Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia...sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka...anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan2 lain ramai yang terkorban ketika membela tanah tumpah darah...betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah...akhirnya Panglima Awang dan rakan2nya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah...pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis... Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Gambaran wajah Panglima Awang
Selepas beberapa lama...sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon...ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal...Ferdinand de Magellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang dilantik menjadi anak kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’...bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon...Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Fernando Magellan
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan...kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun...pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu...Raja Charles I...lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol...kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah jajahan dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Kapal Victoria
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar...mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai anak kapal kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya...Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang...seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran...Pigafetta.
Pada 1519...kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat...kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan...setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu...Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan anak kapal. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Simbolik...Sebastian mengemudi pelayaran mengikut arahan Panglima
Awang
Walaupun menerima tentangan...Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan anak kapal terpaksa memburu tikus dan lipas untuk dijadikan makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir pada 1521...tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava...Cebu Filipina.
Berlabuh di situ...Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati...dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka sudah semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan anak kapal menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai meraikan penumuan itu tetapi tindakan tersebut telah menyebabkan pemerintah Cebu...Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Ferdinand terbunuh ketika pertempuran
Dalam pertempuran itu...Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing...Sebastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal...kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I...mereka mempersembahkan perkhabaran mengenai pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya...raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Perjalanan yang dilalui Panglima Awang dan Ferdinand Magellan
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing...pengiktirafan sejarah itu telah diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut sama sekali menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi dunia seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsanya sendiri.
Ada juga versi yang mengatakan Raja Charles I telah mengurniakan Panglima Awang sebidang tanah yang terletak di Sepanyol...Panglima Awang telah menamakan tempat tersebut sebagai Mallaga dalam bahasa Sepanyol...bagi mengubati kerinduannya kepada kampung halaman iaitu Melaka. Panglima Awang juga telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Miriam adik perempuan Ferdinand dan menghabiskan sisa2 hidupnya di Mallaga.
P/s : Aku percaya negara kita punya ramai bijak pandai...yang punya pelbagai jalan dan idea untuk memartabatkan insan ini.
Saturday, July 3, 2010
Panglima Awang@Enrique@Ariberto@Espinosa@Henry the Black
7:46 PM
dilla mozas @ SOO YOUNG
commentbox
Sekadar Renungan
Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
(Surah Ali-Imran ayat 190-194).