Monday, February 14, 2011

Isabella


Tau tak siapa Isabella?? Mesti ramai daripada kita tidak mengetahui kisah Isabella ini.. Kalau lagu Isabella kita tahulah sebab lagu ini popular pada era 90an tak silap sayalah.. Pada mulanya saya pun tidak mengetahui kisah Isabella ini.. Saya dapat kisah Isabella ini pun daripada sebuah blog.. Blog ini menceritakan kisah perjuangan Isabella dalam mencari kebenaran dengan berlaku pendebatan antara orang islam dengan orang kristian.. Bila difikir-fikirkah balik macam pendebatan antara tokoh berwibawa Ahmed Deedatlah pula..Hehehe... Masa saya baca kisah Isabella ini diblog hamba Allah itu.. Ceritanya tergantung dan saya tidak tahulah apa kesudahan riwayat hidup Isabella ini.. Sama ada mati kena diseksa atau hidup untuk meneruskan perjuangan beliau........:::

Tapi Allah Maha Adil disebabkan saya ecxited nak tahu apa kesudahan hidup Isabella ini saya telah terjumpa buku kisah perjuangan Isabella di sebuah gerai buku.. Saya apa lagi teruslah membelinya walaupun dah nekad nak simpan duit PT ni..Hehehe.. Tapi orang bilang kalau hendak mendapatkan ilmu kenalah berkorbankan..Hehehehe~So, pendekkan cerita saya pun beli..................:::

Bila baca buku Isabella karya Maulana Muhammad Saeed Dehlvi ini barulah saya tahu yang kisah Isabella ini cerita betul dan bukan cerita dongeng.. Isabella telah memperjuangan agama Islam sehinggalah ke akhir hayat. Beliau merupakan tokoh yang pandai berdebat dalam membabitkan soal agama iaitu agama islam dan kristian.. Tidak heranlah kalau saya katakan Isabella merupakan tokoh wanita berwibawa seperti Ahmed Deedat dan diberi gelaran muhaddisah oleh salah seorang  ahli hadis yang unggul di Cordova.. Isabella terkenal di Cordova oleh para mubaligh kristian dan orang-orang islam.. Beliau meninggal dunia semasa berumur 80 tahun. Semoga roh Isabella dalam kalangan orang beriman..Amin...........::

Sinopsis novel Isabella:

Semasa Isabella berbual dengan rakan- rakannya. Tiba-tiba dia terdengar perbualan Umar Lahmi dengan kawannya iaitu Muaz mendebatkan tentang  kutukan hukum-hukum agama oleh St Paul.. Isabella berminat dengan topik perbualan kedua-dua lelaki islam itu sehingga dia menjemput kedua-dua lelaki tersebut untuk berdebat dengan paderi-paderi yang pakar dalam bidang agama kristian dengan syarat jika kemenangan dipihak kristian mereka akan memeluk agama kristian.. Umar Lahmi dan Muaz pun bersetuju dengan syarat daripada Isabella..

 Maka dari pertemuan inilah telah berlaku dialog antara Umar Lahmi dengan paderi-paderi kristian sehingga membuka kebenaran tentang ajaran kristian yang sebenarnya sudah terpesong..Setiap kali berlaku pendebatan antara Umar Lahmi dengan paderi kristian menyebabkan hati Isabella tertarik dan menyedarkan dia bahawa ajaran kristian yang selama ini sudah terpesong dengan ajaran yang dibawa oleh Christ.. Keadaan ini berlarutan sehingga berlaku pertemuan dialog antara bapanya iaitu ketua paderi yang disenangi di Cordova dengan Umar Lahmi dimana bapanya telah berlaku biadap dengan Umar Lahmi.. Sekak daripada peristiwa itu Isabella telah berjumpa dengan Umar Lahmi secara bersembunyi untuk mengetahui ajaran islam.......:::

Pertemuan ini telah menyebabkan dirinya dibawa ke pengadilan dan diseksa oleh paderi-paderi kristian apabila mereka mengetahui tentang keislaman Isabella.. Tetapi disebabkan tindakan bijak kawan Isabella telah menyebabkan Isabella terselamat daripada seksaan dan telah melarikan diri.................::

Sejak dari peristiwa itu Isabella telah mendalami ilmu islam dan membuat perbandingan dengan ajaran kristian sehinggalah beliau menjadi tokoh wanita yang disenangi diseluruh Cordova.. Kepetahannya dalam berdialog dengan orang kristian menyebabkan ramai yang mengagumi beliau.. Boleh saya katakan Isabella ialah serikandi Islam sebagaimana Khadijah, Fatimah Az-Zahra, Asiah dan Maryam......::;)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons