Saturday, August 13, 2011

Konspirasi pembunuhan Michael Jackson



Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak media Amerika, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 Jun, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata, "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik apabila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih. Tambahan pula kes ini berlaku di Amerika Syarikat, negara yang mempunyai teknologi termaju.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN, semasa ditemuramah, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik juga mengapa seorang Presiden sangat bersungguh-sungguh menyatakan tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan. Jika benar MJ mahu membunuh diri, mengapa pula MJ bersungguh-sungguh berlatih selama 2 bulan untuk konsertnya? Tambahan pula, orang yang ingin membunuh diri selalunya akan menunjukkan rasa 'kesal' atau 'berat hati' untuk meninggalkan keluarganya. Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Namun CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian MJ yang dilakukan secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, ibu MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Untuk rekod, Debbie Rowe adalah seorang Yahudi. Beberapa persatuan Yahudi di Amerika Syarikat sekarang sedang bersungguh-sungguh untuk membantu Debbie untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak MJ yang sebenarnya sudah terlalu banyak terdedah dengan Islam.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Ini kerana sebenarnya mayat MJ tidak pernah ada dalam keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mengngaburi mata dunia kononnya MJ bukan seorang Islam.

Saya telah menyediakan "Video Konspirasi Pembunuhan MJ". Walau bagaimanapun, video ini akan dihapus pada bila-bila masa. Bukan kerana saya yang akan membuangnya tetapi Youtube mungkin akan membuang video ini bila bila masa sahaja kerana maklumat yang tidak menyokong Illuminatti dan Zionist. Sekiranya anda tidak tahu apa itu Illuminati. Anda boleh search www.ibnuyaacob.com atausaint-guerre.blogspot.com di ruangan search blog saya. Maklumat ini tidak berguna sekiranya anda tidak kenal apa itu Illuminati.

Sebelum MJ dikatakan cenderung ke arah Islam, MJ dikatakan agak rapat dengan beberapa orang pemimpin Yahudi. Ini boleh dilihat pada khidmat bekas penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson yang merupakan seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach.

Kesimpulan

Apabila MJ yang dianggap sebagai bintang paling top di dunia lebih cenderung ke arah Islam, Yahudi atau lebih tepat lagi Illuminati telah merasa tergugat dengan keadaan ini. Bayangkanlah, MJ yang mempunyai pengaruh besar terutamanya dikalangan orang Kristian dan Afrika di Eropah dan benua Afrika 'memeluk Islam'. Mereka bimbang jika pengIslaman MJ akan mempengaruhi berbilion peminat-peminatnya di seluruh dunia. Kini, MJ telahpun pergi meninggalkan sejuta kenangan pahit dan manis. Saat Allahyarham Mikaeel masih bernyawa, pihak-pihak Illuminati melalui agen-agennya, seperti media tidak henti-henti menyerang Allahyarham dengan pelbagai cara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham.

* dipetik dari MacJay.Net

Panglima rasa sedih setelah membaca artikel ini. terima kasih kepad MacJay atas research dan pendedahan ini. Beginilah perancangan Yahudi yang sangat licik bagi melengahkan kebangkitan Islam

Walau bagaimana sekalipun yang cuba mereka lakukan, apa yang pastinya Islam akan tetap beroleh kemenangan... Sebagai umat Islam bersatulah kita semua untuk menghadapi cabaran dan dugaan dari musuh Islam ini.

sumber : http://wadahpanglima.blogspot.com





Lagu thanks to Allah











commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons