Monday, February 22, 2010

Kanser dari sudut perubatan moden..

 

Di Malaysia, penyakit kanser adalah salah satu daripada 10 penyebab utama kematian Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta penambahan pendudukan yang meningkat usia.


Apa itu penyakit kanser??

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. kanser adalah sejenis sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan    pemusnahan sel-sel    berdekatan atau merebak ke organ-organ  . Sebagai contoh, kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru.


Apakah yang menyebabkan kanser???

Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90 peratus daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan carahidup.. Punca-punca risiko kanser boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:
  •   Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina,umur dan pembentukan genetik.
  •   Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.

 Faktor risiko penyakit kanser:
  • merokok
  • makanan mengandungi lemak yang tinggi
  • pengambilan makanan yang diawet dengan garam,bersalai dan jerut nitrit
  • melakukan seks pada usia yang sangat muda
  • pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  • mengunyah sirih tembakau
  • pendedahan pada agen karsinogen

sumber diperolehi daripada majalah milenia muslim keluaran februari 2010

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons