Thursday, November 10, 2011

Aliran Arianisme



Daripada Adam as sehingga Nabi Nuh as, umat manusia masih lagi berpegang kepada agama yang menyembah tuhan yang Esa. Tempoh masa daripada Adam as sehingga Nuh as adalah beribu-ribu tahun lamanya – Cukup panjang untuk mereka mempunyai iman yang tetap kepada Allah swt yang Esa.
Namun, selepas kematian empat orang soleh iaitu Wadd, Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr, mereka telah mengambil inisiatif untuk mengingati mereka dengan membuat patung yang persis wajah keempat-empat mereka. Menurut riwayat, Wadd, Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq danNasr hidup sezaman dengan Nuh as
Walaubagaimanapun, kaum Nuh as pada mulanya tidak menyembahnya tetapi hanya sekadar menjadi pemangkin kepada amal soleh mereka. Namun, hari berganti hari, syaitan akhirnya berjaya menusuk kalbu dengan mencucuk jarum kejahilan dalam diri mereka. Mereka mula lupa pada Allah yang Esa dan akhirnya terus menerus menyembah berhala sehingga lupa bahawa Allah swt adalah tuhan yang satu-satunya wajib disembah. Pada saat itulah, Nuh as diutuskan oleh Allah swt untuk membawa mereka ke landasan yang betul. Menurut Ibnu Abbas ra, ia adalah asal sejarah penyembahan patung atau paganisme dalam sejarah kehidupan manusia.
Berkenaan berhala-berhala tersebut, Allah swt telah berfirman di dalam surah Nuh ayat 23 yang bermaksud,
“Dan mereka berkata jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan kamu dan jangan pula kamu tinggalkan Wadd, dan jangan pula Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr.”
Dalam ayat ini, Allah swt telah memberi gambaran kepada Rasulullah saw tentang keadaan yang berlaku ketika Nabi Nuh as menjalankan misi dakwahnya.

Kristian aliran Triniti yang sesat lagi menyesatkan!
Zaman bertukar zaman, Rasul bertukar Rasul, penyembahan berhala terus membiak miskipun banyak kali teladan dan peringatan telah Allah swt berikan kepada mereka dalam bentuk pembinasaan kaum seperti yang berlaku kepada Kaum Lut as, bencana alam yang memudaratkan seperti yang berlaku kepada Kaum Hud as dan Kaum Nuh as dan ketidak-berkatan yang Allah swt timpakan 10 kabilah Bani Israel yang akhirnya berkelana di bumi Allah swt tanpa arah tujuan. Menurut tradisi Bani Israel, 10 kabilah Bani Israel tersebut dipercayai telah ‘pupus’.

Kristian Triniti dipercayai terpengaruh secara total dengan paganisme.

Dalam meniti hari, agama-agama samawi tidak terkecuali daripada terus mendapat impak daripada sejarah kaum mereka yang menyembah berhala. Agama Kristian adalah contoh yang paling kuat mengambil elemen-elemen paganisme untuk dimasukkan dalam doktrin-doktrin agama mereka.
Sebenarnya, permulaan paganisme dalam agama Kristian bermula dengan penyebaran doktrin triniti dalam agama Krisitian. Ajaran Triniti antara lain mempercayai bahawa Nabi Isa  adalah anak TuhanNabi Isa adalah Roh Suci dan Nabi Isa adalah Tuhan. Ajaran sedemikian meniru bulat-bulat ajaran paganisme Yunani yang kuat kepercayaan mereka terhadap dewa-dewi.
Ajaran Triniti diasaskan oleh seorang mubaligh awal Kristian iaitu Saul of Tarsus (kekadang disebut Paul of Tarsus). Beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyebarkan ajaran tersebut. Saul of Tarsus dipercayai ramai cendiakiawan Islam dan anti-triniti sebagai seorang yang sesat kerana menyebarkan ajaran yang menyerupai ajaran paganisme berbanding ajaran agama tauhid yang diperturunkan Allah swt kepada setiap Rasul-NYA.
Firman Allah swt dalam surah al-Mai’dah ayat 72-73,
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. 

Melalui ayat ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Saul of Tarsus sememangnya telah sesat dan sangat menyesatkan. Miskipun, doktrin-doktrin yang dibawa Saul of Tarsus mampu menarik minat ramai masyarakat Rom, namun ia gagal menambat hati masyarakat sekitar tanah Arab terutama di kawasan yang kuat pegangan ajaran Hanif (ajaran Tauhid yang dibawa Nabi Ibrahim as).
Saul of Tarsus turut tidak bersependapat dalam banyak perkara asas dengan mubaliqh-mubaliqh lain yang berjuang bersama-sama dengannya. Antaranya adalah dalam hukum berkhatan bagi orang Kristian.
Saul of Tarsus sememang seorang yang sangat sesat.!
(pembaca boleh membaca artikel mengenai Saul of Tarsus dalam artikel penulis di klik disini )

Munculnya Arius yang tampil berani menentang ajaran Triniti
Arius adalah seorang pendakwah tauhid yang lahir pada 256M iaitu 315 tahun sebelum lahirnya rasul junjungan kita, Muhammad SAW. Sepertimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, Arius membawa ajaran yang sangat berlawanan dengan ajaran Triniti iaitu menyatakan Nabi Isa as adalah makhluk dan Rasul Allah.

Arius

Arius memiliki jalan dakwah yang berliku dek kerana kelancangan beliau menyoal pendirian ajaran triniti yang ternyata sudah terpesong jauh daripada ajaran sebenar Nabi Isa as.

Berguru dengan Lucian of Antioch
Arius yang diyakini lahir di Libya dan berketurunan Berber itu telah berguru dengan seorang paderi Nasrani terkemuka, Lucian of Antioch. Lucian of Antioch adalah individu yang paling berpengaruh dalam diri Arius kerana daripada Lucian inilah, Arius mendapat didikan tauhid yang sebenar dalam mengesakan Allah swt. Menurut ajaran Lucian, Nabi Isa as hanya seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada manusia bagi memandu mereka ke jalan tauhid yang sebenar. Fahaman inilah yang membawa kepada konsep unitriniti kemudian hari.

Berdakwah kepada Gereja Ortodoks
Arius ternyata individu yang paling berani pada abad beliau dilahirkan. Pada 319, beliau telah menulis surat kepada gereja Ortodoks dengan niat untuk memperbetulkan kesyirikan mereka kepada Allah swt. Banyak juga paderi-paderi dan bishop-bishop telah memeluk ajaran tauhid Arius. Ini menimbulkan rasa tidak senang paderi-paderi fahaman Triniti. .
Pada 325M, Arius mendapat tentangan yang sengit apabila diajak berdebat di Persidangan Nicaea. Arius tidak sedikitpun gentar dengan pelawaan itu miskipun mengetahui bahawa di dalam persidangan itu dihadiri 22 orang Bishop yang hampir kesemuanya adalah berfahaman Triniti. Beliau hanya mendapat sokongan rakan rapatnya, Eusebius of Nicomedia dan beberapa rakan lain.

Memulakan perdebatan dengan ayat John 14:28
Miskipun ketika itu umur Arius dalam lingkungan 69 tahun, ia tidak menghalangnya daripada memberi tentangan yang terbaik kepada setiap paderi yang berdebat dengannya. Arius dianugerahi Allah SWT dengan kepetahan berbicara dan ketinggian ilmu agama. Ini diperakui oleh Epiphanius of Salamis
Tinggi dan kurus, perwatakan seorang tokoh dan tutur kata yang bersopan. Kaum wanita sangat suka padanya dek kerana tarikan ketampanan dan tersentuh dengan kezuhudan dirinya. Kaum lelaki pula kagum dengan aura ketinggian ilmu pengetahuanya.”
Dalam satu rekod sejarah Persidangan Nicaea 325M, Arius telah memulakan perdebatan dengan membacakan ayat dalam kitab Injil kepada hadirin yang bermaksud
You heard me say, ‘I am going away and I am coming back to you.’ If you loved me, you would be glad that I am going to the Father, for the Father is greater than I”
John 14:28
 “Kamu dengar aku berkata, “Aku pergi tetapi aku akan kembali lagi pada kamu. Jika kamu sayang aku, kamu akan gembira bahawa aku pergi kepada Tuhan, (yang mana) Tuhan adalah jauh lebih AGUNG daripadaku”
John 14:28 
Ayat Injil itu dipercayai intipati sebenar ajaran tauhid Arius. Namun, dipercayai bahawa injil yang digunakan Arius adalah jauh berlainan dengan Injil yang terdapat pada hari ini. Injil yang terdapat pada hari ini adalah Injil yang telah disusun selepas Persidangan Nicaea 325M. Dalam Injil tersebut, segala ayat-ayat yang bertentangan dengan ajaran Triniti telah dibuang dan diganti dengan ayat yang lebih sesuai dengan doktrin mereka. Dotrin mereka telah diistiyharkan secara rasmi sebagai Nicean Creed.
Daripada detik itulah Injil mula terpesong secara rasmi sehingga hari ini.

Perdebatan dengan Nicholas of Myra
Di persidangan of Nicaea pada 325M, perdebatan paling diingati adalah perdebatan antara Arius dan Nicholas of Myra yang ketika itu berusia 55 tahun. Perdebatan ternyata sampai ke tahap paling sensitif dalam ajaran Nasrani.
Miskipun Arius telah diasak dengan soalan bertubi-tubi oleh paderi-paderi Triniti sebelumnya, namun Arius kelihatan tenang menjawab setiap persoalan mereka. Kini giliran Nicholas of Myra pula tampil berdebat dengan Arius. Ternyata, Nicholas bukanlah pasangan debat Arius. Oleh kerana tidak mampu lagi menjawab debat Arius, Nicholas terus menempa Arius dan menampar mukanya  sehingga tersungkur. Arius yang terkenal dengan kezuhudannya tidak melawan tindakan Nicholas of Myra.
Dalam kejadian itu, Nicholas of Myra ditangkap dan dihumban ke dalam penjara tetapi dibebaskan kembali oleh Maharaja Constantine. Nicholas of Myra diangkat oleh penganut Triniti sebagai Saint dan tindakan beliau menampar Arius telah dipertahankan oleh mereka sebagai satu tindakan suci untuk membela ajaran syirik mereka.
Saint Nicholas of Myra adalah asal usul bagi nama Santa Claus yang sentiasa mewarnai Hari Natal menjelang 25 Disember.

Arius diistiyharkan tewas
Seperti dijangkakan oleh Arius, beliau telah diistiyharkan tewas kepada paderi-paderi Triniti. Ia disebabkan oleh pengaruh Maharaja Constantine yang telah dirasuki dengan fahaman triniti yang menebal.
Arius dan rakan-rakannya telah diusir keluar daripada wilayah kekuasaan Constantine ke Illyricum. Rakan seperjuangan Arius adalah Euzoios, dua orang paderi daripada Libya, Theonas of Marmarica and Secundus of Ptolemais. Mereka telah diperlakukan sedemikian kerana tidak menandatangani Nicaean Creed sepertimana yang diperintahkan oleh Maharaja Constantine.
Sahabat rapat Arius iaitu Eusebius of Nicomedia, Maris of Chelcedondan Theognis of Nicaea telah mendapat pengampunan Constantine kerana telah menandatangani Nicaean Creed. Walaubagaimanapun, mereka tidak mempersetujui untuk mengutuk Arius sepertimana yang dilakukan oleh paderi triniti, Athanius of Alexanderia, Nicholas of Myra dan ramai lagi.
Kemuncak kepada tewasnya Arius dalam persidangan tersebut adalah buku-buku ajaran Arius terutamanya buku Thaleia dan Injil tauhid Arius telah diarahkan dibakar oleh Maharaja Constantine. Malah segala Injil yang dikatakan ‘bidaah’ seperti Injil Barnabas, Injil Judas, Injil Gnostic dan sebagainya telah diarahkan untuk dibakar.
Pada hari ini, ajaran sebenar dan hukum-hakam ajaran Arianisme tidak dapat diketahui sumber asalnya. Yang tinggal hanya asas ajaran Arianisme dan ‘rakaman’ dialog persidangan Nicaea serta surat-surat yang Arius tuliskan kepada sahabatnya seperti surat kepada Eusebius of Nicomedia.

Ajaran Arianisme terus berkembang
Arius meninggal dunia pada tahun 336M pada usia 80 tahun. Kematian Arius masih lagi diselubungi misteri. Arius dipercayai telah diracun oleh paderi-paderi Triniti yang sudah lama tidak senang duduk dengan perkembangan ajaran Arianisme.
Setahun sebelum Arius meninggal dunia, Arius sudah mula mendapat tempat di Istana Constantinople. Maharaja Constantine juga sudah mula mengampun beliau dan memujuk beliau kembali daripada pelarian. Malah, terdapat pendapat mengatakan Constantine telah memeluk ajaran Arianisme pada penghujung usianya. Ia diperkuatkan dengan kisah Constantine dibaptiskan oleh sahabat Arius, Eusebius of Necomedia di katil semasa nazak.
Anak kepada Constantine iaitu Constantine II(316-340) juga adalah penganut ajaran Arianisme yang sangat taat. Manakala Maharaja Valens(328-378) juga adalah penganut Arianisme.
Ajaran Arius terus berkembang. Anak murid Eusebius of Necodemia iaituUlfilas telah berkelana ke Eropah Timur untuk mengembangkan ajaran Arianisme. Ulfilas telah berjaya berdakwah sehingga sampai ke masyarakat Vasigoth, Ostrogoth, Vandals, Franks, Burgundians dan Lombards.  Di Eropah Timur, Arius telah diangkat sebagai saint dan matyr sebagai menghargai pergorbanan beliau dalam mempertahankan ajaran tauhid.
Bangsa-bangsa yang kebanyakan berasal daripada Jerman ini telah berjaya membina empayar mereka sehingga ke Afrika Utara dan Sepanyol(Vasigoth) dan utara Itali(Ostrogoth, Lombards) serta Perancis(Franks). Di sini, mereka telah menyebar-luaskan ajaran Arianisme kepada masyarakat yang ditakluki mereka yang mana pada masa itu kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan ajaran paganisme.
Ajaran Arianisme telah bertahan di Eropah Timur dan wilayah sekitarnya sekurang-kurangnya sehingga abad ke-6 apabila raja Franks, Clovis I telah memeluk ajaran Triniti Katholik pada 496 dan raja Vasigoth, Liuvigild pula memeluk ajaran tersebut pada 586. Namun, ia tidak bermakna rakyat mereka turut serta menyertai raja mereka mempercayai ajaran tersebut.
(Ingatlah), ketika Allah berfirman:
 “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya.” 

Islam pengganti Ideal
Allah swt Maha Mengetahui, dalam manusia semakin hampir hilang pegangan mereka kepada ajaran Tauhid, Allah swt telah mengutus Rasulullah saw sebagai pembawa ajaran Tauhid yang mengesakan Allah swt iaitu ISLAM. Allah swt telah mengutuskan Muhammad saw di kalangan masyarakat Arab kerana ketika itu masyarakat Arab adalah masyarakat yang paling teruk terpesong daripada ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Hampir kesemua masyarakat mereka menganut ajaran paganisme. Malah, bapa saudara Rasulullah saw, Abu Talib adalah penganut ajaran paganisme yang sangat tegar.
Archbishop Dmitri daripada Gereja Ortodoks Amerika pernah mendakwa Islam adalah pengganti ideal ajaran Arianisme berikutan hampir 100 peratus ajaran Islam menyamai ajaran Arianisme.
Sehingga kini, terdapat masyarakat Kristian selalu menyebut istilah Arian untuk merujuk kepada individu yang mempercayai dan menyayangi Isa as tetapi menolak Nicaean Creed. Arianisme amat sesuai untuk dinyatakan sebagai ajaran yang hampir 100 peratus datangnya daripada nabi Isa as selain bebarapa ‘mazhab’ anti-triniti yang lain. Ajaran Arianisme adalah Islam sebelum datangnya ISLAM.!
 Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad saw) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana


Sumber: http://takusahrisau.wordpress.com

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons