Tuesday, November 29, 2011

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT !

Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan. Jantung berdegub laju dan tangan menjadi sejuk. Itulah...

Nasihat saidina ali karramallahu wajhah

Saidina Ali R.A. Menasihatkan Dua Kepada Kita Nasihat Untukku Dan Untukmu Sahabat Wahai sahabatku, Ali bin Abi Talib pernah berkata dalam perihal ukhuwah: "Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayangimu." Insan kesayangan Rasulullah SAW telah menasihati kita dengan lemah lembut dalam hubungan persaudaraan. Apakah kita mahu insan-insan di sekeliling kita menangisi kita bila kita pergi kelak? Apakah kita mahu disayangi dan dicintai sewaktu kita hidup? Apakah semua itu boleh berlaku sahabatku tercinta? Berbuatlah baik kepada mereka jika engkau mahu mereka berbuat baik padamu.  Maka, marilah kita mengauli mereka dengan penuh...

Wednesday, November 23, 2011

cerita yang menarik

Saya tertarik dengan cerita ini.. Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan  ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim. Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pun pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata. Alice: Apasal awak...

Monday, November 21, 2011

Adakah ini satu fakta atau auta??

Seorang lelaki suka study last minutes sebab dia cepat faham apa yang dia baca/belajar tetapi selepas itu akan lupa. Perempuan pula lambat faham apa yang dia belajar tetapi akan sentiasa ingat apa yang dia belajar. Kalau tak percaya cuba tanya lelaki apa yang dia belajar masa semester lepas.  Seorang lelaki tidak suka ingat perkara-perkara yang tidak penting bagi dia. Contohnya, hari ulangtahun perkahwinan ke? Hari jadi ke? Manakala, bagi perempuan perkara macam tulah penting bagi dia. Seorang lelaki dari fizikal nampak kuat tapi hakikat sebenarnya tak kuat mana pun. Bagi dia kalau deman ke? Sakit ke? Lebih rela tanggung sakit tu dari pergi ke klinik. Cuba korang bayangkan kalau lelaki yang beranak. Mesti hospital tu haru-biru..Huhuhu~....

Thursday, November 17, 2011

Just tengok dan nilai

Isu Malaysia- Indonesia sudah lama berlaku..Apa kata tengok dan nilai sendiri video mengenai kedua-dua negara ini. siapa yang betul dan siapa yang salah =) Sumber: http://aku-macjay.blogspot.com Renung2kan dan selamat beramal Kadang-kala kebenaran itu amat menyakit...

Monday, November 14, 2011

Adakah kita mengetahui?

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a;Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara. 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,...

Pages 231234 »

commentbox

Loading...
Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons