Saturday, February 26, 2011

::::.....10 wanita bertudung yang serba boleh......::::

Tiba-tiba je nak buat senarai tentang wanita bertudung ni..Lagipun tak ada lagi blog yang buat tentang wanita bertudung(Saya agaklah)..Selalunya buat pasal wanita tercantik je atau orang terkaya.. Heheheh.. Sebenarnya terlintas hati nak buat benda ini gara-gara lepas selalu tengok kat blog-bl0g orang buat benda macam ni.. Kita p0n naklah buat jugak.. Macam best le pulak.. Jom tengok wanita bertudung yang serba boleh dan cantik2=)




Ustazah Siti Nor Bahyah
Siapa yang tidak kenal ustazah yang digelar cakaran harimau ini..Hehehe.. Ustazah Siti Nor Bahyah tersenarai dalam carta p0p wanita bertudung serba boleh ini sebab banyak kateria yang saya rasa dia ada.. Ustazah Bahyah bukan sahaja berilmu, pandai bercakap, lemah-lembut, mengambil hati audian, popular malahan cantik orangnya.. Suka tengok rancangan dia dalam Semanis Kurma... Ustazah Bahyah juga pandai menulis buku berkaitan keagamaan dan motivasi dan banyak buku yang sudah diterbitlkan dan sebab itu dia wanita yang serba boleh..kan2x=)






Erma Fatima
Seorang pengarah wanita yang berkaliber dan lantang bersuara... Siapa lagi kalau bukan akak Erma Fatima..Hehehe.. Saya kagum dengan dia.. Erma Fatima seorang yang berani mengambil risiko dan kebanyakkan cerita yang dia bikin lebih berunsur-unsur pengajaran.. Lagipun cerita yang Erma Fatima bikin semua best-best..I like=)






Fauziah Ahmad Daud
Siapalah yang tak kenal dengan Fauziah Ahamd Daud atau lebih kenali sebagai kak Oggy ini.. Seorang yang happy g0od lucky, berjiwa kental dan popular..Kak Oggy ini tersenarai dalam wanita bertudung serba boleh sebab semua benda dia boleh buat.. Menyanyi, berlakon, mengacara, modelling dan banyaklah lagi.. Bila tengok kak Oggy rasanya masalah boleh hilang sebab kak Oggy ni tak pernah tunjukkan masalah dia.. betul tak!







Ustazah Sharifah Hayati
Ustazah Sharifah hayati merupakan seorang pendakwah agama dan juga motivasi. Dia ini pun popular jugak. Selalu masuk tv dan majalah.. Hehehe.. Suka tengok bila ustazah ini sampaikan maklumat.. Sangat tertib percakapan dia.. Ciri-ciri orang berilmu macam tu kot..Hehehe





Ustazah Asni Mansor
Mesti ramai yang kenal ustazah yang semakin diminati ini. Ustazah Asni Mansor merupakan pengacara di sebuah rancangan yang ditayangkan di Astro Oasis.. Tidak ingat pulak tajuk rancangannya.. Tapi rancangan tu lebih berunsurkan realiti kehidupan masyarakat yang pernah buat kesalahan..(Tidak silaplah)Hehehe






Wardina Safiyyah
Siapa yang tidak kenal pengacara MHI ini.. Kak Wardina yang pandai berlakon, mengacara, penulis buku kanak-kanak dan model muslimah.. Hehehe.. Kak Wardina ini pun lahir satu bulan dengan saya..Hehehe~
Bagi sayalah kak Wardina merupakan seorang yang berkerjaya, wanita moden dan masih mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah..Suka2x=)





Farah Diba
Farah Diba merupakan pengacara dari station tv 9.. Sekarang kak Farah ini sudah pandai berlakon.. Oklah lakonan kak Fara.. Ada bakat lakonan yang terpendam rupanya..Hehehe






Nor Juma Habib
Kak Juma ini kali pertama saya tengok masa dia jadi wanita dalam klip video lagu In-team.. Masa tu kak Juma masih belajar di UIA. Lepas tu kenal dia masa kak Juma masuk pertandingan NONA.. Orangnya sweet je..






Farah Anuar
Kenal tak siapa ni? Inilah Fara Anuar yang dulu dikenali sebagai Farah AF.. Lepas tu pernah digosipkan dengan Adam.. Farah sekarang ini menjadi pengacara dalam rancangan di Astro Oasis.. Sweet je bila dia pakai tudung..kan2x=)







Ikin Mawi
Saje je bubuh nama Ikin Mawi.. Ikin ini merupakan duta bagi sebuah jenama tudung iaitu Ardiani.. Partnernya kak Wardina.. Ikin ini dulu selalu ada konterversi masa nak kahwin dengan Mawi.. Walaubagaimanpun, dia tabah hadapi semua gosip-gosip itu dan hidup bahagia dengan Mawi.. Oklah kalau saya letak dalam carta ini.. Dia pun popular dan serba boleh gak..Kan2x

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons