Thursday, December 29, 2011

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEBENARNYA






Banyak perkara yang berlaku sepanjang hidup kita. Setiap ujian yang datang sebenarnya merupakan suatu bonus dalam hidup kita. Mustahillah setiap daripada kita tidak pernah diuji. Walaubagaimanapun, ujian yang datang itu sebenarnya mematangkan diri kita. Pernah tak kita memikirkan sesuatu perkara yang tidak pernah kita akan fikirkan jika Allah tidak bagi ujian kepada kita. Tidak ada sesekalikan. Oleh itu setiap dugaan dan cabaran yang kita alami mesti akan mematangkan kita. Kita juga jangan ingat madu itu selamanya manis dan hempedu itu selamanya pahit. Kadang-kala yang pahit itulah yang manis bagi kita. Macam makan ubatlah. Kan ubat itu pahit dan gula itu manis.
Entri yang saya tulis kali ini bukanlah hendak membincangkan mengenai ujian tetapi berapa ramai daripada kita yang selalu bermuasabah diri? Berapa ramai juga daripada kita memikirkan apa tujuan/matlamat dia sebenarnya? Saya percaya mesti daripada kita akan cakap “Saya masuk university hendak belajarlah” atau “ Kan sudah terang-terang lagi Allah SWT berfirman yang setiap manusia itu dilahirkan di dunia ini dijadikan sebagai khalifah”.  Yep.. Itu saya tahu tetapi berapa ramai daripada kita yang melaksanakan  supaya matlamat mereka tercapai. Jika lihat dalam kehidupan kampus. Berapa ramai daripada kita masih berpegang pada matlamat mereka? Pernahkah kita memikirkannya…. ??

You can do what you want to do but you must thinking what you should to do in your life

Disini saya berharap agar kita jangan tersasar daripada matlamat sebenar kita. Buatlah apa yang kita rasa ingin lakukan. Laksanalah setiap impian yang ingin kita capai dalam hidup ini tetapi kita harus ingat kita hidup ini bermatlamat dan jangan kita lupa akan matlamat itu.

Lakukanlah apa yang kamu rasa betul walaupun kamu dihina dan dibenci. Bukan semua orang itu sukakan kamu tetapi kamu kena ingat bukan semua juga yang membenci akan kamu.

Jika tiada penyelesaian dalam masalah yang dihadapi. Jangan diikut kata fikiran kerana fikiran kadang-kala akan menipu kamu tetapi ikutlah kata hati kerana hati tidak akan sesekali menipu kamu.
All is well

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons