Semalam pada tanggal 10 September 2007 saya telah menerima satu email yang dihantar sebagai komen bagi artikel 'MP Desak Al-Qur'an Diharamkan!!!'. Email tersebut dari seorang pelawat laman blog ini yang mengutarakan kepada saya beberapa persoalan yang dikatakannya tidak disertakan sekali dalam eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist yang dijual melalui laman blog ini. Terima kasih buat si penanya yang mengutarakan satu persoalan yang berat dan biasanya dikemukakan oleh golongan Atheist dan pewaham Islam.
Berikut merupakan email yang dihantar melalui ruang komen oleh saudara tersebut.
Kebiasaan bagi orang yang ditanyakan soalan, jawapan yang bakal diberikannya bergantung kepada personaliti serta latar demografi si penanya soalan. Jika seorang Kristian yang menanyakan soalan tersebut, jawapan yang diberikan akan berlegar disekitar lingkungan konteks yang senang difahaminya. Begitu juga jika si penanya soalan itu dari kalangan penganut agama lain, contoh-contoh yang diberikan akan berlegar di sekitar konteks yang biasa dan senang difahaminya. Latar belakang pendidikan juga memainkan peranan dalam memastikan jawapan yang diberikan tidak terlalu ringkas bagi seorang yang dahagakan aspek teknikal dan tidak terlalu teknikal bagi yang hanya berminat untuk berfikir ringkas.
Berdasarkan email saudara, saya tanpa prejudis akan menjawab soalan tersebut setakat ilmu yang dianugerahkan Allah mengikut konteks yang difahami oleh semua latar belakang masyarakat terutamanya orang Islam.
Untuk menjawab soalan ini, kita renungi dan fahami apa bumi itu sendiri. Bumi merupakan sebuah dari lapan buah planet dalam sistem solar kita. Perkiraan lapan buah ini dibuat setelah IAU menetapkan bahawa Pluto bukanlah sebuah planet. Pluto sesudah dari pengundian IAU dikenali sebagi planet kerdil. Anda boleh baca artikel penuh mengenai Pluto yang dilucutkan identitinya sebagai sebuah planet dalam artikel saya sebelum ini dengan klik sini.
Dalam lapan buah planet yang Allah s.w.t. ciptakan dalam sistem solar kita, setakat pengetahuan kita yang terhad, cuma bumi saja yang mempunyai makhluk-makhluk zahir yang hidup. Hanya bumi saja yang Allah s.w.t. mempertanggungjawabkan khalifah untuk mentadbirnya.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al An'aam ayat 165)
Tujuh lagi planet dalam sistem solar ini diciptakan Allah tanpa khalifah. Jadi soalan tersebut terjawab dengan fakta ini. Allah s.w.t. boleh saja menetapkan apa saja kemahuanNya samada planet yang diciptakanNya itu mempunyai khalifah atau pun tidak. Semua itu di atas kehendakNya.
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Yaasin ayat 81 - 83)
Soalan kedua dan yang paling utama ditanyakan oleh 'Tertanya' ialah, apakah Allah s.w.t. kesunyian sehinggakan Dia menciptakan manusia, alam dan makhluk-makhluk lain bagi mengubati kesunyiannya?
Pertama sekali bagi menjawab persoalan ini, kita renungi apakah erti dan maksud kesunyian itu sendiri. Menurut kamus Oxford University Press, kesunyian atau loneliness dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan seperti dibawah :
lonely
adj. (lonelier, loneliness) sad because one has no friends or company.
Terjemahannya, kesunyian itu membawa maksud perasaan sedih yang menguasai diri disebabkan oleh ketiadaan kawan, teman atau pasangan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka pula, kesunyian itu membawa maksud kesepian, kelengangan, berasa sunyi kerana tinggal seorang diri.
Majoriti dari haiwan-haiwan yang lain hanya mempunyai hubungan dengan spesis yang sama hanya bagi tujuan-tujuan tertentu sahaja. Contohnya bagi melakukan hubungan seks bagi memastikan survival spesis mereka akan berterusan dan tidak kepupusan. Sesetengah dari spesis haiwan ini pula hanya akan melakukan hubungan seks sekali saja dalam seumur hidup mereka dan akan mati sebaik saja melakukannya. Haiwan dari spesis-spesis ini hidup bersendirian dan hanya akan bertemu pasangannya pada ketika kitaran seksualnya mencapai kematangan. Contohnya seperti labah-labah black widow, sesetengah spesis kalajengking, penyu, kura-kura dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini tidak mengalami atau merasakan kesunyian dalam hidup mereka disebabkan Allah s.w.t. telah menetapkan ke atas mereka cara hidup mereka yang bersendirian.
2) Kesunyian Tidak Di alami @ Dirasakan oleh semua makhluk :
Kesunyian juga tidak dialami oleh satu lagi makhluk Allah s.w.t. yang mulia lagi dimuliakan. Para malaikat yang Allah s.w.t. ciptakan dari cahaya tidak langsung mempunyai nafsu dan keinginan untuk hidup berpasang-pasangan. Semua malaikat ini hanya tunduk kepada semua perintah Allah s.w.t. dan melakukan apa yang diperintahkan secara terus-terusan tanpa perasaan bosan dan membuat bantahan. Jadi malaikat juga tidak pernah merasakan apa yang dikatakan kesunyian itu. Hanya sesetengah makhluk sahaja Allah s.w.t. berikan perasaan tersebut dengan tujuan yang hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui.
Kesunyian juga tidak dialami oleh satu lagi makhluk Allah s.w.t. yang mulia lagi dimuliakan. Para malaikat yang Allah s.w.t. ciptakan dari cahaya tidak langsung mempunyai nafsu dan keinginan untuk hidup berpasang-pasangan. Semua malaikat ini hanya tunduk kepada semua perintah Allah s.w.t. dan melakukan apa yang diperintahkan secara terus-terusan tanpa perasaan bosan dan membuat bantahan. Jadi malaikat juga tidak pernah merasakan apa yang dikatakan kesunyian itu.
Allah s.w.t. terkecuali dengan sifat atau perasaan tersebut. Janganlah disamakan yang dicipta dengan Yang Mencipta. Sifat atau perasaan sunyi itu merupakan ciptaan Allah s.w.t. bagi makhluk-makhlukNya yang terpilih.
Secara lojiknya, jika seorang manusia berasa sunyi, dia akan keluar dari tempat tinggalnya atau rumahnya untuk bersosial dengan manusia lain. Melepak di warung kopi merupakan satu kebiasaan bagi orang lelaki untuk bersosial dan mengelakkan kesunyian. Begitu juga wanita, bersembang dengan rakan-rakan sekerja dan jiran-jirannya bagi mengatasi kesunyian merupakan antara perkara yang dilakukan dalam masyarakat manusia. Berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan dengan cara yang dihalalkan juga merupakan salah satu fitrah yang dilakukan manusia bagi mengatasi kesunyian. Belum pernah lagi seorang manusia yang kesunyian pergi berjumpa dengan tapir, mentibang atau pun platypus bagi mengatasi masalah kesunyiannya. Kesunyian itu hanya dapat di atasi dengan berjumpa dengan manusia lainnya yang dapat berkomunikasi dengan bahasa dan minat yang sama.
Secara lojiknya, kenapakah perlu Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta menciptakan manusia dan jin bagi mengatasi ‘kesunyianNya’? Bukankah lebih baik bagi Allah menciptakan pasanganNya yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan yang sama denganNya bagi mengatasi 'kesunyian' yang dirasakan Allah daripada membuang masa menciptakan manusia, jin dan makhluk-makhluk lainnya untuk mengatasi 'kesunyianNya'? Pepatah melayu ada menyebut, pipit sama pipit enggang sama enggang manakan dapat hidup bersama. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi Tuhan Yang Maha Bijaksana tidak tahu cara yang sebenar bagi mengatasi 'kesunyian' yang dialamiNya sendiri bukan?
Samalah juga contoh yang diberikan tadi. Adalah sangat bodoh bagi seorang yang berasa sangat sunyi kemudian keluar dari rumahnya ke zoo negara untuk melihat, berjumpa dan berkomunikasi dengan tapir dan beruk di zoo tersebut sedangkan adalah lebih baik bagi dirinya berkomunikasi dengan pelawat zoo yang lain yang lebih faham apa yang hendak diluahkan olehnya. Kan tak masuk akal sebegitu?
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Hasyr ayat 24 :
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Dalam surah Al Furqaan ayat 2, Allah s.w.t. berfirman dengan jelas menyatakan bahawa Dia tiada sekutu atau pembantu dalam mentadbir sekelian alam.
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
Kebiasaan yang kita sebagai manusia tahu, apabila seseorang itu berasa sunyi, dia akan sedaya upaya mencari seseorang teman, ibubapa, adik beradik, kekasih, isteri atau sesiapa saja untuk berjumpa atau dihubungi. Kesunyian yang dirasakan ibubapa membuatkan mereka bertandang ke rumah anak-anak mereka bagi mengatasi kesunyian tersebut. Begitu jugalah sebaliknya. Kalau tak dapat berjumpa, alternatif lain akan digunakan sebagai cara mengubati kesunyian tersebut, sebagai contoh menelefon seseorang untuk berkomunikasi bagi mengatasi kesunyian tersebut. Tapi apakah pernah Allah s.w.t. datang bertandang berjumpa dengan manusia untuk mengatasi masalah 'kesunyianNya'? Apakah pernah Allah s.w.t. menelefon mana-mana manusia bagi mengatasi rasa 'sunyiNya' itu? Tak pernah kan?
Tapi sebaliknya yang berlaku ialah manusia itu sendiri yang sentiasa berhubung dengan Allah melalui solat dan doa mereka bagi mengatasi kesunyian dalam diri manusia. Allah s.w.t. mendengar setiap permintaan mereka dan memakbulkannya. Allah s.w.t. hanya akan bercakap dengan manusia diakhirat nanti. Itu pun hanya dengan makhluk-makhlukNya yang beriman. Bukankah itu menunjukkan bahawa Allah itu tidak langsung merasa sunyi dan tidak memerlukan manusia untuk mengatasi 'kesunyianNya', padahal yang berasa sunyi itu hanyalah manusia itu yang sangat memerlukanNya untuk mendengar rintihan hati mereka. Bagi orang-orang yang kesunyian, mereka akan mencari manusia yang lain untuk mendengar cerita, rintihan dan rungutan mereka. Tapi ini tidak berlaku kepada Allah s.w.t.. Tak pernah sekalipun Allah berjumpa dan merintih kepada makhluk-makhlukNya.
Kesunyian itu juga merupakan salah satu sifat bagi mereka yang memerlukan dan bergantung kepada orang lain bagi mencukupkan keperluan jiwa mereka. Tapi Allah s.w.t. tidak bersifat demikian, malah Dialah tempat semua makhlukNya bergantung harap. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Ikhlas ayat 1 - 4:
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
5) Seseorang Yang Diubati kesunyiannya oleh seseorang, akan sedaya upaya menjaga hati orang tersebut supaya tidak meninggalkannya :
Fitrah bagi orang yang kesunyian pula ialah, dia akan cuba dengan sedaya upaya menjaga perhubungannya dengan mereka-mereka yang menjadi pengubat kesunyiannya. Mereka tidak akan berkata sesuatu perkara yang akan mengecilkan hati pengubat-pengubat kesunyian mereka dan mereka tidak akan membuat perkara yang tidak digemari oleh pengubat-pengubat rindu mereka. Tapi ini semua tidak berlaku kepada Allah s.w.t.
Fitrah bagi orang yang kesunyian pula ialah, dia akan cuba dengan sedaya upaya menjaga perhubungannya dengan mereka-mereka yang menjadi pengubat kesunyiannya. Mereka tidak akan berkata sesuatu perkara yang akan mengecilkan hati pengubat-pengubat kesunyian mereka dan mereka tidak akan membuat perkara yang tidak digemari oleh pengubat-pengubat rindu mereka. Tapi ini semua tidak berlaku kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 129:
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kenapa pula Allah s.w.t. hendak menyeksakan manusia-manusia yang dikatakan diciptakanNya bagi mengubati ‘kesunyianNya’? Bukankah ironi perbuatan sebegitu? Jadi ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. tidak menciptakan kita semua untuk tujuan mengatasi 'kesunyianNya'.
Kenapa pula Allah s.w.t. hendak menyeksakan manusia-manusia yang dikatakan diciptakanNya bagi mengubati ‘kesunyianNya’? Bukankah ironi perbuatan sebegitu?
Allah s.w.t. juga memperkenalkan diriNya kepada manusia dengan nama-namanya yang indah yang terkandung dalam Al-Qur’an. Antara nama-namaNya tersebut ialah Al-Bari’ (Yang Maha Perancang), Al-‘Aliim (Maha Mengetahui) dan Al Hakim (Maha Bijaksana). Bukankah satu kebodohan bagi Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Perancang untuk mengubati ‘kesunyianNya’ dengan menciptakan pengubat-pengubat kesunyianNya yang langsung tidak mahu memperakui dan mendekatiNya. Fakta yang ada di dunia sekarang ialah, dalam setiap enam orang manusia yang hidup di muka bumi ini, hanya seorang saja yang memperakui bahawa Allah s.w.t. itu Tuhan yang menciptakan mereka. Ini juga merupakan satu lagi bukti yang menyatakan bahawa Allah s.w.t. menciptakan makhluk-makhlukNya terutamanya manusia bukanlah bagi tujuan mengubati ‘kesunyianNya’.
Allah s.w.t. telah berjanji akan menghancurkan semua makhluk ciptaanNya pada hari kiamat nanti dan ini merupakan janjiNya yang pasti. Semua makhlukNya akan dihancurkan sama sekali tidak kira samada dia itu malaikat, manusia, jin dan sebagainya. Ini satu lagi bukti yang menunjukkan yang Allah s.w.t. tidak menciptakan kita semua bagi mengatasi ‘kesunyianNya’. Na’uzubillah.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Az Zumar 67
Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
Sebenarnya persoalan ini boleh dijawab dengan mudah menggunakan kata-kata yang digunakan oleh Pencipta kita semua. Allah s.w.t. telah pun menyatakan dalam surah Adz Dzariyaat ayat 56 – 58 :
Sangat jelas dalam ayat tersebut bahawa kita semua diciptakan semata-mata untuk menyembahNya dan beribadat kepadaNya. Dinyatakan juga dengan jelas dalam ayat tersebut bahawa Allah s.w.t. tidak berhajatkan barang sesuatu apa pun dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya malahan Dia sendiri yang mencukupkan keperluan makhlukNya.
Sumber: http://satuhala.blogspot.com