Monday, September 20, 2010

Salam lebaran

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Idulfitri kepada pembaca dalam bl0g ini. Sebulan kita berpuasa dengan penuh keinsafan dan ketakwaan dan sebulan kemudian kita menyambut syawal dengan hati yang gembira dan disediakan dengan makanan yang sedap- sedap belaka. :-)

Tapi pastikan selepas itu kita berpuasa 6 syawal bagi melengkapkan puasa kita dan mengurangkan berat badan yang bertambah semasa raya. Kepada rakan-rakan yang masih raya, ingatlah kepada rakan-rakan yang kurang upaya dan miskin. Jangan membazir semasa menikmati juadah. Makanlah dengan berpada-pada kerana tamak itu diibarat seperti bersaudara dengan syaitan. Adakah kita hendak seperti itu? Tentu sama sekali tidak...

Sambutlah hari lebaran dengan mensyukuri nikmat Allah. Ziarahlah sanak saudara yang jarang kita kunjungi.. Jumpa rakan-rakan yang lama terputus hubungan..  Janganlah kita menyambut hari lebaran dengan keadaan yang terlampau gembira dan dicalari dengan maksiat. Berpada-padalah!! Ingat...
RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons