembacanya.. Sebagai contoh, pastikan kita membalas balik setiap komen yang diberikan kepada pembaca di chatb0x.. Sekirang-kurangnya diaorang tahulah tukang blogger ini wujud..huhuhuhu~

6… Pada pendapat saya, seorang blogger yang baik haruslah menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pembaca.. Janganlah guna ayat terlalu klasik sangat sehingga orang pun tak paham.. Gunalah ayat-ayat yang semp0i je macam saya guna ni.. Heheheheh~

7… Last sekali, Untuk menjadi seorang blogger yang baik dia akan memastikan maklumat-maklumat dalam blognya bermanfaat kepada orang lain (mudah-mudahan info-info disampaikan mendapat pahala.Amin!) dan tahu untuk menarik minat pembaca untuk membaca.. Selalu-selalulah updates ya!! Peringatakan untuk saya jugaJ.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons