Friday, April 15, 2011

Hidup ini


Hidup ini ibarat sebuah persinggahan sementara buat diri kita. 
Disini kita diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi.
Disini kita diuji dengan pelbagai ujian.
Disini kita mengajar erti kehidupan.
Semakin banyak yang kita pelajari maka semakin  meningkat kematangan, pengalaman dan pemikiran dalam kita.


Hidup ini juga jika dihayati sangat indah seperti mana keindahan alam.
Siang dan malam.
Langit dan bumi.
Panas dan sejuk.
Hitam dan putih.
Lelaki dan perempuan.
Kita sebenarnya berpasang-pasangan.
Yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.



Tetapi dalam menjalani kehidupan bukan semua yang indah itu berkekalan.. Kadang-kala akan mendung dan hujan di tengah hari..



Kita akan merasa kekecewaan dalam percintaan.
Kecewa dengan hidup.
Kecewa dengan diri kita.


Kadang-kala memikirkan dunia ini tidak adil.
Membiarkan kita kecewa sendirian.
Merasakan diri kita kosong dan berasa kesunyian.


Tetapi sebenarnya kita tidak sedari.
Sebenarnya sebagai manusia kita sering diuji.
Diuji untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepada ilahi.
Jangan kita menyombongkan diri bila berjaya.
Dan jangan kita tangisi atau menyalahkan takdir jika mengalami kegagalan.



Dalam hidup ini kita tiada benda atau impian yang mudah dikecapi.
Semuanya memerlukan usaha dan berkat kesabaran.
Sentiasalah berdoa.
Tingkatkan keimanan.
Sabar menghadapi ujian.
Ingat sentiasa kejayaan mesti ada kegagalan.
Barulah ada kemanisan dalam kejayaan.
Tidak mengapa gagal berkali-kali.
Jangan kita berjaya berkali-kali tetapi akhirnya akan tersungkur dikemudian hari.
Orang yang berjaya adalah orang yang gagal berkali-kali dan dia bangun menghadapi kegagalan tersebut.
Tiada benda yang mustahil didunia.
Think p0sitif!!


Tetapi yang pasti ramai dikalangan kita yang hendak mencapai sesuatu impian dengan cara yang mudah. 
Alangkah seronoknya ada doraemon.
Alangkah seronoknya ada superhero.
Ya, kita sering dibuai dengan perkara-perkara lagha.
Memang kita dikehendaki berada dalam dunia kayalan.
Supaya diri kita mudah ditipu.



Sebagai manusia juga kita hendak kegembiraan hidup.
Hendakkan keseronokkan.
Hendakkan hiburan.
Tidak mahu kekecewaan hadir dalam hidup.


Hendak kembali ke zaman kanak-kanak dimana tiada kekecewaan.
Tiada penipuan.
Tiada tanggungjawab.
Hanya disulami kegembiraan.


Bersama keluarga tercinta.



Kawan-kawan.



Hendak mencapai kejayaan hidup.



Tidak mahu dikecewa dan disakiti.


Hendak menjadi orang yang berilmu.




Dan hendak dicintai serta mencintai.
Itulah fitrah dan naluri sebagai seorang manusia.


Tetapi bukan semua akan kita miliki.
Kita memerlukan pengorbanan jika hendak memiliki sesuatu.
Tetapi setiap yang kita lakukan janganlah ibarat diri sebagai lilin yang akhirnya memakan diri sendiri.
Kerana ianya akan membuat diri kita merana.
Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Ingatlah! Kita hanyalah seorang hamba sahaja=)

Renung-renugkan dan selamata beramal

Peringatan buat diri saya juga

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons