Wednesday, April 6, 2011

Think positif



Kadang-kala sebagai manusia kita selalu berasa give up terutamanya apabila kita gagal dalam sesuatu yang diharapkan.. Kalau pendek akal mesti rasa nak terjun bangunanlah, makan ubat racun tak pun pergi jumpa bomoh untuk naik gred atau ambik ubat guna-guna bila orang yang kita minat tidak layan kita.. Huhuhuhu~lawak2x

Tapi sedarkah kita semua itu menyebabkan kita semakin terus gagal dan mesiakan-siakan diri kita... Kenapa mesti bunuh diri? Sedangkan kita tahu akibatnya tidak akan dapat masuk syurga apatah lagi cium bau syurga.. Mengapa perlu jumpa bomoh??? Malang sungguh nasib insan itu.................:::

Kenapa hidup kita begini?? Apa salah aku sehingga dihukum begini?? Sakitnya hati melihat orang lain bahagia?? Takutlah sikit markah?? Mesti perkara-perkara begini sering bermain dalam fikiran kita.. Jika keadaan ini berlarutan menyebabkan kita semakin down.. Kita tidak sanggup menghadapi sesuatu cabaran.. percayalah! Sebab kadang-kala saya juga berfikiran begitu?? Sering kali berusaha tapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan...Sering kali mendoa tetapi tidak dimakbulkan... Jika pendek akal boleh murtad sebab tidak mempercayai Ilahi.................:::

Sebagai manusia sudah menjadi lumrah diri kita diuji dengan pelbagai dugaan... Percayalah Allah tidak mensia-siakan hidup kita... Cuma mahu melihat bagaimana diri kita dapat menghadapi dugaan yang diberi.. Percayalah juga bahawa kita adalah insan istimewa dan apabila ditimpa musibah sebenarnya kita semakin disayangi oleh Allah... Oleh itu jangan sesekali menyalahkan Ilahi.... Sedarlah kita hanya insan lemah yang sering membuat kesalahan................:: Ingat!!!!!

Apa yang perlu dilakukan apabila kita berasa give up dalam menghadapi kegagalan hidup??????Tips yang saya bagi ini berdasarkan pemerhatian dan hasil pembacaan... Jom baca dan k0ngsi=)~~~

  •    Kongsilah masalah dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai atau berjumpa pensyarah. Tanyalah pensyarah apa kelemahan kita dalam menbuat tugasan supaya kita dapat membaiki dan membuat tugasan yang lebih baik.
  •  Memperbanyakkan berdoa semoga ada hikmah disebalik kegagalan yang diperoleh.
  •   Tampallah seberapa banyak kata-kata hikmah di meja study supaya apabila hendak belajar kita mempunyai semangat yang baru dan lebih rajin.
  •   Pastikan tugasan yang diberi dibuat dengan lebih awal dan secara konsisten serta sistematik. Jangan suka buat kerja last minutes nanti hasilnya pun last minutes...
  • Sebelum belajar baca doa dan solat dahulu.
  • Jika rajin buat solat hajat..
  •   Jangan terlalu mengejar kejayaan tetapi kerjarlah kecemerlangan kerana dari kecemerlangan kehidupan kita lebih terjamin.
  •  Memperbanyakkan bertanya dan membaca buku-buku sebab dari situ pemahaman kita lebih jelas.
  •    Jangan terlalu mengharapkan sesuatu kejayaan walaupun kita sudah tungkus-lumus membaca dan membuat tugasan. Beserahlah kepada Allah. Itu yang paling penting.
  • Jika gagal lagi don’t give up.. Ingatlah orang yang cemerlang merupakan orang yang selalu mengalami kegagalan dan dia bangun daripada kegagalan itu dan orang yang tidak pernah mengalami kegagalan merupakan orang yang rugi.
  •   Jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Percayalah pada diri yang kita boleh sesuatu dengan sendiri.
  •  Ingatlah jasa dan pengorbanan kedua-dua ibubapa di kampung.
  • Lastly, yakin pada diri dan think positif.. Jika gagal don’t give up!! Cay0k2x=)

                                 :::......Peringatan buat diri saya jugak.....:::

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons