Friday, December 14, 2012

Da'ei ke saya?

Apa tangkapan orang kepada anda apabila selalu mengupdate status dengan perkara-perkara yang islamik di muka buku, blog ataupun twitter. Jika yang tidak mengenali diri anda mesti dah mengecopkan  anda dengan gelaran ustaz ataupun ustazah dan membayangkan imej anda seperti itu. Perkara ini mesti kadang-kala sering bermain di dalam mindakan. Lepas tu fikir balik perlu ke jadi seperti ustaz ataupun ustazah sebagai syarat untuk mengepos perkara-perkara yang islamik. Manalah tahu tangkapan orang kat kita berbeza-beza.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. So, lebih baik buat hal masing-masing bak kata orang kubur lain-lain. Kalau nak buat amalan pun sendiri-sendirilah. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman...

Wednesday, November 7, 2012

Anda, Special Edition!

Special Edition! Melambangkan sesuatu yang hebat dan banyak keistimewaannya berbanding benda atau gajets atau kereta yang lain. Kalau hendak membeli kereta seringkali kita akan terlihat kereta yang tertera perkataan Special Edition atau singkatannya  S.E. di kedai-kedai menjual kereta. So, apa kelebihan benda yang Special Edition ini berbanding dengan benda-benda yang lain? Dengan tertera perkataan ini jugalah yang membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Walaupun hakikatnya tiada perbezaan ketara pun antara benda yang  Special Edition dengan benda edisi biasa. Wah hebatnya kalau dapat jadi seperti dia. Dah la pergi London free, boleh masuk TV pula tu.Tak payah susah-susah cari duit” Sebagai manusia,...

Saturday, October 13, 2012

Segala-galanya bermula dari tarbiyah

Hujan yang turun membasahi bumi membuatkan diri ini terasa sejuk hingga ke tulang Memandang ke luar tingkap sambil menghirup secawan kopi panas terasa kepahitannya Lalu ditambahi dengan sedikit serbuk kayu manis untuk memanaskan badan Terlihat kelibat manusia yang berlari-lari anak untuk menghindarkan diri dari terkena air hujan  Tanpa memandang sekeliling Tanpa menghirukan keadaan sekeliling Terus menuju ke destinasi yang hendak dituju Aku memandang ke langit Awan yang hitam itu membayangkan diri ini keadaan kiamat kelak Ohhh.. Alangkah dahsyatnya. Ya, Allah! Jauhkan diri ini dari kealpaan dan kesesatan Moga berakhir dalam husnul Khotimah.. InsyaAllah Mata cuba dipejam  Tiba-tiba bahu disentuh Siapakah? Bisik...

Thursday, August 23, 2012

Kad raya yang paling sweet

Antara banyak kad raya yang dapat kad raya inilah yang paling sweet je.. Terharu betul bila baca kad raya pelajar ini tulis .. Touching2x  (T-T)... Comel tak pelajar saya lukis..Hehehe.. Inilah saya 'Cikgu Adillah' ...

Wednesday, June 20, 2012

Sebaik-baik teman bersembang ialah buku

Jika dunia akan riang membawa kebaikan untukmu Kalau engkau tidak rela dengan pergaulan Tidakkah engkau lihat batu mutiara mahal Bukankah mutiara itu dikeluarkan dari lautan yang masin Mungkin sahaja sesuatu yang menakutkan membawa kengerian Juga kegembiraan dan kesenangan Mungkin juga keselamatan itu berlaku selepas adanya larangan Mungkin kelurusan selepas kebengkokan Sesetengah daripada sebab-sebab kebahagian itu ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, menyempatkan diri untuk membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan hikmah-hikmah. Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji supaya menghilangkan kesedihan dalam diri. Katanya: “Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan,...

Sunday, June 17, 2012

Tuhan masih lindungi diriku

Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari… Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah...

Tuesday, June 5, 2012

Kecantikan bidadari syurga

Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan. Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya,...

Monday, April 23, 2012

Kata-kata pejuang Islam

Al-Imam Hassan Al-Banna gugur syahid pada 12hb Februari 1949 "sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." "Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..." "Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah....

Sunday, April 1, 2012

Bulatan gembira

Mesti tertanya-tanya apa itu bulatan gembira =) Entri dari kak Wardina   Apa yang membuatkan kami gembira dan berbunga? Usrah itu sebenarnya “keluarga”. Jujur sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Usrah untuk mereka yang alim-alim, untk mereka yang solehah, sempurna, bertudung labuh, bukan untuk saya. Tidak pernah saya rasakan ukhwah di dalam keluarga usrah, tidak pernah saya rasakan kejujuran bersahabat kerana Allah. Tidak pernah saya sangka dengan izin Allah ianya memberi saya kekuatan untuk merubah serba sedikit diri yang serba dhaif ini. Bagaimana? Dengan keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah mengingatkan antara satu dengan lain mengenai perkara-perkara baik dengan penuh kasih dan hikmah. Dengan contoh...

Thursday, March 22, 2012

Dugaan itu

Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan....

Saturday, March 17, 2012

Farah Lee- Bakal Suami

Entri from Farah Lee Sweet je =) Bila bercakap tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. farah yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA. saya akui, pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepas kahwin'. saya sangat gemar bersosial. dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya asingkan. tidak pantas untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai. saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta' begitu kerana lumrah...

Pages 231234 »

commentbox

Loading...
Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons