Thursday, September 1, 2011

Iskandar Bukan Zulkarnain


Lukisan mengenai kemenangan Alexander The Great di atas 
tentera Putera Porus di India oleh Nicolaes Pietersz Berchem.





Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat.

Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung.

Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. 





 Peta Kawasan Kekuasaan Alexander The Great




Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya.

Persoalan yang ditanyakan ialah:
a) Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan menakjubkan.
b) Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
c) Tentang Roh.


Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan wahyu, semuanya telah terjawab melalui surah al-Kahfi.


Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.

83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

[sunting]

( Surah al - Kahfi : ayat 83 - 98 )





Alexander The Great





ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT


ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.

Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.

Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.

Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.

Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.

Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.

Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.

Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.

Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.

Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.





Raja Cyrus





Peta Empayar Raja Cyrus





Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain

Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah 
Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:

Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.

Menurut Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia. Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung mempunyai banyak dewa-dewi.

Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah berhampiran Balkan.

Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika itu.







Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus, beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.

Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai kekasihnya.



Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://ezmils.blogspot.com/2009/01/alexander-bukan-zulkarnain.html

dan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbezaan_Antara_Iskandar_Agung_dan_Iskandar_Zulkarnain_(Bertanduk_Dua)#Perbezaan_Antara_Iskandar_Agung_dan_Zulkarnain

Gambar ialah lukisan mengenai kemenangan Alexander The Great di atas tentera Putera Porus di India oleh Nicolaes Pietersz Berchem.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons