Wednesday, September 29, 2010

cerita yang mencuit hatiku..

Semasa saya hendak pergi ke kelas untuk membuat test pada pagi tadi. Saya mendengar perbualan dua orang dj stesen radio dan seorang lelaki yang boleh dikategori kasanova Malaya. Pada mulanya saya hanya mendengar untuk menghilangkan rasa gemuruh tetapi lama-kelamaan apabila mendengar cerita lelaki itu saya ketawa.. Dalam hati kata "Padam muka dia. Bajet kasanovalah"

Menurut cerita lelaki itu, semasa dia belajar di IPT, dia bercinta dengan seorang perempuan. Semasa bercinta, perempuan tersebut banyak berkorban untuk lelaki itu. Duit banyaklah disalurkan kepada lelaki itu. Hai, orang bercintalah katakan. Hatinya hanya untuk lelaki yang bercerita itulah. Diaorang ni bercinta selama dua tahun kerana selepas itu lelaki itu sambung belajar ke luar negara. Semasa di luar negara, lelaki itu main kayu tiga. Perempuan ini pulak berhabis duit menghubungi buah hatinya ini. Tetapi malang seribu kali malang. Lelaki ini lost contact. Bukan apa lelaki yang ceritakan kisah kat dj ini tidak mahu lagi ada komitmen dengan perempuan ini. Malang sungguh perempuan itu.

Selama 6 tahun lelaki ini belajar di luar negara. Pada suatu hari semasa dia sudah habis belajar di luar negara. Adiknya membawa balik tunang dia. Lelaki itu sungguh terkejut kerana tunang yang adik dia bawa balik ke rumah ialah ex-girl friend yang dia tinggalkan dulu. Dia rasakan dunia sangat kecil kerana lelaki itu tidak sangka jumpa balik dengan ex-girl friend dia. Lelaki itu cakap dia berasa sangat malu dekat adiknya dan ex-girl friend dia yang dah jadi tunang adiknya itu. Lelaki itu tidak berani bertentangan mata dengan perempuan itu dan rasa bersalah menyelubungi hatinya. Renungan tajam perempuan itu sungguh menyusuk di kalbu setiap kali lelaki itu cuba memandang perempuan itu. Mungkin dia masih ingat lagi pengorbanan dia kepada lelaki ini. Tunang adiknya itu sekarang ini sangat baik dengan bakal mak mertua. (mak lelaki yang bercerita ini). Menyesal betul lelaki itu. Bukan setakat baik dengan bakal mak metua malahan sudah semakin cantik berbanding dulu.

Moral value: Jangan kecewakan perasaan wanita yang banyak berkorban untuk seseorang lelaki yang dicintai. huhuhu

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons