Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan!
Sabda Allah SWT:
" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
(Al-Rum:64)
Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimewa pada Tuhan yang menciptakan manusia. Dan percayalah....
"Jika Tuhan itu hendak mendengar rintihan seseorang hamba-Nya, Dia akan mengutuskan hadiah istimewa berbentuk ujian melalui malaikat Jibrail supaya hambanya mengingati-Nya berbanding makhluk yang lain."
Ingatkan Tuhan-Mu nescaya hatimu akan tenang.
Semoga kita dalam rahmat Ilahi dan pengakhiran dalam husnul khotimah.