Friday, March 11, 2011

::..Constantine.St. Paul.Doktrin Jesus anak tuhan..::



Siapa itu St. Paul dan siapa itu Constantine???

Constantine adalah Maharaja yang memerintah kerajaan Byzantium suatu masa dahulu. Pada mulanya, dia adalah Maharaja Rom. Dia mempunyai anak lelaki bernama Crispus yang bakal menjadi pewaris takhta kerajaan itu. Crispus yang pada penilaiannya mempunyai rupa wajah yang lebih menawan, perwatakkan menarik,  hebat di medan perang, menjadi figura yang hebat dan dikagumi rakyat jelata. Lantas oleh kerana takut kerajaan itu diwarisi oleh anak sulungnya itu, maka perasaan cemburu timbul dalam hati Constantine. Akhirnya, dia mengtur rancangan bagi membunuh Crispus. Perancangan membunuh Crispus turut dikatakan oleh desakkan ibu tiri Crispus yang mahukan zuriat Constantine yang akan dilahirkan olehnya menjadi Maharaja Rom selepas kemangkatan Constantine. Oleh itu, jalan mudah adalah memastikan ia berlaku dengan cara membunuh Crispus. Crispus akhirnya dibunuh dan keadaan ini menyebabkan seluruh kerajaan berasa sedih dan kekecewaan.

Melihat kemarahan rakyat yang semakin memuncak, Constantine cuba mengalih kesalahan beliau kepada isterinya iaitu ibu tiri kepada Crispus dengan cara membunuh isterinya melalui melemaskan ke dalam mandian panas. Pada pemikiran Constantine dengan cara tersebut rakyat serta penyokong-penyokong setia Crispus akan berpuas hati dengan tindakan beliau yang seakan-akan membela kematian Crispus. Tetapi cubaan beliau gagal kerana mengakibatkan berlaku pemberontakkan yang besar apabila rakyat bersimpati dengan isterinya yang mati serta kumpulan rakyat menyokong Crispus bergabung melancarkan pemberontakkan. Bagi meredakan kemarahan dan pemberontakan tersebut, Constantine telah menemui pendeta-pendeta Kuil Jupiter di Rom bagi memohon taubat dan keampunan daripada tuhannya.

Malangnya, apabila pendeta-pendeta itu menyatakan kepadanya kesalahan yang dilakukan tidak akan diampunkan biar apa jua pengorbanan dilakukan serta amal ibadat dilakukan menyebabkan Contantine membawa diri ke Byzantium. Dari sini Byzantium ditukarkan kepada Constantinople sempena nama beliau sendiri. Apabila Constantine tiba di Byzantium, beliau bertemu sekumpulan pengikt mazhab kristian yang bersandarkan ajaran St. Paul yang menyatakan dosanya dahulu kerana membunuh isteri dan anaknya dapat diampunkan oleh pihak gereja dengan syarat taubat dilakukan di gereja mereka. Mendengar tentang perkara ini Constantine pun mengambil kesempatan. Pada pemikiran beliau lebih menguntungkan baginya apabila dia mengadakan pakatan dengan pihak gereja itu yang rata-rata pengikut gereja ini tersebar luas di sekitar kawasan Mediteranean. Mazhab yang dipopularkan oleh St. Paul ini dengan sekelip mata mendapat sokongan daripada Maharaja Constantine dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam empayar itu. Kedua-dua pihak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Bagi pihak Constantine, beliau mendapat sokongan pihak yang berpengaruh bagi mengatasi pemberontakkan yang ditujukan kepadanya manakala bagi pihak gereja St. Pauline, mereka mendapat sokongan rasmi Maharaja yang mana pada kesudahannya mereka berjaya melumpuhkan mana-mana gerakan Kristian yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sebagai tanda terima kasih Constantine terhadap St. Pauline. Beliau telah menyarankan pihak gereja St. Pauline membuka gereja di Rom dengan niat mengurangkan pengaruh dan kuasa pendeta kuil Jupiter di Rom. Dia berbuat demikian kerana perbuatan pendeta-pendeta  Kuil Jupiter yang tidak mahu mengamunkan kesalahannya beliau. Pada masa yang sama wujud pertelagahan dan pergaduhan antara beberapa puak Kristian yang berlainan mazhab kerana menegakkan doktrin masing-masing. Gereja Pauline dengan doktrin mengatakan bahawa Jesus sebaai anak tuhan dan menjelma dalam bentuk  tubuh manusia. Manakala mazhab yang lain seperti gereja Apostolic mengikuti ajaran Jesus yang beriman dengan tuhan yang esa serta menganggap Jesus sebagai rasul.

Semasa huru-hara berlaku, Constantine yang beragama pagan Greek cuba mendamaikan semua pihak yang bertelingkah. Beliau cuba menjadikan satu standard agama yang perlu diikuti oleh semua pihak. Dia berbuat demikian bertujuan mengukuhkan kuasa dan kedudukan beliau sebagai Maharaja. Jadi, Constantine telah bersekongkol dengan gereja St. Pauline bagi menjadikan doktrin mereka sebagai doktrin rasmi kerajaan dan agama Kristian. Tindakan ini mendapat tentangan yang hebat daripada kumpulan-kumpulan Kristian yang masih pegang pada jaran yang dibawa oleh Jesus yang bersandarkan tauhid mereka menyembah tuhan yang esa dan memperakui Isa sebagai rasul yang diutuskan oleh bani Israel. Pergaduhan yang berlanjutan ini membimbangkan Constantine. Jadi Council of Nicea ini yang menjadi medan di mana semua sarjana Kristian pada waktu itu diarahkan berkumpul bagi menetapkan doktrin akidah dan standard Bible bagi umat Kristian untuk mengatasi masalah pergaduhan dan pembunuhan yang berlaku secara berleluasa. Apa yang diputuskan oleh Council of Nicea  adalah memilih doktrin St. Paul. Keadaan ini menyebabkan berlaku pergaduhan yang lebih besar apabila doktrin dirasmikan termasuklah doktrin trinitiy.

St. Paul atau nama sebenar Saul adalah sumber utama doktrin trinitiy yang di sokong oleh gereja st. Pauline yang kemudiannya ditukar kepada Gereja Katholik. Saul merupakan seorang beragama yahudi dan pada awalnya menentang gerakan dakwah Jesus. Selepas kematian Jesus, mengikut kepercayaan Kristian, Saul dari Tarsus kemudiannya mendakwa mendapat wahyu terus daripada Jesus yang dikatakan mengarahnya berdakwah menyeru manusia memeluk agama kristian mengikut versinya sendiri. Versi beliau ialah menganggap Jesus sebagai anak tuhan yang dihantar ke dunia bagi menghapuskan dosa warisan yang ditanggung oleh semua manusia semenjak adam. Menurut St. Paul, kematian Jesus dipalang seperti mana yang dipercayai oleh orang kristian tidak harus dianggap sebagai kejadian yang menyedihkan tetapi dikenang sebagai pengorbanan yang membawa kebahagiaan bagi keturunan manusia kerana dosa yang diwarisi diampunankan melaluia kematian Jesus. Doktrin ini dikenali sebagai doktrin The Atonement.


Sumber: Buku Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz=)


Buku ini menceritakan tentang seorang gadis  bernama Rini yang tidak mempercayai kewujudan tuhan kerana menganggap bahawa tuhan tidak menyayangi dia. Rini bertemu dengan Nizam seorang jejaka yang meminati lagu rock di sebuah stesen keretapi semasa hendak ke Butterworth. Dari pertemuan inilah Rini betanya beberapa soalan barkaitan ketuhanan.. Setiap pertanyaan Rini cuba dijawab oleh Nizam yang banyak membaca dan menyelidiki tentang ajaran agama iaitu Kristian, Hindu dan Islam. Saya bagi **** setengah.. Like2x=)....:::::

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons