Monday, April 11, 2011

Impian=)




Sebagai manusia mesti kita mempunyai impian yang ingin dicapai.. Hendak menjadi kayalah, bersama dengan insan yang kita cintai, mahu kahwin anak dato, tan sri anak rajalah dan sebagainya, hendak mempunyai anak yang soleh dan solehah, hendak mendapat pekerjaan yang bagus dan sebagainya lagi.......:: Tetapi hendak atau tidak kita kena menerima hakikat setiap yang diimpikan tidak mungkin kita capai semuanya................:::Sebab apa??? Sebab itu adalah sunatullah....::

Oleh itu, kita perlu menerima qada dan qadar yang sudah ditentukan..............:: Cuba bayangkan sudah bertahun-tahun kita doakan kepada Allah benda yang sama sahaja tetapi kita tidak pernah perolehi hingga sekarang... Mengapa begitu??? Sebenarnya secara kita tidak sedari sepanjang kita berdoa Allah sudah menjanjikan benda yang lebih baik daripada benda yang kita minta....:::

Contohnya, jika kita memohon kepada Allah supaya cepat kaya dan Allah makbulkan. Apabila kita sudah kaya mungkin kita akan menjadi seorang yang riak dan takbur serta sombong kepada Allah serta orang lain.. Oleh itu, Allah tidak jadikan kita kaya supaya kita tidak akan menjadi insan yang riak dan takbur.  Tetapi sedarlah Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana Allah akan mengantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik tanpa kita sedari seperti apa yang dikatakan tadi...................::

Sebagai manusia kita perlulah melakukan pengorbanan dan bersedia menerima cabaran jika hendak mencapai impian.. Percayalah!  Tiada benda yang kita dapat secara percuma semuanya kena bayar... Hendak pergi t0ilet pun kena bayar.. S0, hidup ini boleh dikatakan complicated....::: Jika kita  membaca mengenai kata-kata hikmah. Kebanyakkannya menjelaskan kepada kita tentang cabaran dan pengorbanan yang perlu kita hadapi demi mencapai kejayaan hidup.. Dengan kata lain, seorang yang berjaya dalam hidup pernah mengalami kegagalan hidup berkali-kali dan dia bangun membaiki kelemahan diri untuk terus maju...................:::

Keyw0rds: Jika kita hendak capai impian yang diingini kita perlu bersedia menghadapi cabaran dan dugaan untuk mencapai impian itu...........:: Ingat! Tidak ada benda yang mudah di dunia ini... kita sering diuji oleh Allah untuk dinilai sama ada kita boleh hadapi ujian itu ataupun tidak....Sesungguhnya Allah Maha pengasih kepada setiap makhluknya.. Kita juga perlu sedar bukan benda yang kita lihat itu indah.....:::=)

Renung-renungkan dan selamat beramal
Peace n0 war!


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons