Saturday, April 3, 2010

Arab saudi

Negara Saudi kini terbentuk melalui tiga peringkat iaitu Kerajaan Saudi Pertama, Kerajaan Saudi Kedua dan terakhir Kerajaan Saudi Ketiga ataupun dikenali sebagai Arab Saudi Moden. Kerajaan Saudi Pertama berlaku pada zaman kegemilangan Amir Muhammad Ibn Saud yang telah dibantu oleh Ibn Abdul Wahhab. Amir Muhammad merupakan seorang pemerintah Ibu Kota Dir'iyah. Apabila beliau memberikan perlindungan kepada Abdul Wahhab. Abdul Wahhab telah menjanjikan bahawa Amir Muhammad akan memperoleh satu jajahan kerajaan yang besar sekiranya beliau membantu dalam menyebarkan ajaran tauhid ini dan hal ini terbukti dengan wujudnya Negara Saudi kini.1 Usaha Amir Muhammad telah diteruskan oleh anaknyanya iaitu Abdul Aziz. Pada zaman Abdul Aziz pula, beliau telah menjalankan aktiviti ketenteraan, pentadbiran dan dakwah. Abdul Wahhab masih lagi menjadi penasihat kepada Abdul Aziz sehingga kewafatannya pada tahun 1792. Sejak kewafatan Abdul Wahhab mulalah masalah kepada Abdul Aziz kerana menerima ancaman daripada Kerajaan Uthmaniyyah. Tetapi disini kami hanya membincangkan peristiwa yang berlaku semasa Kerajaan Saudi Kedua iaitu pada tahun 1824 hingga pada tahun 1891. Kerajaan Saudi kedua merupakan proses pemulihan kuasa kerajaan apabila berakhirnya Kerajaan Saudi yang Pertama.
     Kegemilangan zaman Kerajaan Saudi Pertama ini berakhir pada september, 1818 apabila Amir Abdullah iaitu anak Abdul Aziz telah menyerah diri  kepada kerajaan Uthmaniyyah dan kalah kepada Ali Pasha iaitu seorang Gabenor Mesir dan anaknya, Tusun Pasha. Kekalahan Amir Abdullah ini disebabkan beliau tidak mengikut strategi yang disarankan oleh ayahnya dalam peperangan menentang Mesir. Hal ini kerana baginda telah  menerima perjanjian damai dengan Tusun Pasha apabila berjaya menewaskan tentera Mesir pada peringkat awalnya.2 Selain itu, ada juga antara penyokong Saudi yang telah membelot dengan memberitahu Ibrahim tentang strategi saudi apabila menerima sogokan daripada pihak musuh.3 Keluarga Saud telah ke Mesir selepas mengalami kekalahan. Sebenarnya Kerajaan Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Mahmud II mengarahkan gabenornya menentang keluarga Saud kerana baginda bimbang dengan perluasan kawasan yang dilakukan oleh keluarga itu.
    Selepas kekalahan keluarga Saud, Ibrahim tidak dapat mengukuhkan kekuasaannya di Tanah Arab kerana beliau dibenci oleh rakyat disebabkan melakukan keganasan iaitu membunuh ribuan manusia dan merosakkan harta benda. Oleh disebabkan tindakan Ibrahim itu, ayahnya iaitu Muhammad Ali telah memerintahkan Ibrahim kembali ke Mesir bagi mengelak berlakunya perselisihan faham dengan kerajaan Uthmaniyyah. Sekembalinya Ibrahim ke Mesir, Turki Ibn Abdullah telah mengambil kesempatan menegakkan kembali kuasa keluarga Saud. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Amir Turki berjaya menegakkan kembali kekuasaan Keluarga Saud. Pertama, baginda merupakan pemerintah yang cekap dan tahu apabila terdapatnya peluang untuk megukuhkan kekuasaan. Kedua ialah baginda telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada golongan ulama dan yang ketiga ialah baginda mempunyai ilmu agama yang tinggi. Oleh itu, pengasas kepada Kerajaan Saudi Kedua ialah Turki Ibn Abdullah. Tetapi era kegemilangan Kerajaan Saudi Kedua adalah semasa pemerintahan anaknya iaitu Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah Ibn Muhammad pada masa pemenrintahan beliau yang kedua antara tahun 1843 hingga 1865

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons