Thursday, February 16, 2012

Matlamat Gerakan Kristianisasi




Mengkristiankan Orang Muslim

Matlamat utama mereka ialah membawa orang-orang islam daripada berpegang pada Al-Quran kepada berpegang pada kitab Injil dan dari menziarahi masjid kepada menziarahi gereja. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjauhkan orang-orang islam daripada Al-Quran dan masjid. Perancangan utama gerakan ini ialah rakyat Sepanyol yang bernama Remond Roll sekitar kurun ke-14.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya petunjuk Allah ( agama Islam itulah pentunjuk yang benar). Dan demi sesungguhnya jika engkau menuruti kehendak nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan memperolehi dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Mereka telah cuba sedaya upaya untuk mengasimilasikan gerakan mereka supaya tidak Nampak berbeza dengan agama mangsa mereka. Contohnya, di Afrika mereka mengadakan persidangan gereja pada hari Jumaat dan bukannya pada hari Ahad. Mereka juga membenarkan poligami. Selain itu, mereka menggunakan ungkapan2 yang sama dengan agama Islam seperti perkataan Bismillah, Jesus alaihisalam dan Allah Subahah.

Penggunaan ungkapan2 seperti inilah yang telah menjerumuskan ramai anak-anak muda Islam ke dalam dakyah Kristian. Para Missionari juga telah diarahkan supaya tidak menggunakan istilah Jesus anak tuhan kepada penganut Islam sebaliknya mengungkapkan sebagai roh Islam supaya kefahaman itu lebih dekat dengan kefahaman orang Islam.

Mengeluarkan orang Islam daripada agamanya

Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Amerika di Jazirah Arabiyah (1889) berkata:

“Sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam tidak mungkin menjadi Kristian hakiki akan tetapi matlamat kita ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam agar mereka menjadi mulhid atau penentang kepada agama mereka.”

Katakan lagi:

“Sesungguhnya tujuan Missionari Kristian ini adalah untuk menghapuskan Islam dan memperhambakan kaum Muslimin”.

Pada tahun 1928, beliau telah memberikan ucapannya di Al-Quds yang berbunyi:

“Sesungguhnya tugas para Missionari yang diamanahkan kepada kamu oleh negara-negara kristian untuk dilaksanakan di negara-negara Muhammad, bukanlah terbatas kepada memasukkan mereka ke dalam agama Kristian. Sesungguhnya ia merupakan satu hidayah dan kemuliaan bagi mereka, tetapi tugas anda sekalian ialah mengeluarkan orang2 Islam dari islam itu sendiri supaya mereka menjadi satu makhluk uang tidak akan lagi ada hubungan dengan Allah, hubungan yang boleh menjadi tempat pergantungan di dalam kehidupan mereka.”

Firman Allah maksudnya:

“Banyak dari kalangan Ahli Kitab yang mahu menjadikan kamu kufur selepas kamu beriman kerana perasaan dengki mereka terhadap kamu dan selepas kebenaran itu telah dijelaskan kepada mereka” (Al-Baqarah:109)

Melemahkan pengaruh Al-Azhar



Seorang Missionari telah membuat kesimpulan berdasarkan penglibatannya dalam misi Kristianisasi di negara-negara Islam dengan katanya:

“Islam akan sentiasa gagah menghadapi gerakan Kristianisasi selagi disokong oleh 4 perkara iaitu: Al-Quran, Al-Azhar, Perhimpunan pada hari Jumaat setiap minggu dan muktamar Haji yang diadakan pada setiap tahun.”

Perkara ini sememangnya telah lama berlaku. Kesannya kita dapati bahawa orang yang mendalami ilmu pengajian Islam di institusi2 ini tidak mampu bagi mempertahankan agama Islam daripada dicabuli, bahkan mereka sendiri bertindak dengan memerangi Islam itu sendiri.

Berkata Dr. Sa’dudin Soleh:

“Tidak syak lagi orang yahudi telah berjaya merancang untuk menguasai Vatican sebagai pusat agama Kristian. Dalam masa yang sama juga mereka merancang untuk menguasai Al-Azhar sebagai pusat ilmu islam. Sesungguhnya orang yahudi telah berjaya merancang untuk melemahkan Al-Azhar dan melahirkan generasi Al-Azhar yang tidak mengerti langsung tentang agamanya.”

Membantu penjajahan Barat dan menjadi perisik di negara Islam

Washington Post keluaran 22 Feb 1997, memuatkan pengakuan daripada orang penting CIA iaitu:

“Sesungguhnya kami mengakui memang terdapat beberapa kekosongan jawatan dalam agensi ini sehingga kami terpasa mengambil Missionari kristian sebagai pekerja untuk gerak kerja perisikan di luar negara.”

Seorang Missionari bernama Jack Mandelson berkata:

“Sesungguhnya telah berakhir usaha2 para Missionari bukan untuk kepentingan agama Kristian tetapi untuk kepentingan penjajahan dan perhambaan.”

Manakala Cindy Brown, seorang Missionari Amerika di dalam suratnya kepada salah seorang teman karibnya berkata:

“Memang cukup sukar menembusi Malaysia kerana ia adalah negara Islam yang tertutup. Namun, Tuhan telah membuka pintu itu. Kami tidak dapat bergerak secara terbuka tetapi Mike Brown telah mendapat kerja sebagai Consultant Engineering Machine & Landscaping Company di Petaling Jaya. Majikannya adalah seorang muslim tetapi terdapat beberapa orang kristian dalam lembaga pengarahnya yang menolong kami masuk. Memang melucukan apabila syarikat milik seorang muslim telah membuka jalan bagi kita untuk menyebarkan Gospel  di Malaysia. Kamu mesti suka kerja kotor ini.”

Balfour, menteri luar Britain telah mengisytiharkan sokongannya kepada gerakan Kristianisasi dengan katanya:

“Sesungguhnya para Missionari ibarat tangan2 bagi seluruh kerajaan yang menjajah dan tangan2 itu telah berjaya menyelesaikan banyak masalah penting. Kalau bukan kerana tangan itu ,nescaya susah bagi pihak kerajaan untuk menyelsaikan masalah2 yang dihadapinya.”

Mengaut habuan kebendaan dari negara umat Islam

Usaha ini timbul sekitar kurun ke -19 dan kurun ke -20M berdasarkan beberapa perkara iaitu:

  1.   Ingin mengaut sumber asli dari negara Islam terutama bahan bakar dunia kerana 70% bahan bakar terdapat pada negara Islam.
  2. Mahu memasarkan barang2 keluaran mereka. 
  3. Ingin menjadikan negara Islam sebagai zon pasaran dan empayar perniagaan mereka.

Menyekat penyebaran Islam ke Eropah

Kadar pertumbuhan masyarakat islam begitu tinggi berbanding agama lain. Contohnya, umat islam palestin bertambah sekali ganda berbanding bangsa yahudi. Oleh itu, mereka berusaha untuk menghapuskan bilangan umat islam sama ada melalui pembunuhan beramai-ramai atau penghapusan etnik seperti berlaku di Bosnia atau melalui kempen perancang keluarga di Mesir. Kebimbangan ini telah membuatkan mereka bergiat aktif untuk mengkristiankan umat islam sebagai langkah membwndung umat islam daripada berhijrah ke negara mereka  yang mereka lakukan di Indonesia.


Sumber: Gerakan Orientalisme & Kristianisasi ancaman kepada Ummah

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons