Thursday, April 21, 2011

parasitkah kita?


Sebagai seorang manusia kita memerlukan orang lain dalam kehidupan kita. Tidak kiralah keluarga mahupun kawan-kawan.. Percayalah! Tiada sesiapa di dunia ini yang mahu keseorangan.. Dia mesti memerlukan seseorang bagi menemani dalam kehidupannya.. Tetapi bagaimana seseorang itu menjadi parasit dalam sebuah persahabatan? Adakah selama ini kita menyedari kadang-kala kita ini seorang yang parasit? Apa itu parasit??Parasit merupakan sesuatu benda yang menumpang sesuatu benda yang lain  tetapi secara tidak langsung telah merugikan pihak penumpang itu......::::: 

Apa kemana diri kita dengan parasit???Bagaimana pula diri kita sebagai parasit dalam sebuah persahabatan??

Disini ada jawapan dan mesti pernah kita alami walaupun tanpa kita sedari...................=)

  • Pernah tak kita berjanji dengan rakan kita untuk keluar mencari bahan bersama-sama ataupun sudah berjanji untuk mencari bahan di tempat lain dan berkongsi bahan tersebut nanti.. Tetapi bila hendak membuat tugasan dan kawan minta bahan dari kita. Kita cakap dekat U tu tak ada bahan yang soalan hendak tetapi hakikat sebenarnya kita tidak pun pergi ke U tersebut.. Tanpa perasaan malu dan rasa bersalah kita terus inginkan bahan daripada kawan kita itu.
  • Bila buat tugasan berkumpulan mesti kita cari budak yang rajin dan pandai sebab kita tahu nanti semua tugasan dia yang buat. Kita tolong sikit-sikit sudahlah. Tunjuklah juga ada buat tugasan itu.
  • Bila hendak bayar duit makan mesti kita cakap terlupa bawa duit. Lepas itu pinjam kawan punya duit sebab hendak bayar duit makan. Kalau pinjam tu member oklah lagi tapi bila hutang tu tak bayar sampai bertahun-tahun apa cerita beb... Panas je kawan tu.
  • Bila hendak keluar mesti kita paksa-paksa kawan kita ikut sama. Tak nak keluar seoranglah katakan. Kalau pergi tempat yang berfaedah bolehlah maafkan lagi tapi kalau keluar suruh temankan pergi beli baju, cincin, teman makan KFC (kalau belanja oklah lagi) or jumpa pakwe. Minta maaflah.. Macam kawan tu tak ada kerja lain pulak..
  • Pernah tak kita minta bahan dari kawan dan kawan tu bagi. Tapi bila kawan tanya ada tak bahan kita yang ada kena mengena dia punya soalan kita cakap tak ada. Tapi hakikatnya kita ni kedekut. Takut dia nanti bila ambik bahan daripada kita lepas tu dapat markah tinggi dari kita.
  • Pernah tak kita ambik benda kepunyaan kawan kita tanpa minta izin dulu. Tapi yang lagi parah kita boleh buat barang dia tu macam barang kita dekat depan dia.. Mesti kawan tu panas je.. Tak baiklah buat macam tu.. Kalau dia tak redha nanti kita yang berdosa.. Minta izinlah dulu beb.
  • Mesti kita pernah buat sesuatu kesalahan tetapi kita tuduh orang lain/ kawan kita sendiri. Risau takut kena tanggung kesalahan kita tu. Tanpa yang tak boleh terima bila dia rasa tidak bersalah bila tuduh kawan dia tu..
  • Mesti ada diantara kita yang suka berbaik-baik dengan member yang boleh dikategorikan orang berada. Bila kita ada kawan macam ini senanglah kalau nak minta pinjam duit.Paling kita suka kalau dia ini jenis suka belanja makan.. Hari-harilah kita suka hati.
  • Kategori macam ini saya rasa paling banyak berlaku terutamanya bila belajar. Mesti kita suka kawan dengan seseorang bila kita rasakan dia ini senang dipergunakan. Maksud saya kita ini cari kawan yang boleh memuaskan hati dan memudahkan kerja kita. Kawan yang jenis lurus bendul sikit. Tapi bila dia dah tak ada kepentingan kita buat dek je kat dia.
  • Ini pun lagi satu mesti ada di antara kita pernah terima mesej atau calling dari kawan yang dah bertahun-tahun tidak jumpa. Lepas tu punyalah baik dengan kita sedangkan hakikat masa belajar dulu dialah musuh kita. Mesti ada udang disebalik mee.. Patutlah tempat dia hendak interview kerja itu dekat syarikat kepunyaan kita rupanya.. 


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons