Tuesday, April 12, 2011

Kita meningkat dewasa dan matang apabila???


Update entri lagi..=)
Entahlah!Sejak hendak nak exam ni tiba-tiba banyak idea mencurah-curah kat kepala.. Kalau idea yang mencurah-curah  ini masuk masa exam nantikan bagus...:::Huhu~
Entri saya kali ini tidak ada kene mengena sama ada yang masih hidup atau mati. Kalau ada pun ini secara kebetulan.. Hasil kajian berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya
Peace no war!!!

Seseorang yang meningkat dewasa dan menjadi seorang yang matang akan................???

  •  menjaga hati orang lain berbanding hati sendiri
  • bertindak lebih rasional daripada emosi
  • selalu mengalah jika berlaku pergaduhan
  • merasakan setiap yang dilakukan adalah tanggungjawab terutama apabila diamanahkan dengan sesuatu tugasan atau jawatan
  • lebih banyak berfikir daripada bercakap
  • lebih berdisiplin
  • lebih banyak membuat kerja daripada tidur
  • berhati-hati dalam percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain
  • suka membimbing daripada dibimbing oleh orang lain
  • pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang lain
  • bersikap lebih terbuka
  • dapat mengawal perasaan
  • lebih berdikari
  • lebih banyak membaca daripada berhibur
  • sukakan cabaran
  • lebih banyak memberi sesuatu daripada menerima
  • sukakan ilmu
  • sukakan pengembaraan/pelancongan
  • lebih beryakinan
  • percakapan lebih kepada ilmiah daripada cakap kosong
  • kurang melakukan perkara-perkara lagha
  • mempunyai cita-cita, matlamat dan berwawasan
  • berhati-hati dalam membuat keputusan 



Hidup ini umpama suatu perjalanan yang akan sampai penghujungnya.. Kita sebagai manusia umpama seorang musafir yang bergerak/mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain......:::::::=)

Renung-renungkan dan selamat beramal

Peringatan buat saya juga =)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons