Wednesday, April 27, 2011

3 idiots

Mesti ramai daripada kita pernah menonton cerita 3 idiots. Begitu juga saya....:::hehehe=)Ceritanya memang best dan lucu. Huhuhu=)
Sebelum itu, apa kata kita melihat sebahagian sedutan daripada cerita ini..........................::





Mengapa saya suka sangat cerita ini??
Cerita 3 idiots ini selain best tapi banyak memberi pengajaran berguna kepada saya yang bakal menjadi seorang guru. Banyak pengajaran yang tanpa kita sedari boleh kita nilai dan ambil iktibar daripada cerita ini. Dalam kehidupan ini, manusia mempunyai tahap IQ yang berbeza dan mempunyai cara pembelajaran yang bervariasi... Sebab apa?? Sebab manusia itu unik dan istimewa..

Selain itu, manusia juga mempunyai minat atau hobi yang berbeza.. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan semua anak murid kita itu pandai. Jika semuanya pandai siapa yang hendak menjadi kurang pandaikan=).. Tetapi bagi saya para pelajar kurang pandai ini jika dibentuk akan menjadi insan yang lebih berjasa dan menghargai guru....:: Percayalah!!

Sebagai seorang guru bukan keputusan yang cemerlang yang diingini tetapi ingin melahirkan insan yang berguna pada negara, bangsa dan agama. Bak kata orientalis barat " Jika kita hendak melihat sesuatu negara itu maju maka lihatlah pada remajanya hari ini".....::

Renung-renungkan n selamat beramal




0ps lupa pula! Sebenarnya kehidupan ini jika dihayati banyak memberi pengajaran kepada insan bergelar manusia.. Semakin banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi sebenarnya semakin membuatkan diri kita lebih matang dan lebih dekat kepada Maha pencipta....:: Oleh itu, berbanyaklah berfikir daripada berkata-kata.....

Lastly, kepada kawan-kawan selamat bercuti dan memohon keampunan jika ada menguris hati.. Sebagai manusia yang banyak kekurangan diri tanpa kita sedari terlalu banyak kesalahan yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tanpa kita sedari.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons