Monday, December 5, 2011

What is the meaning of life?





“Hidup ini bagaikan satu perjalanan yang berliku
Bukan semua yang berjaya menghadapinya”

Kata-kata ini sungguh indah apabila kita mendengarnya tetapi setiap daripada kita akan memberi  tafsiran dan makna yang berlainan dalam diri. Mesti ada daripada kita yang menganggap quote ini membawa makna yang biasa seperti mana quote yang lain. Walaubagaimanapun ada juga daripada kita beranggap quote inilah yang membawa makna paling berharga dalam diri dia. Sebenarnya saya bukanlah hendak menceritakan mengenai quote ini tetapi sebenarnya saya hendak memberitahu bahawa setiap daripada kita mesti mempunyai pelbagai pengalaman sepanjang kita berada di bumi Allah inikan.

“Semakin luas perjalanan,semakin bertambah pengetahuan, semakin banyak pengalaman, semakin meningkat kematangan”

Setiap pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan sebenarnya. Kita selalu inginkan perkara-perkara yang indah dalam hidup kita tetapi hakikatnya bukan semua yang kita impikan itu akan menjadi kenyataan. Oleh itu, Allah is best planner for us dan kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.

Kadang-kala kita juga akan berasa marah, sakit hati, malu, rindu, suka,gembira dan sebagainya sepanjang kita hidup. Hal ini seperti mana firman Allah SWT

"...Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " (Al-'Ankabut : 64)

Oleh itu, janganlah kita berasa sedih apabila impian kita tak tercapai.. Allah akan memberikan perkara yang kita perlukan dan bukan perkara yang kita inginkan. Janganlah sesekali kita menilai seseorang itu dengan melulu tanpa kita memeriksanya terlebih dahulu kerana mungkin akan menyebabkan fitnah. Memohon maaflah jika kita menyakiti orang lain dan memaafkan orang yang menyakiti kita.

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

Jika kita berasa frust atau berasa down. Bacalah kata-kata motivasi yang boleh mengembalikan keyakinan kita kembali dan tanamkan sifat-sifat positif dalam diri supaya kita tidak akan sesekali prejudis dan berasa sakit hati dengan orang lain. klik disini  … Jadilah kita orang yang sederhana dan bersyukur.

Firman Allah SWT

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."





commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons