Sunday, October 24, 2010

"Ibu! Mengapa dengan orang itu?"

Kanak-kanak kecil itu memandang ke langit. Beberapa kali dia memejamkan mata kerana tidak tahan dengan sinaran matahari. Sekali-sekala dia melihat orang lalu lintas dihadapannya yang sibuk dengan urusan masing-masing tanpa memperdulikan orang disekelilingnya. Ais- krim coklat di tangan kanannya sudah semakin cair. Terdapat beberapa tompok kotoran di lengan bajunya disebabkan ais-krim yang cair itu. Kanak-kanak itu tidak memperdulikan kotoran ais-krim di tangannya dan terus melihat disekelilingnya. Dia memikirkan sesuatu yang sukar untuk dia sendiri mengerti. Ibunya sibuk membeli barangan keperluan harian di pasar tanpa menghiraukan perasaan dan pemikiran anaknya sekarang ini. Tiba-tiba kanak-kanak itu bersuara.."Ibu! Mengapa dengan orang itu?" Ibunya tidak menghiraukan pertanyaan anaknya itu. Dia masih sibuk dengan urusan membeli barangan keperluan. " Ibu!!" Kanak-kanak itu bersuara lagi.." Muaz, ibu sedang sibuk ni. Duduk diam-diam ya," Tegur ibunya tidak senang dengan pertanyaan kanak-kanak itu tadi. Kanak-kanak itu menarik muka masam. Tanda tidak berpuas hati dengan jawapan diberi oleh ibunya itu. Fikirannya masih tertanya-tanya lalu dia menuju ke arah lelaki itu.

" Pak cik mengapa disini?" Tegur kanak-kanak itu agak kasar.
Pak cik itu tidak memperdulikan kanak-kanak yang bertanya itu.
" Pak cik tidak sihat. Nanti saya belikan ubat," Kata kanak-kanak itu lagi.
Pak cik itu masih tidak memperdulikan kata kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu menarik muka masam menahan marah. Tiba-tiba ais-krim ditangan budak itu terjatuh dan terkena baju pak cik itu. Pak cik itu hanya tersenyum melihat bajunya yang sudah kotor.
"Pak cik tidak marah," Budak itu kehairannan.
" Mengapa pak cik harus marah. Anak tidak sengaja," Pak cik itu mengambil air untuk menghilangkan kotoran di bajunya.
"Pak cik mengapa di sini?" Tanya kanak-kanak itu hendakkan jawapan yang dari tadi sering bermain difikirannya.
"Pak cik di sini kerana sudah takdir Allah nak,"
"Takdir Allah! Apa maksud pak cik?" Kanak-kanak itu semakin hairan.
"Allah sudah menjadikan pak cik seperti ini. Pak cik terima sahaja,"
" Kalau macam itu mari datang ke rumah saya. Nanti saya cakap pada ibu yang pak cik orang susah. Sudah tentu ibu akan tolong,"
"Sungguh mulia hati anak ini. Tapi tidak mengapa pak cik lebih suka menjadi seperti ini,"
"Hidup miskin!"
" Iya, pak cik lebih senang hidup miskin daripada hidup kaya yang akhirnya tidak mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepada pakcik sebelum ini,"
"Ohhh.. Sebelum ini pak cik hidup senanglah,"
"Anak seorang yang bijak dan sering bertanya. Mudah-mudahan anak menjadi insan yang berjaya dan soleh,"
Kanak-kanak itu tersenyum gembira mendengar pujian daripada pak cik itu.
"Jangan jadi seperti pak cik yang tidak bersyukur pada waktu senang,"
Tiba -tiba kanak-kanak itu mendengar suara ibunya memanggil dia. Kanak-kanak itu bergegas berlari menuju kearah ibunya.. Apabila menerangkan kepada ibunya bahawa dia telah berjumpa dengan seorang pak cik yang miskin dia menarik ibunya untuk berjumpa dengan pak cik tersebut. Malangnya pak cik itu sudah tidak kelihatan di tempat tadi...

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons