Sunday, April 17, 2011

Peperangan Habsburg

Zaman pemerintah dinasti Habsburg bermula pada tahun 1218 hingga tahun 1648. Sepanjang pemerintahan dinasti ini, banyak berlaku peperangan yang akhirnya menyebabkan kejatuhan empayar tersebut. Sedia maklum, empayar Habsburg terbahagi kepada dua iaitu di Sepanyol dan Austria. Konflik dalaman yang pertama kali berlaku dalam pemerintahan Habsburg di Austria adalah selepas kematian Raja Albert II. Konflik dikenali sebagai peperangan dinasti Habsburg. Peperangan ini melibatkan Jeneral John Hunyadi dengan Ladislac iaitu anak kepada Albert II. Perintis kepada kejatuhan sementara empayar Habsburg adalah semasa peperangan tiga puluh tahun. Dalam peperangan ini mempunyai beberapa fasa yang akhirnya membawa kejatuhan empayar ini. Oleh itu, peperangan ini boleh dikatakan memberi kesan yang mendalam kepada empayar habsburg ini.

 Perang Tiga Puluh Tahun
Peperangan tiga puluh tahun telah berlaku pada tahun 1618 hingga tahun 1648. Peperangan ini juga dikenali sebagai ‘perang agama terakhir’ kerana melibatkan agama kristian katolik dan progestan. Dalam peperangan ini, Habsburg telah ditentang oleh pelbagai pihak seperti Denmark, Belanda dan yang paling utama ialah Sweden dan Perancis. Peperangan ini berlaku di Jerman. Semua Negara yang terlibat mempunyai hubungan persaudaraan antara satu sama lain. Buktinya dapat dilihat daripada apabila Philip III dan Philip IV merupakan daripada kalangan keluarga Hasburg.Charles dari Sepanyol dan Ferdinand dari Austria merupakan adik- beradik. Penganti mereka iaitu Philip II dan Maxmilian merupakan sepupu. Hal ini kerana mereka berkahwin sesame mereka sendiri. Sebagai contoh,  Maxmilian telah berkahwin dengan anak saudara Philip. Manakala Philip pula telah berkahwin dengan anak perempuan Maxmilian. Oleh itu, hubungan kekeluargaan antara keluarga ini rapat. Keadaan ini telah menyebabkan keluarga Habsburg di Sepanyol berminat mengetahui keadaan keluarga Habsburg di Austria dan berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan faedah daripada Keluarga Habsburg di Austria sehingga menyebabkan mereka mengalami kekalahan dalam perang tiga puluh tahun. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan ini apabila dikaji. Antara faktor penyumbang kearah peperangan ini ialah faktor reformasi iaitu gerakan agama yang membentuk suatu revolusi intelek, sosial dan ekonomi. Pemimpin-pemimpin utama dalam revolusi ini ialah Martin Luther, John Calvin dan Henry III dari England. Mereka ini sebenarnya bukanlah mahu mengadakan reformasi seperti ini tetapi mereka kehendakkan gereja kembali ke ajaran yang sebenar. Selain itu, peperangan ini telah menyebabkan wujud pembahagian dalam ajaran kristian iaitu kristian Katolik dan kristian Protestant dimana kristian Protestant melawan pembaharuan Roman Katolik, Lutheranisme lawan Calvinism serta Kesatuan Prostestan dan Liga Katolik.
Titik permulaan berlakunya peperangan ini adalah disebabkan rakyat telah memilih Ketua Liga Katolik iaitu Ferdinard II (1578-1637) untuk menaiki takhta di Bohemia. Tindakan rakyat memilih Ferdinard ini telah menyebabkan menimbulkan kemarahan Protestant di Bohemia. Campur tangan dari kuasa-kuasa luar telah menyebabkan peperangan ini dari faktor agama menjadi faktor ekonomi dan sosial. Kesan daripada peperangan tiga puluh tahun ini terhadap ekonomi dan sosial di Jerman masih lagi diperkatakan sehingga kini. Ada pendapat mengatakan bahawa ekonomi Jerman menurun dari 21 pada 13 juta antara tahun 1600 hingga 1650.

Pemberontakkan Para petani 1520- 1525
Pemberontakkan di Bohemia merupakan perintis kepada berlakunya Perang Tiga Puluh Tahun. Pemberontakkan telah mula berlaku apabila para petani mula menuntut kesamaan sosial dan perkongsiaan kekayaan. Keadaan ini berlaku apabila para petani mula menyedari yang selama ini mereka ditindas oleh Raja dan gereja pada zaman Pertengahan. Hal ini dikaitkan dengan hasil tanaman mereka kerana segala hasil tanaman perlu dibahagikan kepada tiga iaitu 1/3 kepada raja, 1/3 kepada gereja dan selebihnya baru kepada petani. Keadaan ini memberi beban kepada petani kerana mereka harus bekerja lebih masa bagi mendapatkan keuntungan yang tidak seberapa. Pada zaman Pertengahan, rakyat tidak boleh melawan raja dan gereja kerana mereka terikat dengan sistem feudal dan raja dianggap berkuasa mutlak  Selain itu, penyebaran agama kristian Protestant yang diasas oleh Martin Luther menyebabkan mereka berani memberontak. Bagi mereka kemunculan Martin Luther merupakan satu rahmat. Hal ini disebabkan mereka merasakan Martin Luther seorang pejuang kepada hak mereka yang dirampas oleh raja dan gereja.
Para petani memberontak kerana mereka mahukan kebebasan beragama. Apabila Ferdinard II  menjadi Raja Bohemia. Beliau menghalang sebarang penyebaran dan pengaruh agama lain selain daripada kristian Katolik. Oleh disebabkan pada masa itu Ferdinard mengalami gangguan-gangguan serius di Bohemia. Beliau telah meminta pertolongan daripada Maximilian pemerintah Bavaria iaitu Ketua Liga Katolik untuk membantu beliau. Ferdinard juga telah mendapat bantuan kewangan daripada Pope bagi menangani masalah pemberontakkan ini. Beliau telah cuba menghapuskan peyebaran Protentant, Lutherisme dan Calavinisme dan pengaruh lain di wilayahnya. Konflik semakin parah apabila rakyat memilih Ferdinard II sebagai pemerintah Bohemia mengalahkan Elector Palatine Protestant iaitu Frederick IV. Kejayaan Ferdinard menyebabkan kedudukan Katolik menjadi kukuh. Kesan kejayaan Ferdinard II ini juga telah menyebabkan berlaku pertempuran White Hill Tilly. Dalam pertempuran ini, Frederick telah mengalami kekalahan dan hidup dalam buangan.Pejabat Frederick telah diambil kepada Putera Miximilian dan keadaan ini menyebabkan aliran Protestant hampir musnah di Bavania. Terdapat dua kesan dari pertempuran ini iaitu penglibatan aktif dari pihak Sepanyol apabila mereka berjaya menawan Rhineland, membina reputasi dan kedudukan yang kukuh bagi melawan tentera Perancis dan Belanda. Kedua ialah empayar Habsburg sentiasa menguasai Bohemia dan meneruskan tradisi pemerintahan. Beliau telah merampas tanah-tanah pemberontak di Bohemia dan mencagarkannya kepada gereja, kawasan perkuburan dan memberi kepada orang-orang yang berkhidmat dengannya. Kesannya dari tindakan Ferdinard ini telah melahirkan golongan tuan tanah dan aristokrat yang baru.

 Campur tangan Denmark dan Sweden (1624-1635)
Kemenangan yang diperoleh oleh Katolik telah membimbangkan pemerintah Protestant. Protestant dari Jerman telah meminta pertolongan dari Chirstian IV (1577-1648) yang merupakan raja Denmark atau dikenali juga sebagai Duke of Holstein salah satu negeri di empayar Rom suci. Beliau melancarkan serangan ke atas Maharaja Habsburg kerana negeri- negeri beraliran Protestant tidak berupaya untuk bersatu untuk berperang dengan kerajaan Hasburg ini. Pertembungan Denmark dengan Habsburg telah menyebabkan perang beralih ke Utara Eropah. Terdapat beberapa siri peperangan yang berlaku antara Denmark dengan Habsburg iaitu di Lutter dan hamper keseluruhan Utara Jerman di kuasai Habsburg. Wellesteins seorang bangsawan  Bohemia telah cuba menolong Habsburg apabila mengalami krisis kewangan semasa menyelesaikan pemberontakkan di Bohemia dengan cara berperang kepada Denmark. Beliau dan Tilly merupakan dua orang jeneral dalam Liga Katolik yang memberi kekalahan teruk kepada Protestant. Penglibatan Raja Sweden iaitu Gustavas Adolphus dalam peperangan ini adalah disebabkan dia tidak suka dengan perluasan empayar Habsburg yang akan mengancam kepentingannya. Gustavas bercadang melemahkan kuasa dan pengaruh pemerintah Habsburg yang merupakan ketua Katolik dan Sweden adalah negara yang mengamalkan Protestan. Beliau telah memberi bantuan kepada Richelieu iaitu perdana menteri Perancis. Pada mulanya putera-putera Jerman bimbang dengan niat Gustavas, tetapi apabila berlaku  pembunuhan dan tindakan kejam Liga Katolik. Buktinya, tentera dari Liga Katolik di bawah pimpinan Tilly menawan Bandar orang Protestant. Mereka akan membunuh penduduk-penduduk disitu. Bermula dari peristiwa ini telah membawa kepada pertempuran Breitenfeld 1631. Dalam pertempuran itu, Tilly telah mengalami kekalahan. Keadaan ini telah memaksa pemerintah Habsburg untuk memanggil semula Wallensteins bagi membunuh Gustavas. Akhirnya Gustavas terkorban dalam serangan tersebut.
Dalam peperangan ini juga telah membawa ke kemasukan Perancis. Tujuan Perancis melibatkan diri dalam peperangan ini adalah untuk meluaskan pengaruh politik dan wilayah. Tindakan Richlieu ini menunjukkan bahawa peperangan tiga puluh tahun ini bukan sahaja melibatkan faktor agama tetapi juga melibatkan faktor politik. Perancis telah berkerjasama dengan Jerman dan Sweden bagi menentang pemerintahan Habsburg di Austria dan Sepanyol.  Tindakan Negara-negara ini telah menyebabkan pemerintahan Habsburg mengalami kekalahan dan akhirnya mereka setuju untuk membuat satu perjanjian damai yang dikenali sebagai perjanjian Westphalia. Dengan perjanjian ini telah berakhir perang tiga puluh tahun dan bermulalah era kormersial, perluasan kuasa dan persaingan antara penjajah.


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons