Sunday, April 4, 2010

MY PAKWE…MY ENEMY



Sementar lagi penganti En. Borhan akan masuk bekerja..Mastura sibuk mengemas bilik yang bakal diduduki oleh bos baru mereka..Segala kelengkapan mesti teratur dan kemas..Halimah beritahu bos baru mereka ni seorang yang cerewet..Pantang ada habuk sedikit mulalah melenting tak tentu pasal..Ish!Ish!Ish! Siapalah isteri dia nanti..Malang sungguh nasib dia nanti…
“Mas!Bilik bos dah siap kemas,”Tanya kak Jun..
“Dah kak Jun..Don’t worry,”Jawab Mastura..
Kak Jun merupakan pekerja yang paling lama berkhidmat di Syarikat Mutiara…Sudah hampir 10 tahun..
“Bagus,pukul 10 nanti bos sampai,”Kata kak Jun lagi..
Para pekerja Syarikat Mutiara bahagian pengurusan sumber manusia bekerja seperti biasa walaupun En Borhan sudah di naikkan pangkat..Suria menghintung masa menantikan bos baru sampai..Macam manalah rupa bos baru?Hensem ke?Tentulah hensem..En Borhan pun hensem…Mesti adiknya lagi hensem..Senyum Suria seorang diri..
“Mas,tolong aku jap,”Panggil Juwita..
“Apa hal?”
“Tolong aku mas..Surat ni kena hantar ke syarikat Saham Holding..Si Mat tu motornya rosak pula..Tolong aku..Surat ini kena hantar hari ini juga..Boleh ye Mas,”Pujuk Juwita.
“Yelah..Yelah..Kali ni je aku tolong,”Mastura mangambil surat tersebut..
Mastura menuju ke tempatnya..Dia melihat ramai yang memperkatakan tentang bos baru..Sudah datang ke?Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.Lagi setengah jam lagi waktu rehat..Mastura tersenyum..Tiba-tiba kak Jun keluar tergesa-gesa menuju ke mejanya.
“Mas,bos nak jumpa..Ko pergi mana tadi,”Kak Jun memegang tangan Mastura lalu menuju ke bilik bos..Mastura tidak sempat berkata apa-apa..
“Encik Badrul..Ini Mastura..Setiausaha En Borhan dulu.,”Kata kak Jun lalu keluar.
Mastura mendiamkan diri menunggu reaksi bos barunya..Masih senyap..Siapa dia ni??Bisu ke??
“Ha,encik!”Mastura memberanikan diri bersuara.
“Awak pergi mana tadi…Awak tahukan saya tidak suka pekerja bawahan saya seorang yang tidak berdisplin,”Kata encik Badrul menyembunyikan dirinya disebalik kerusi pejabat.
“Maafkan saya…Lain kali saya tidak buat lagi,”Mastura menelan air liur.
“Sikap awak dari dulu sampai sekarang memang tak berubah,”
“Ha!”Matura mengerutkan kening hairan.
“Saya Mohd Badrul bin Zamani” Badrul tersenyum lalu menghulurkan tangan.
“Si setan besar!”Mastura membeliakkan mata..
“Apa khabar si setan kecil?”Badrul masih tersenyum..Kenangan 13 tahun dahulu bermain di fikiran Mastura…
“Mas,dahlah tu..Ko tak seri-serik ke kena warning dengan cikgu disiplin”Rosnah mengeluh..
Biarlah kena dengan cikgu disiplin ke?Polis ke?Aku tak peduli..Yang penting balas dendam…Siaplah ko..Si setan besar…Keturunan jahat-jahat..
“Mas,ko dengar ke apa yang aku cakap ni,”Rosnah mengerutkan dahi.
“Haaa..Aku tak peduli..Si setan besar siap ko!!!!”Jerit Mastura.
Kemarahan Mastura semakin menjadi-jadi semenjak Badrul hadir dalam hidupnya..Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk membalas dendam…Kedua-duanya tidak boleh bersama..Tapi malangnya macam mana boleh satu kelas?Takdir katakan..Setiap hari ada saja perbalahan..Meletuslah perang dunia yang keberapa pun tak tahu..Mungkin perang dunia kesepuluh kot..Mastura menjeling kearah Badrul..Sementara nanti  tunggulah ko?Matura ketawa kecil..Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku ke atas Si setan besar…Heee..Badrul berasa geli…Tangan dia cuba meraba-raba mencari sesuatu di dalam bajunya..Apa bendanya ni?Semakin lama semakin geli..Rosyam memandang pelik dengan kelakuan Badrul itu..
“Aaaaahhh!!!!Jerit Badrul..
Semua pelajar memandang Badrul..Mastura cuba menahan ketawa..Tiba-tiba keluar seekor katak puru dari dalam baju Badrul…Pelajar perempuan apa lagi?Menjeritlah apabila terlihat katak puru itu..Menjadi riuhlah satu kelas…
“Si setan kecil….Ko..”Badrul tidak dapat meneruskan kata-katanya..
Cikgu Fauzi yang dari tadi hanya melihat sahaja mula megangkat kening lalu memandang Mastura..Mastura hanya menunduk kepala..Mulalah rasa takut…
“Kali ini dah masuk 20 kali awak berdua berjumpa dengan saya..Tak serik-serik ke,”Marah cikgu Roslan yang merupakan guru displin sekolah..
Mastura dan Badrul hanya menundukkan kepala..Tidak berani memandang cikgu Roslan..
“Mula-mula rosakkan tong sampah..Lepas itu peralatan makmal..Buat kecoh kat dataran dan padang..Lepas tu pulak bawa binatang kat sekolah..Lepas ni apa pulakk..”
“Awak berdua ni memang saja nak cari pasal dengan saya ye..Nak saya ambil tindakan yang lebih berat lagi keatas awak berdua..Tak cukup-cukup ke dengan membersihkan tandas sekolah dan padang..Awak berdua nak saya panggil ibubapa awak ye,”cikgu Roslan mencekak pinggang.
“Cikgu…”Mastura mencebikkan muka tanda simpati.
“Apa cikgu-cikgu?Awak tahu tak..Disebabkan awak berdua sekolah ni tak pernah aman..Ada saja benda yang dibuat awak berdua ni,”Cikgu Roslan tidak dapat menahan kemarahannya.
“Cikgu..Kami janji tak akan buat lagi lepas ni..”Kata Badrul yang dari tadi mendiamkan diri..
“Betul cikgu..Janganlah bagitahu makbapa kami,cikgu,”Sampuk Mastura..
“Baiklah..Ini last warning,lepas ni kalau saya dengar lagi pasal awak berdua..Siaplah,tahulah saya kerjakan,”Tegas cikgu Roslan.
“Awak berdua boleh balik kelas sekarang,”
Mastura dan Badrul hanya diam sahaja sepanjang perjalanan menuju ke kelas..
Semenjak peristiwa di beri amaran oleh cikgu Roslan,Mastura dan Badrul tidak lagi membalas dendam..Mereka sudah taubat..Taubat nasuha..Keadaan di kelas 4 Alamanda sudah kembali tenang..
“Kenapa ye aku dah tak nampak dah si setan besar?”Tanya Mastura kepada Rosnah.
“Eh,ko tak tahu ke?”Rosnah mengerutkan kening.
“Tahu apa?”Tanya Mastura lalu memndang Rosnah.
“Bad kan dah pindah ke KL..”Jawab Rosnah.
“KL..Tak tahu pun..Kenapa pulak,”
“Hai,ni Tanya banyak-banyak kenapa?Rindu ke?”Peli Rosnah.
“Tolong le..Aku saje je Tanya..Mana le tau dia dah mampus,”
“Hiii,ko ni..Tak baik cakap macam tu..Dengar cerita dia duduk dengan mak ayah dia,”
Lo,habis tu dia kat sini duduk dengan siapa pulak..Pelik bin ajaib!Memang dasar si setan besar.”Mastura meneruskan mengunyah kuih koci.
“Nenek dia le kot..Aku pun bukan tahu sangat..I’m not reporter,”Rosnah speaking bi..
Mastura termenung jauh..Kenapa aku tak tahu ye?Si setan besar ni pun satu..Pindah senyap-senyap..Kalau aku tahu boleh buat party besar-besaran..Tiga hari tiga malam aku buat..Ooohh,aku dah bebas..bagaikan burung bebas dari sangkar..Terbang tinggi…Huhuhu…Seronoknya..
“Oit,ternenung apa tu?”Segah Rosnah.
“Tak ada apa-apalah,”Mastura tersenyum lalu kembali mengunyah koci.
Lama-kelamaan Mastura semakin rindu dengan Badrul..Dia tidak tahu bagaimana perasaan rindu ini boleh timbul?Semasa Badrul ada perasaan bencinya kepada Badrul semakin menebal..Sentiasa tidak mahu mengalah..Mana boleh perempuan kalah dengan lelaki..Jatuhlah maruah perempuan..Betul tak?Ingat laki je ada ego..Perem puan pun adalah..
“Cik Mastura..Termenung kat siapa tu?Badrul berdiri di hadapan Mastura.
Mastura tersentap dari lamunan.Baru dia sedar yang dia masih berada di bilik bersama Badrul..
“Macam mana awak tahu saya kerja di sini?”Tanya Mastura.
“Hai,sejak bila berawak-awak ni..Buka ke saya si setan besar ke?”Badrul tersenyum.
“Syarikat ini keluarga saya yang punya,”Sambung Badrul.
Mastura tertunduk malu..Tiba-tiba hatinya berdebar-debar..Kenapa ni?
“Mas..Kenapa diam je ni?Bukan ke dulu banyak cakap ke?”Badrul merenung mata Mastura.
Hati Mastura semakin berdebar-debar.Jantungnya berdengup dengan lebih kencang apabila Badrul merenung dia dengan penuh makna.
“Saya nak awak buat satu kerja..Kerja ni senang je dan saya tak mahu awak bantah,”Badrul kembali serius.
“Kerja!”
“Ye,kerja…Saya nak awak setuju dulu,”
“Baiklah,apa dia encik Badrul,”Mastura cuba menenangkan diri.
“Jadi isteri saya..”
“Apa..?Awak dah gile ke!!!”Mastura terkejut.
“Memang saya gila..Saya gila semenjak kali pertama saya berjumpa dengan awak,”Badrul cuba memegang tangan Matura.
Mastura tidak tahu hendak berkata apa?Di fikirannya bermain pelbagai persoalan..Serius ke dia?
“Awak tidak boleh menolak..Saya akan umumkan pertunangan kita…Bulan depan saya hantar rombongan merisik di rumah awak,”Badrul memandang Mastura dengan penuh harapan.
“Tapi…”Mastura tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Mas…Saya cintakan awak!Saya serius ni..Awak tak cintakan saya ke?Saya betul-betul cintakan awak,”Badrul menyakinkan Mastura.
“Tapi Bad….”
“Mas..Saya sudah lama tahu yang awak berkerja di sini..Saya sayangkan awak…Please!Beri saya peluang kali kedua untuk menebus kesilapan saya yang dulu..”
Mastura memikirkan kata-kata Badrul tadi..Adakah dia pun cintakan Badrul?Adakah selama ini dirinya dikuasai egonya sendiri?Apa yang akan terjadi jika dia menerima lamaran Badrul?Apa kata budak-budak pejabat nanti?Pakwe aku musuh ku dulu..
“Mas…Hai,masih berkhayal lagi,”Tegur Badrul.
“Si setan kecil..”Badrul tersenyum..
“Kalau saya terima lamaran awak..Awak jangan panggil saya si setan kecil lagi tau,”Mastura mencebikkan muka..
“Apa maksud awak?”Badrul mengerutkan kening kehairanan.
“Saya Nur Mastura binti Hamzah atau si setan kecil sudi menerima lamaran daripada encik Mohd Badrul bin Zamani atau si setan besar,”Mastura ketawa..
Badrul turut ketawa…











    -Deella zakaria-

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons