Sunday, April 4, 2010

MAAFKAN AKU…..


Keindahan malam memang mempesonakan..Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati menjadi tenang..Asma mengusap-gusap perutnya yang semakin membesar..Lagi 4 bulan sahaja untuk bersalin..Sekali-sekala anak kandungan di perutnya menendang-nendang..Asma tersenyum..Alangakah seronoknya jika ada orang tersayang…Tiba-tiba senyuman Asma menjadi tawar…Kenangan setahun lalu mula bermain di fikirannya.
“Apa ibu peduli?Suka hati Asmalah nak pergi manapun?”Marah Asma.
Halimah hanya mendiamkan diri sahaja.Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengajar Asma lagi..Segala nasihat sudah tidak dipedulikan olehnya..Asma seorang yang keras kepala dan degil.
“Hendak pergi mana Asma?Dah malam ni..Tak elok anak dara keluar malam-malam,”Larang Halimah.
Asma tidak mempedulikan kata ibunya.Bagi dia hanya Mazlee sahaja yang penting dalam hidupnya..Hanya Mazleelah yang memahami dirinya.Mazlee adalah segala-galanya baginya.
Halimah tidak dapat melelapkan mata..Fikirannya hanya mengenangkan keadaan Asma.Hari semakin larut malam.Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Mana Asma ni?Ya Allah selamatkanlah anakku..
Asma berjalan perlahan menuju ke biliknya.Dia tidak mahu ibunya nanti akan sedar dari tidur..Dia meletakkan beg galas di atas meja sebelah katil lalu baring di atas katil..Asma tersenyum memikirkan kata-kata Mazlee di kelab tadi..Sungguh romantis..Alangkah bahagianya dapat memilikimu sayang…Asma memejamkan mata..
“Asma,sudah-sudahlah tu,”
“Ibu sibuk apa pasal,”Marah Asma.
“Ibu tahu kamu sekarang berkawan dengan lelaki Mat rempit,”
“Ibu..Meman Lee Mat Rempit tapi dia baik,”Asma mengambil begnya lalu beredar dari situ.
“Asma!Asma….!!!”Jerit Halimah.
Asma mengeluh..Bayi dalam kandungannya masih menendang lagi..Doktor kata bayinya lelaki..Kata-kata doctor membuat dia gembira seketika..Dia tahu anaknya yang bakal dilahirkan bukanlah dari keturunan yang baik-baik nanti..Anaknya adalah anak luar nikah..Maafkan mama sayang..Mama berdosa..Mama berdosa dengan sayang dan ibu..Asma mengesat air matanya di pipi..
“Abang janji akan kahwin dengan Asma nanti..Abang akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang berlaku ke atas Asma,”Asma ingin kepastian.
“Abang janji..Abang sayangkan Asma,”Mazlee memeluk Asma.
“Asma pun sayangkan abang juga,”Asma tersenyum berpuas hati dengan kata- kata Mazlee itu.
Asma rela dirinya kehilangan dara..Satu-satunya anugerah yang harus dijaga dan dipelihara seorang wanita yang belum berkahwin.Dia mencintai Mazlee sepenuh hatinya..Sehingga sanggup mengadai maruah diri dan keluarga.Hanya Mazleelah segala-galanya bagi dirinya..Jiwa remaja yang ingin disayangi dan menyayangi.Tiba-tiba kepalanya berasa sangat pening.Bagaikan ada jarum yang mencucuk kepalanys bertalu-talu..Lama-kelamaan penglihatan matanya semakin pudar..Asma jatuh lalu pengsan.
Tiba-tiba Asma mendengar seseorang menangis di sebelahnya..Siapa itu?Dirinya masih lemah untuk membuka mata…Siapa yang menangis tu?Ibu ke?Kenapa?Asma cuba memaksa dirinya membuka mata..Penglihatannya kabur..Hanya bayang-bayang seorang wanita..Ibu ke?Kat mana aku ni?Macam mana aku boleh berada disini?Asma cuba bersuara.
“Ibu….Ibu ke tu?”Tanya Asma dengan percakapan yang tersekat-sekat.
“Asma…Kenapa dengan kau nak.?Kenapa kau buat  ibu macam ni?Apa salah ibu?”Halimah tidak dapat menahan sedih lalu menangis lagi.
“Ibu..Kenapa dengan Asma?”Asma bingung.
Tiba-tiba muncul seorang yang berpakaian puth.
“Mak cik..Sila ke bilik doctor dulu..Anak mak cik ni kena banyak-banyak berehat,”
Halimah hanyan mengikuti arahan jururawat tadi tanpa berkata apa-apa.
Asma masih hairan..Timbul pelbagai persoalan dalam kepalanya..Kenapa dengan diri aku ni?Apa yang berlaku?

“Awak Asma binti Yusuf,”Tanya seorang Ispektor.
“Ya saya..Kenpa?Asma mengerutkan kening kehairanan.
“Saya Inspektor Mazlan..Sebelah saya Cif Ali..Awak kenal lelaki ini,”Inspektor Mazlan menunjukkan gambar.
“Ini Lee..Apa yang telah berlaku dengan dia?Asma makin bingung.
“Lelaki ini di syaki telah terlibat dengan satu penyeludupan dadah dan penjualan gadis-gadis di bawah umur ke luar Negara,”
Asma terkejut mendengarnya..Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi..Hanya menangis sahaja..Halimah memeluknya..Selama ini dirinya telah tertipu..Tertipu dengan seorang lelaki bertopengkan manusia..Sampai hati kau Lee..Mana janji-janji manis kau dulu.Kau hanya mempergunakan aku sahaja..Kau mempermainakn perasaan aku sahaja.Apa yang harus aku lakukan..Nasi sudah menjadi bubur.
“Ibu maafkan Asma..Asma banyak berdosa dengan ibu..Asma malu.Malu dengan diri Asma,ibu dan masyarakat,”Asma memeluk ibunya dengan lebih erat lagi.
“Asma..Ibu sudah lama maafkan Asma..Mana ada ibu yang bencikan anaknya,”Halimah mengesat air mata Asma.
“Ibu..Asma berdosa,”
Tiba-tiba muncul doctor Sahrul..
“Maaf puan..Saya hendak memeriksa anak puan,”Kata doctor Sahrul.
Halimah mengikut sahaja arahan doctor Sahrul itu.
“Doktor..Apa yang harus saya lakukan,”Halimah tiba-tiba bersuara.
“Puan..Ini semua takdir dari Allah..Bnyak-banyakkan bersabar..Jangan cepat berputus –asa..Macam inilah..Nanti saya hubungi kawan saya di pusat pemulihan akhlak Darul Sakinah..Dekat situ mungkin anak puan boleh pelajari sesuatu yang berfaedah dan mendapatkan kembali kekuatan untuk teruskan hidup,”Kata doctor Sahrul lalu tersenyum.
Asma tidak dapat menahan kesedihannya..Tiba-tiba air matanya menitis lagi..Sungguh besar pengorbananmu ibu..Maafkan Asma selama ini..Asma anak derhaka ibu..Maafkan Asma..
Asma hanya melihat sahaja keadaan di Darul Sakinah..Rupa-rupanya ramai lagi yang senasib dengan aku..Ditipu oleh seorang lelaki..Asma dikenalkan oleh seorang wanita..Sungguh manis wajahnya..Hati Asma menjadi tenang apabila memandangnya.Dia memperkenalkan dirinya dengan gelaran puan Fatimah di Darul Sakinah..Puan Fatimah menunjukkan biliknya.Ada seorang gadis berpakaian baju kurung dan bertudung labuh menyambut Asma dengan sebuah senyuman..
“Selamat datagn ke Darul Sakinah,”Kata wanita tersebut.
“Asma..Ini Imtisal,”Puan Fatimah memperkenalkan rakan sebilik Asma.
“Selamat berkenalan,”Kata Imtisal lalu tersenyum lagi.
Asma menyambut salam Imtisal lalu tersenyum.
Kehidupan di Darul Sakinah memang menyeronokkan.Keadaan disini amat berbeza dengan kehidupannya yang dahulu..Hidup dalam kepura-puraan..Hnya mencari keseronokkan di dunia..Puan Fatimah banyak mengajar Asma dan rakan-rakan yang lain tentang kehidupan akhirat..Sebagai seorang remaja memang banyak cabaran dan dugaan yang datang..
“Asma..tidak baikduduk kat luar malam-malam,”Tegur Puan Fatimah.
“Baik Puan,”Jawab Asma lalu menutup pintu..Bayinya masih menendang lagi..Sungguh aktif..Jangan nakal-nakal ye sayang..Tidak baik..Asma tersenyum..







                                                                 -Deella zakaria-

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons