Isu interlok ini menjadi perbualan hangat di suratkhabar sejak bulan yang lalu.. Kalau kita tengok isu ini dibangkitkan hanya disebabkan terdapat istilah ‘pria’ di novel tersebut dan kementerian pendidikan hendak menjadikan novel tersebut sebagai buku komsas di sekolah. Apa salahnya dengan buku tersebut.. Bagi saya buku itu tidak salah apa-apa pun malah interlok merupakan sejarah yang kita tidak dapat nafikan lagi kesahihannya.. Kalau hendak letakkan nota kaki dan bibliografi pun tidak akan mencacatkan isi kandungannya.. Saya kesian kepada pengarang buku ini(Datuk Abdullah Hussain) .. Hanya disebabkan terdapat isitilah ‘ pria’ di dalam buku beliau menyebabkan hidupnya dalam tertekan... Kita sebagai manusia haruslah menerima sejarah asal-usul kita.. Buat apa kita malu dengan asal-usul kita. Sepatutnya kita perlu berasa bangga kerana dapat hidup dalam keadaan harmoni di Malaysia ini walaupun kita berbilang kaum.. Bukan saya hendak menghina sesuatu kaum itu.. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui sejarah asal-usul kita.... ..::
Bagi saya isu ini tidak perlulah dibangkitkan sebab sejarah itu fakta yang tidak boleh kita pertikaikan.. Malah bukan senang untuk menulis sesuatu karya berdasarkan sejarah.. Mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan berpuluhan ringgit perlu di habiskan untuk mengkaji sesuatu peristiwa tersebut.. Renung-renungkan n selamat beramal..
Jom pakat ramai2 beli buku interlok untuk mengetahui kisahnya..Tak rugi pun....:::hehehe....:::