Apa tangkapan orang kepada anda apabila selalu mengupdate
status dengan perkara-perkara yang islamik di muka buku, blog ataupun twitter.
Jika yang tidak mengenali diri anda mesti dah mengecopkan anda dengan gelaran ustaz ataupun ustazah dan
membayangkan imej anda seperti itu. Perkara ini mesti kadang-kala sering
bermain di dalam mindakan. Lepas tu fikir balik perlu ke jadi seperti ustaz
ataupun ustazah sebagai syarat untuk mengepos perkara-perkara yang islamik.
Manalah tahu tangkapan orang kat kita berbeza-beza.Rambut sama hitam tapi hati
lain-lain. So, lebih baik buat hal masing-masing bak kata orang kubur
lain-lain. Kalau nak buat amalan pun sendiri-sendirilah.
Firman Allah SWT:
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi…”
Surah Al-
Baqarah ayat 30
Adakah kita lupa manusia itu merupakan seorang khalifah di muka
bumi. Bahkan kita diberi penghormatan oleh para malaikat apabila penciptaan
nabi Adam sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Hal ini
menunjukkan bahawa kita makhluk yang istimewa dan hebat. Apatah lagi kita
diberikan kurniaan akal fikiran yang boleh membezakan perkara yabg baik dan
perkara yang buruk. Oleh itu, Sebagai manusia kita perlu melakukan amar makruf
nahi munkar. Rasulullah SAW pun pernah bersabda:
Sampaikan ayatku
walaupun sepotong
So, tak perlulah tunggu jadi ustaz or ustazah baru
nak mengajak perkara yang baik. Sebenarnya dakwah ini boleh dilakukan oleh
sesiapa pun.Seperti kata Imam Muda Asyraf:
“Untuk yang baru nak buat dakwah, saya sarankan buat je.
Yang penting kita kena buat dulu, terjah dan dapatkan hikmah di sebalik semua
itu”.
Megapa kita takut mengajak rakan-rakan tentang
perkara-perkara yang baik. Sebenarnya dakwah itu mudah. Rata-rata daripada kita
menggunakan teknologi sekarang ini. So, apa gunanya teknologi kalau
bukan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Kadang-kala kat youtube pun kita
dapat ibrah. Bukan itu aje sign in facebook terus jumpa entri
dakwah. Kita just tekan share terus saham akhirat meningkat. Asalkan
niat itu ikhlas.
Mudahkan! Tarbiyah itu boleh kita dapat dimana-mana sahaja. Asalkan
benda itu membawa mesej yang baik dan bermanfaat. Jadi, jangan sempitkan
fikiran kita tentang perkara ini. Islam itu mudah dan universal. Adatlah
kalau manusia itu sering melakukan kesilapan. Hidup ini biarlah berpada-pada. Bah
kata Ally Iskandar ayatnya lebih kurang macam ini:
“Kita jangan tunjuk diri kita terlalu sempurna kerana takut
prespektif masyarakat kelak. Hidup biarlah sederhana. Setiap manusia mesti ada
buat kesalahan baik manusia biasa mahupun artis”.
Apa lagi kalau
rasa-rasa nak tambah saham akhirat tekadkan diri dengan mengatakan
"dakwah
itu mudah"