Thursday, May 27, 2010

Kenangan...

Suasana kelas 4 Dahlia sangat bising semasa ketiadaan guru. Acap hanya dapat memekakkan telinga setelah kehabisan air liur untuk menjerit. Kalau ikutkan hati hendak sahaja tonyoh cili kat mulut sampai bengkak. Togey, ketua segala samseng. Menyanyi, menjerit macam hantu, tidur dan bersembag bagaika esok nak mati. Banyak benar cerita yang hendak di bagitahunya. Dahlah badan macam tong gas. Ada hati hendak pikat model sekolah.Siapa lagi kalau bukan Cik Siti Jamilah Bakar.Hehehehe..Akulah tu.Ben,Zam dan Chan pengikut setia si Togey tu. Kumpulan Otailah katakan. Bajet bagus. Diana pulak, meluat aku dibuatnya. Bajet ratu cantik sekolah. “ Jauh termenung, teringat kat balak ker?”Sergah Miza. “Ya Allah, kau ni Miza. Kalau nak tegur aku tu bagilah...

Antara Mencintai & Dicintai

Melihat telatah anak kecil itu membuatkanku tersenyum gembira. Kelakuannya mencuit hatiku. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak. Tanpa memikirkan dugaan dan cabaran kehidupan. Mereka masih belum lagi mengetahui keadaan dunia yang sebenar. Begitu juga aku semasa zaman kanak-kanak. Hanya ketawa sahaja yangku mengerti waktu itu. Aku hanya menangis apabila permintaanku tidak ditunaikan. Rindunya aku pada zaman kanak-kanakku. Bermain dan bergelak ketawa. Alangkah seronoknya aku jika kesempatan kembali pada zaman itu. Bunyi desiran ombak membuatkanku semakin tenang. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi ketenanganku. Subahanallah!Maha suci-Mu Allah. Tiba-tiba sebatang pen jatuh.Baruku sedari yang ku hendak menulis catatan luahan hatiku pada...

Friday, May 7, 2010

Rosalina

Dari menara gereja St. Marina di Andalusia Lama, Sister Rosalina tersenyum puas menyaksikan asap hitam yang berkepul-kepul di ruang udara. Asap hasil dari mayat orang-orang Islam yang dihukum mati oleh Paus melalui lembaga Penghukuman. Kemenangan Ferdinand dan Isabella benar-benar menyejukkan hatinya. Orang-orang Moor memang sewajarnya angkat kaki dari bumi ini atau tak perlu diberi hak untuk hidup. Mereka Kristian sesat. Mereka menentang keTuhanan Isa. Walau pun mereka amat menghormati Isa dan Maria, namun itu belum memadai untuk mensucikan nama Nya. Daun jendela ditutup. Asap terlampau tebal. Berulang kali Rosalina menutup hidungnya menahan bau mayat. Selama hidupnya ia sentiasa yakin hanya golongan mereka sajalah yang layak memiliki syurga. Tak ada yang lain. “Rosa…” panggil Bernadite....

Monday, May 3, 2010

The Divine Book pt. 5 (Islam, Kristian, dan Masyarakat Barat) - Malay Subs

...

The Divine Book (pt.1/10)

...

The Divine Book pt. 4 (Kitab Injil Asli) - Malay Subs

...

Ibu Sina

IBNU Sina adalah doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan saja diperakui dunia Islam tetapi juga sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor atau mahaguru ilmu berkenaan. Ibnu Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang...

Pages 231234 »

commentbox

Loading...
Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons