Saturday, April 3, 2010

Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah

Faisal Ibn Turki lahir pada tahun 1785. Faisal merupakan penguasa kedua negara Saudi selepas kemangkatan ayahnya yang dibunuh oleh Mushari Ibn Abd Al-Rahman. Ayahnya dibunuh semasa selesai mengerjakan solat jumaat pada 9 Mei 18341. Selepas mengetahui berita kematian ayahnya. Faisal pada waktu kerika itu berada di Hasa bagi menghantar operasi militia telah segera balik ke Riyadh bagi menyelesaikan pemberontakan yang dilakukan oleh Mushari.2 Abdullah Ibn Rahsid  iaitu pembantu  Faisal yang berasal dari Hail telah membunuh Mushari mengunakan pedangnya sendiri.3 Oleh itu, Faisal telah dapat mengalahkan Mushari dan menjadi pemerintah pada Kerajaan Saudi pada tahun 1834. Beliau dikatakan dengan tergesa-gesa meminta masyarakat di Riyadh bersumpah taat setia dan telah menjemput qadhis dari wilayah yang berbeza ke Riyadh.   
  Qadhis ini dijemput sebagai tetamu selama sebulan sebelum pulang dengan membawa hadiah. Beliau juga telah menyebarkan pesanannya kepada masyarakat supaya kembali setia pada Islam. Keadaan ini menyebabkan para Amir dari kawasan Oasis dan ketua-ketua kabilah Badwi telah datang ke Riyadh bagi mengangkat sumpah taat setia kepada penguasa yang baru iaitu Amir Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah. Faisal telah mengambil cukai di kawasan tersebut.      Walaubagaimanapun, Wadi al-Dawasir, al-Aflaj dan Qahtang enggan memberi ufti dan ini menyebabkan Faisal telah menghantar pasukannya bagi menumpaskan pemberontakan. Selepas itu, wujudnya masalah di kawasan Arab Timur kerana tentera Riyadh di bawah pimpinan Mameluke Zuwaid telah berperang dengan Bahrain. Tetapi disebabkan terdapat masalah baru iaitu Iran. Penguasa Bahrain bersetuju untuk membayar kepada Riyadh sebagai simbol ufti sebanyak 2,000 rials dan Faisal berjanji untuk melindungi Bahrain dari pihak luar.      Selepas kekalahan pada tahun 1833, Muhammad Ali cuba mengambilnya kembali pada tahun 1835. Hal ini kerana kawasan itu merupakan kunci kepada Saudi. Beliau mengarahkan Ibrahim Pasha dan Ahmad Pasha dengan pasukannya yang baru seramai 18000 orang tentera Mesir. 4Tetapi usaha mereka ini mengalami kegagalan. Oleh itu, Muhammad Ali telah mengarahkan Khurshid Pasha menakluk Asir dan Yemen. Muhammad Ali juga berasa bimbang dengan Faisal kerana beliau menganggap bahawa Faisal sebagai satu ancaman bagi dia. Sejak dari itu, Muhammad Ali sentiasa berbalah dengan Faisal dan dibantu oleh Khurshid Pasha. Apabila kemenangan jatuh ke tangan Muhammad Ali dan Khurshid Pasha, mereka telah menyokong Khalid Ibn Saud iaitu merupakan anak kepada Amir Saud dan merupakan abang sulung kepada Abdullah Ibn Saud memerintah di Saudi. Walaubagaimanapun Khalid hanya memerintah secara boneka sahaja. Beliau menguasai wilayah selatan Riyadh.5Faisal telah melarikan diri dan berlindungan dengan orang-orang Badwi apabila mengalami kekalahan. Faisal juga pernah dipenjara oleh Khurshid Pasha di Mesir sebanyak dua kali. Peristiwa ini berlaku pada bulan Oktober, 1838. Semasa itu, Faisal terpaksa melindungi dirinya di Dilam dan pasukan tentera Khurshid Pasha telah melakukan  kepungan selama sebulan.6 Ahirnya mereka dapat juga menangkap Faisal 10 Disember 1838. Kejayaan Khurshid Pasha ini berlaku apabila Khalid Ibn Saud telah bekerjasama dengan beliau dan dikatakan juga teman Faisal iaitu Abdullah telah meninggalkan beliau semasa peperangan kerana takut kehilangan takhta dan kepala akan dipancung. Faisal  juga pernah hendak berdamai dengan Khurshid Pasha tetapi usaha beliau itu tidak berjaya.
   Pada  tahun 1843, Faisal telah berjaya melarikan diri dari penjara di Mesir semenjak beliau dipenjara pada tahun 1838. Sesetengah pendapat sejarawan berpendapat bahawa Abbas Pasha iaitu cucu kepada Muhammad Ali telah menolong Faisal. 7 Beliau berharap menjadi bakal pembantu kepada Faisal dan dapat bekerjasama dengan orang-orang Arab. Ketibaan Faisal di Jamal Shammar telah disambut oleh rakan lamanya iaitu Abdullah Al Rashid dan abangnya Ubaid. Faisal dan Abdulah menjalinkan hubungan berdasarkan faktor politik. Penguasa Hail ini telah sudi memberi angkatan tentera, haiwan dan wang kepada Amir Faisal. Faisal telah memberi pesanan kepada seluruh masyarakat Najd. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah kembali dan mengharapkan sokongan dari daripada masyarakat Najd.    
Faisal telah merancang strategi bagi membolehkan beliau kembali berkuasa dan meneruskan pemerintahan keluarga Saud. Rancangan beliau ini disambut baik oleh Abdullah Al Rashid dan beliau turut sama membantu Faisal. Faisal merancang untuk menguasai daerah Qasim, Sudair dan Washm dan akhirnya Riyadh.8 Beliau juga telah mendapat sokongan daripada setiap wilayah-wilayah ini bagi mengalahkan Ibn Thunayyan. Faisal juga telah berunding dengan Ibn Thunayyan dan beliau mengatakan kepada Ibn Thunayyan supaya meninggalkan Ibu Kota dan membawa segala harta benda dari Riyadh. Tetapi ditolak oleh Ibn Thunayyan dan masih berdegil untuk berlindung dalam Kota.   
Akhirnya Ibn Thunayyan dapat juga ditangkap dan dipenjarakan. Pada bulan Julai Ibn Thunayyan telah mati kerana diracun. Setelah sembilan tahun berlakunya kekacauan, penjajahan asing dan konflik dalaman di Riyadh. Akhirnya Faisal dapat kembali memerintah di negaranya sendiri dan dapat meneruskan kekuasaan keluarga Saud. Faisal merupakan pemerintah yang cekap dan kuat. Beliau telah menyatukan wilayah-wilayah pusat dan Timur Saudi. Beliau juga mengadakan hubungan dengan pihak luar seperti Mesir, Turki dan British.9
    Setelah kedudukan pemerintahan Faisal stabil di Najd. Beliau mahu menguasai kembali Al Hasa dan telah menyerang wilayah Manasir, Al Murra dan Bani Hajir bagi mengembangkan pengaruh kekuasaanya. Sepanjang pemerintahan Faisal, hubungan persahabatan beliau dengan Abdullah Al Rashid menjadi sangat rapat sehingga menjalinkan hubungan kekeluargaan. Anak sulung Faisal iaitu Abdullah telah berkahwin dengan anak perempuan Al Rashid. Talal anak lelaki Abdullah Al Rashid juga merupakan menantu kepada Faisal. Abdullah Ibn Rashid juga dikatakan orang yang sangat penting kepada Faisal dan diibaratkan sebagai tulang belakang kepada Faisal dalam memeperluaskan kekuasaannya.10 Ubaid juga telah berada di Riyadh selama bebrapa bulan sebagai tetamu kepada Faisal. Pada tahun 1847, Faisal telah membantu Ubaid bagi memerangi Anaiza yang merupakan musuh lama beliau. Keadaan ini menyebabkan Jamal Shammar dapat memperluaskan wilayah takluknya.     Abdullah Al Rashid meninggal dunia sama ada bulan Mei atau bulan Jun. Takhta kerajaan di beri kepada anaknya iaitu Talal pada waktu itu berumur 25 tahun. Walaupun Ubaid mempunyai reputasi yang kuat sebagai seorang ketua. Tetapi beliau menolak. Semasa Talal memerintah Hail, beliau masih meneruskan penghantaran unta dan kuda ke Riyadh sebagai syarat bahawa beliau masih mempunyai pergantungan kepada kerajaan pusat (Riyadh).  Pada bulan Mei, 1854 Anaiza memberontak kembali. Faisal telah mengarahkan anaknya iaitu Abdullah untuk muncul berhampiran dengan kawasan Anaiza dengan ditemani sebuah pasukan. Penentangan Abdullah terhadap Anaiza berlaku dikawasan pokok-pokok kurma. Talal Al Rashid juga membantu Faisal dalam hal pemberontakan ini. Pada tahun 1855, pemberontakan ini  berakhir dan masyarakat Anaiza dapat kembali hidup dengan aman. Abdullah Al Zamil dan juga digelar Sulaim dapat kembali ke Anaiza sebagai Amir di kawasan itu. 
   Faisal juga ada mengadakan hubungan dengan Kerajaan Uthmaniyyah dan Hijaz. Tetapi hubungan mereka ini tidaklah sebaik yang disangka kerana mereka sering berbalah antara satu sama lain. Sebagai contoh pada tahun 1854 hingga tahun 1855, Faisal telah melambat-lambatkan pembayaran penghargaan  semasa berlaku pergolakkan di Hijaz. Mungkin ini disebabkan Khalid Ibn Saud berada di Hijaz dan beliau juga mempunyai konflik dengan Turki. Semasa berakirnya era pemerintahan Faisal,  telah berlaku konflik antara Abdullah dengan Saud. Hal ini berlaku disebabkan ketidakpuas hati Saud terhadap abangnya Abdullah. Mereka telah berbalah antara satu sama lain. Manakala Muhammad telah memihak kepada Abdullah dalam perbalahan ini. Anak bongsu Faisal iaitu Abd al- Rahman masih terlalu muda semasa perbalahan antara sesama beradik itu. Walaubagaimanapun, anak Abd al-Rahman yang telah meneruskan kegemilangan kekuasaan keluarga Saud iaitu Amir Abd Aziz semasa Kerajaan Saudi Moden. 
    Pada tahun terakhir kematiannya, keadaan kesihatan Faisal semakin teruk. Beliau mempunyai masalah penglihatan iaitu dikenali sebagai trachoma.11 Semasa Colonel Pelly melawat Mesir pada tahun 1865, penglihatan Faisal sudah menjadi buta. Pada waktu itu Faisal berusia 70 tahun dan segala pentadbiran di Riyadh telah dilakukan oleh anak sulungnya Abdullah. Faisal Ibn Turki meninggal dunia pada bulan Disember 1865 dan beliau merupakan salah satu pemimpin yang berkebolehan dalam semua aspek. Walaupun pada mulanya beliau mengalami kekalahan pada kerajaan Uthmaniyah. Tetapi akhirnya beliau berjaya bangkit semula dan menguasai Riyadh yang sebelum ini diperintah oleh Abdullah Thunayyan.     

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons