Wednesday, November 2, 2011

Apa kata mereka



Skeptis berkata; "Bagaimana jika anda adalah salah?"
Ulama' berkata; "Bagaimana jika saya adalah hak milik Allah S.W.T?"

Seorang Ateis berkata; "Bagaimana wujudnya Sang Pencipta?"
Ulama' berkata; "Bagaimana terjadinya alam ini sedangkan anda ragu-ragu terhadap kewujudan Sang Pencipta?"

Seorang Kristian berkata; "Cintakan Allah dan menyembah Jesus."
Ulama' berkata; "Cintakan Allah dan Rasul dan sembahlah hanya kepada Allah Yang Maha Esa."

Seorang Yahudi berkata; "Allah akan setia terhadap perjanjian ke atas diri kami sekalian."
Ulama' berkata; "Tetapi adakah anda sudah menepati janji anda terhadap Allah S.W.T?"

Buddha A berkata; "Tujuan hidup adalah untuk mencari Pencerahan"
Ulama' berkata; "Pencerahan bermakna untuk mengetahui tujuan dan matlamat hidup anda."

Politeis berkata; "Saya menyembah banyak tuhan yang mendengar dan memberi syafaat kepada saya dengan Allah Yang Maha Kuasa."
Ulama' berkata; "Saya menyembah satu Tuhan Yang Maha Kuasa yang cukup untuk mendengar percakapan dan isi hati saya tanpa memberi syafaat."



Sekularis berkata; "Perang dan pembunuhan atas sebab agama yang buruk."
Ulama' berkata; "Perang dan pembunuhan atas sebab materialistik yang jahat."

Seorang evolusionis berkata; "Alam ini tercipta dengan sendirinya, tanpa perlu Tuhan."
Ulama' berkata; "Adakah alam semesta ini menciptakan dirinya sendiri tanpa memerlukan Tuhan seperti rumah anda yang menciptakan dirinya sendiri tanpa memerlukan kontraktor dan pekerja buruh binaan?"

Demokrat berkata; "Majoriti mestilah memerintah dengan tampuk pemerintahannya."
Ulama' berkata; "Tetapi siapakah yang akan memerintah majoriti tersebut?"

Nasionalis berkata; "Negara perlu diutamakan dahulu di hadapan Allah"
Ulama' berkata; "Tetapi Allah S.W.T perlu diutamakan dahulu sebelum Negara."

Konservatif (Republikan) berkata; "Mengapa tidak ada orang Islam berasimilasi ke dalam budaya kita?"
Ulama' berkata; "Kerana budaya anda menuntut asimilasi sahaja dan bukan kepada budaya Islam."

Patriot berkata; "Saya menyokong negara saya, betul atau salah terpulanglah."
Ulama' berkata; "Negara tidak mempunyai hak untuk disokong dalam keadaan salah."

Liberal berkata; "Perkara apa yang sia-sia, yang boleh menghalang anda daripada menerima pakai nilai-nilai Liberal?"
Ulama' berkata; "Apakah jenis nilai-nilai Liberal yang tidak berlandaskan sia-sia?"

Zionis berkata; "Palestin mengenakan tuntutan hak asasi mereka untuk mendapatkan keadilan ke atas bangsa mereka."
Ulama' berkata; "Zionis mengenakan tuntutan kekerasan mereka untuk mendapatkan hak ke atas bumi Palestin."

Neo-Konservatif berkata; "Saya percaya kita semua berada dalam tamadun yang unggul."
Ulama' berkata; "Kepercayaan itulah yang membuatkan anda tergolong dalam kategori tamadun bawahan."

Seorang ahli politik Amerika berkata; "Kami melawan orang-orang yang menggunakan keganasan demi keganasan (penentangan)."
Ulama' berkata; "Anda menggunakan keganasan untuk mengganas orang-orang yang menentang anda."

Ahli politik Perancis berkata, "Kami telah mengharamkan pemakaian niqab untuk perempuan-perempuan yang merdeka."
Ulama' berkata; "Anda telah mengharamkan kebebasan hak asasi wanita untuk memakai niqab."

Islamophobia berkata salah seorangnya; "Saya benci akan Islam, dan takut akan keselamatan saya daripada orang-orang Islam."
Ulama' berkata; "Saya bimbang akan keselamatan umat Islam, daripada ancaman orang-orang yang membenci akan Islam."

Pencinta keamanan berkata; "Cara yang terbaik dalam kehidupan kita hanyalah dengan menjadikan sesuatu keadaan secara aman dan damai."
Ulama' berkata; "Cara itu untuk menjadikan aman dan damai terhadap orang-orang yang zalim dan ini bermakna ketidakadilan secara aman dan damai."

Pragmatis berkata; "Sentiasa memilih yang cuma seorang dua kejahatannya."
Ulama' berkata; "Kemudian pilihan anda akan sentiasa kelihatan jahat."



Pertapa berkata; "Tinggalkan urusan duniawi dan carilah Tuhan."
Ulama' berkata; "Dapatkan Allah S.W.T dengan mengingati-Nya dalam urusan duniawi anda."

Ahli teori Konspirasi berkata; "Saya percaya bahawa 'mereka' sekarang sedang mengawal dunia."
Ulama' berkata; "Kepercayaan anda itu yang membuatkan anda berasa dunia anda dikawal oleh 'mereka'."

Moderate Muslim berkata; "Secara unggulnya, anda perlu menerapkan unsur-unsur tolak ansur dalam agama berhubung dengan hal-hal duniawi"
Ulama' berkata; "Secara afdhalnya, anda perlu mencuba satu idea untuk tidak bertolak ansur dalam mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T."

 
Nota kaki: Ulama' bermaksud Cendikiawan Islam


Renung2kan....

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons