Tuesday, March 22, 2011

Tiada jurang antara kita


Sudah lama tak updates blog dan tidak tahu nak tulis entri  yang sesuai dalam blog ini.. Busylah katakan..Huhuhu=)
Lagipun dah lama tak baca pasal isu-isu semasa yang berlaku sama ada dalam negara atau luar negara.. Kalau tsunami berlaku di Malaysia pun saya tidak tahu.. Alamak silap hari bulan tinggal jasadlah...Huhuhu~

So, sempena budak SPM ambik result hari ini (tak silap sayalah), saya nak kupas pasal sikap cikgu mempunyai diskrisminasi terhadap para pelajar di sekolah......................::::

Apa perasaan korang bila cikgu cuba membeza-bezakan kita dengan orang lain. Mesti ada yang kecewa, marah, sedih dan ada juga yang berasa give up. Dalam fikiran kita sudah mula mengatakan kita memang dilahirkan sebagai insan yang bodoh dan tidak berguna. Apabila kita sudah mind set minda kita dengan perkara seperti itu kesannya menyebabkan kita mula melakukan pelbagai kesalahan yang membuatkan cikgu bertambah benci dengan diri kita. Akhirnya kita dihantar ke sekolah pemulihan akhlak dan dicop sebagai pelajar bermasalah.. Bagaikan kalau sehari pelajar bermasalah dihantar ke sekolah pemulihan seramai 10 orang.. Kalau didarabkan dengan 360 hari sudah meningkat kepada 3600 orang.. Kalau 10 tahun sudah berapa?? Fikir-fikirkanlah.....

Adakah guru-guru seperti ini yang kita harapkan mendidik anak bangsa. Tentu sekali tidakkan.. Bukan saya mengatakan semua guru mempunyai sikap seperti ini.. Ada segelintir sahaja yang mempunyai sikap yang suka memilih kasih. Guru ini lebih menumpukan terhadap  para pelajar di kelas A dan B sahaja.. Kelas yang hujung dibiarkan terkapai-kapai tanpa diberi bimbingan. Kesiankan kat diaorang ni.....:::

Sebagai seorang guru dan bakal guru, kita seharusnya memberi ilmu dan kasih sayang yang sama rata.. Tidak boleh wujud pelajar yang pandai dan pelajar yang tidak pandai.. Semua manusia diberi akal fikiran.. Yang membezakan kita malas dan rajin sahaja serta ketakwaan kepada Allah.. Jika seorang guru sukar untuk membimbing pelajar yang bermasalah dan kurang pandai ini.. Guru tersebut perlulah mencari jalan alternatif yang lain. Sebagai contoh, cara penyampainan guru perlulah berbeza antara pelajar yang pandai dengan yang kurang pandai.. Kebanyakkan pelajar yang kurang pandai memerlukan masa yang lama untuk mereka memahami sesuatu matapelajaran yang diajar... ....:::

Selain itu, setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing. Oleh itu, bagi seorang guru yang kreatif, dia boleh membantu para pelajarnya memajukan diri mereka berdasarkan bakat yang dimiliki. Sebagai contoh, jika pelajar itu lebih suka menyendiri, pelajar ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan pandai dalam penulisan cerpen atau sajak.. Jika seorang pelajar itu cenderung ke arah bidang yang membabitkan aktiviti di luar sekolah. Kita boleh memberi sokongan kepada pelajar ini dalam penglibatan sukan dan aktiviti-aktiviti unit uniform. Jika seorang pelajar itu lebih cenderung dalam bidang kepimpinan. Sebagai seorang guru, kita boleh memberi kepercayaan kepada para pelajar ini dalam mengetuai sesuatu organisasi sekolah seperti menjadi presiden kelab atau persatuan.

Saya ingin menegaskan seorang guru yang baik ialah guru yang berjaya membentuk para pelajar yang berguna kepada negara dan bangsa. Bukan melahirkan pelajar yang berilmu sahaja tetapi melahirkan para pelajar yang seimbang iaitu JERI.  Keadaan ini terbukti dengan kata-kata seorang orentalis barat, ' Jika kita hendak melihat sesebuah negara itu maju dan berjaya maka kita lihatlah kepada remajanya hari ini' Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal=)......................................:::::


Kepada budak-budak SPM....g0od luck ya  =)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons