Saturday, April 3, 2010

Hakikat


Imtisal melihat jam tangan di tangan kanannya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Lagi 10 minit kapal penerbangannya akan melepas ke Amsterdam. Fikirannya masih rungsing. Kehadiran orang yang dinanti-nanti masih lagi tidak muncul-muncul. Biarlah, mungkin dia sudah lupa. Kata hatinya. Imtisal melihat di sudut kanannya. Sepasang suami isteri sedang berbual mesra. Anaknya yang berada di bahagian belakang tidak mengendah akan perbuatan ibu dan ayahnya. Mungkin inilah budaya masyarakat Barat sekarang. Tiada adat hormat pada orang sekeliling. Fikiran Imtisal masih buntu. Adakah dia patut telefon ataupun tidak? Emmm... Agak susah membuat pilihan.

Suara kapten penerbangan mengatakan lagi 10 minit penerbangan akan melepas. Pramugari dan pramugara sibuk membantu penumpang mengenakan tali pinggang. Imtisal tidak mempedulikan keadaan itu. Dia melihat keadaan diluar tingkap. Melihat pemandangan di luar agak mengerunkan. Mungkin ini kali pertama Imtisal menaiki kapal terbang. Dia cuba melelapkan mata. Tetapi peristiwa itu berulang kembali... Kenapa? Kenapa mesti ada peristiwa itu... Ya Allah!!!

"Kamilah ibu bapa kandung Maria,"
 Hancur hati Mak Jah apabila mendengar. Dia tidak menyangka Imtisal yang dia jaga selama ini masih mempunyai ibu dan ayah lagi. Imtisal hanya menangis apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya sedih..Sangat sedih. Mengapa sekarang baru mengaku? Kenapa tidak dari dahulu lagi? Kenapa?????????

" Kami datang ke mari hendak membawa imtisal pulang bersama kami. Ini surat dari Mahkamah. Kami harap awak fahamlah perasaan kami ini," Joshep menyambung kata isterinya itu.Perasaan! Habis perasaan kami ni bagaimana? Ada awak memahaminya. Imtisal memberontak dalam hatinya. Airmatanya masih megalir. Dia tidak sanggup berpisah dengan Mak Jah dan Pak Kassim. Tetapi kenapa mereka akur dengan pasangan suami isteri itu? kenapa? Ibu cakaplah! Ayah!!

"Cik mahu membuat pesanan," Kata Pramugari itu dengan sopan.
"Oh, tidak mengapa," Balas Imtisal.

 Penumpang di sebelahnya sudah lama diulit mimpi. Matanya masih tidak mengantuk lagi. Kadang-kala dia melihat telefon bimbitnya. Masih tiada lagi panggilan. Adakah dia harus memulakannya dahulu? Fikit Imtisal. mengapa egonya tinggi sangat. Bukan ini yang dia mahu. Tetapi keadaan yang memaksanya bertindak sedemikian. Maafkan Sal. Sal tahu Sal bersalah. Tetapi fahamilah Sal, keadaan yang membuat Sal bertindak begini. Imtisal masih lagi melihat telefon bimbit. Keadaan diluar gelap gelita. Kadang-kala Pramugari datang melayan penumpang yang mahukan sesuatu.

Imtisal terjaga dari tidur. Dia melihat di luar tingkap. Sinaran matahari sangat cantik. Suara kapten penerbangan kedengaran. Dia memberi arahan agar semua penumpang memakai tali pinggang pesawat kerana tidak lama lagi pesawat akan mendarat. Sesampai sahaja di Amsterdam keadaan cuaca sangat sejuk. Imtisal mengambil skraf dan membalutnya di leher. Sapu tangan dipakainya. Dia melihat disekelilingnya. Masih tiada orang yang ditunggu-tunggunya. Imtisal pun menuju ke kerusi panjang di sudut kedai cendermata. Sekali-sekala dia mengesel-gesel tangan supaya tangannya berasa hangat.


Imtisal melihat sekeliling. Masih tiada orang dinanti-nantinya. Bagaimana keadaan Mak Jah dan Pak Kassim.. Peristiwa itu bermain di fikiran Imtisal.
" Pergilah nak, ibu dan ayah izinkan," Kata Mak Jah dengan nada yang sedih.
" Tapi bu, sal tak mahu..Betui sal lebih suka tinggal di sini," Kata Imtisal bersungguh-sungguh.
"Tapi mereka ibu dan ayah kandung Sal. Sal nak jadi anak derhaka. Sal tahukan apa balasan bagi anak yang derhaka,"
" Sal tahu, tapi ibu dan ayah jugakan ibu dan ayah Sal. Takkan Sal nak berpisah dengan ibu dan ayah," Jawab Imtisal.
"Sudahlah Jah. Sal, ibu dan ayah sayang Sal tapi mereka lebih terhadap Sal. Sal anak kandung mereka. Pergilah. Ibu dan ayah izinkan," Kata Pak Kassim pula.
Imtisal hanya mendiam sahaja. Dia tidak berkata apa-apa. Akhirnya dia menurut sahaja kata-kata Mak Jah dan Pak Kassim.

"Maafkan saya, awak Imisal," Tegur seorang pemuda.
" Ya, saya Imtisal. Siapa awak?" Imtisal kehairananya.
"Awak masih tidak mengenal saya," Kata lelaki tersebut.
" Awak siapa?" Nada Imtisal meninggi.
"Mesti awak terkejut mendengarnya," Lelaki tersebut tersenyum.
" Saya Mazlee.."
Imtisal terkejut mendengarnya.....

"Awak.........." Imtisal tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Ya, sayalah orang yang awak tunggu selama ini," Mazlee tersenyum.
Imtisal masih berdiam diri. Dia betul-betul tidak sangka. Inilah lelaki yang dia tunggu di  KIA semalam.
"Awak tidak sihat ker? Keadaan cuaca disini memang sejuk waktu ini. Nasib baik awak bawa baju tebal. Kalau tidak mungkin akan jatuh sakit.
Imtisal masih berdiam diri. Fikirannya keliru. Inikah lelaki yang dia tunggu selama ini. Macam mana dia kenal saya? Kata Imtisal dalam hati.
"Awak ok ker? Tanya Mazlee.
"Ha, saya ok. Agak sejuk disini," Imtisal mengubah topik.
"Biasalah, kali pertamakan datang sini,"
Imtisal hanya menurut sahaja.

Imtisal melihat keadaan diluar tingkap. Sungguh cantik pemandangan di sini. Teringat Imtisal kepada Mak Jah dan Pak Kassim di kampung. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang? Jika kejadiaan tersebut tidak berlaku mungkin dia tidak berada disini sekarang. Tetapi buat masa ini ibubapa kandung Imtisal  memerlukan dia sekarang. Mereka memerlukan dia buat kali terakhir. Sebagai penghormatan terakhir kepada mereka. Imtisal tidak sangka perkara ini akan berlaku. Betul dia tidak sangka. Berdosakah aku menolak mereka dahulu? Derhakakah aku? Ya Allah ampunlah dosaku. Ku tidak sangka keadaan ini akan yang terjadi. Aku hanya mampu berserah kepadaMu. Syukur alhamdullilah kejadiaan itu berlaku selepas ibu bapa kandung Imtisal mendapat hidayah. Allahhu akhbar! Allah Maha Besar! Kaulah yang mengetahui sesuatu kejadian. Ya Allah, tertempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang soleh dan solehah. Amin.

Imtisal melihat Mazlee. Jejaka misteri bagi ku dahulu. Dialah yang kutunggu selama. Ku tidak sangka sekarang dia didepan mataku sekarang. Lelaki ego! Itulah tafsiranku dahulu. Rupanya tafsir jauh terpesong. Ku tidak sedar selama ini dialah yang menolongku semasa ibubapa kandungku di hospital. Aku hanya mampu berdoa sahaja waktu itu. Bukanku tidak mahu melawat mereka. Tetapi aku jauh di Malaysia. Terima kasih Mazlee. Pergorbanan kau hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Kata hati Imtisal.

"Kenapa pandang saya macam tu"?Tegur Mazlee.
" Tidaklah," Imtisal mencari alasan.
" Eleh, macam saya tidak perasan," Senyum Mazlee.
"Betul,"
Mazlee masih tersenyum.
" Awak masih marah ibubapa awak ker lagi?" Tanya Mazlee.
"Kalau saya marah pun mereka tetap ibubapa kandung saya. Perkara lalu biarlah ia berlalu begitu sahaja. Setiap manusia pernah membuat kesalahan. Tetapi saya bersyukur sangat. Mereka akhirnya menemui nur Islam. Perkara itu yang penting bagi saya," Jawab Imtisal panjang lebar.
Mazlee tersenyum lagi.

Imtisal melihat potret ibubapa kandungnya di dinding ruang tamu. Dia tersenyum. Walaupun hakikat itu  menyakitkan. Dia berasa gembira. Sekurang-kurangnya dia masih kenal ibubapa kandungnya ketika mereka masih hidup. Imtisal melihat sekeliling rumah. Dia rasa terhibur melihat dua orang kanak-kanak itu bermain.
" Maafkan saya. Awak Imtisal?" Kata seorang wanita bertudung labuh.
" Ya saya Imtisal,"
" Saya Maisara, kawan kepada Jamilah. Maksud saya Barbara,"Maisara membetulkan katanya.
 "Tidak mengapa,"
"Sebelum Barbara meninggal dunia, dia ada memberitahu saya yang dia mempunyai seorang anak kandung bernama Imtisal. Dia selalu bercerita pasal awak kepada saya. Bagi saya awak sangat beruntung mempunyai ibubapa seperti Joseph dan Barbara. Sebelum dia meninggal dunia dia sangat berharap dapat berjumpa dengan awak, Imtisal. Dia juga berharap awak dapat memaafkan kesalahan dia yang dahulu. Dia tahu awak ni seorang anak yang baik. Dia bersyukur sangat awak dididik dengan baik oleh keluarga angkat. Dia juga bersyukur kerana awak dia dan Joseph menemui hidayah," Maisara tidak apabila Imtisal menangis dengan teresak-esak.
Mazlee yang berada luar gegas menuju ke arah Imtisal apabila mendengar Imtisal menangis. Orang yang berada dirumah itupun melihat keadaan Imtisal itu.

" Imtisal awak ok?" Maisara berasa risau melihat keadaan Imtisal itu.
" Akak... Saya berdosa kak. Saya tidak menghargai ibubapa saya sendiri semasa mereka hidup. Saya tidak berada disisi mereka semasa mereka memerlukan saya. Saya berdosa kak....." Imtisal tidak dapat meneruskan kata-katanaya.
" Imtisal janganlah berkata begitu. Allah lebih menyayangi mereka. Kita hanya berdoa sahaja. Mereka tahu mengapa Imtisal tidak dapat bersama mereka. Mereka redha Imtisal," Maisara memujuk Imtisal.
Mazlee dan orang berada disekeliling hanya melihat sahaja keadaan Imtisal dan Maisara itu. Mereka berasa sedih dan terharu melihat keadaan Imtisal itu. Mereka mengerti akan keperitan hatinya.
"Akak...Betulkah kata akak ini," Imtisal mahukan kepastian.
" Ya Imtisal, mereka redha. Mereka berkata kepada akak mereka berasa bertuah mempunyai Imtisal sebagai anak mereka. Imtisallah anak mereka dunia akhirat. Mereka juga memohon maaf segala kesilapan mereka dahulu terhadap Imtisal. Bukan niat menghantar Imtisal ke Rumah anak-anak yatim. Tetapi waktu itu mereka masih muda. Mereka tidak tahu waktu itu tindakan mereka salah,"
" Imtisal maafkan mereka. Imtisal sayang mereka dan juga Pak Kassim dan Mak Jah," Imtisal mengelap air matanya di pipi.
" Sudahlah Imtisal...Ha Imtisal tidak makan lagikan. Jom makan dengan Mazlee,"
Imtisal hanya tersenyum melihat gelagat Mazlee itu seperti seorang kanak-kanak.

"Awak terima kasih tolong saya,"
"Kasih di terima,"
Imtisal tergelak mendengar kata Mazlee. Tekaannya selama ini mengatakan Mazlee ego memang jauh meleset. Baru dia tahu kelakuan Mazlee ini.
"Macam mana kalau saya minang awak,"
"Ha," Imtisal terkejut mendengar kata Mazlee.
"Awak ni biar betul,"
"Haaaa..., malulah tu," Usik Mazlee.
"Tak adalah. Awak ni jer yang buang tebiat. Saya tidak kenal awak pun,"
"Tak pelah kita kenallah lepas kawin,"
Imtisal mengerutkan kening.
"Gurau jerlah," Mazlee ketawa.
Imtisal pun turut ketawa..
"Tapi kalau jadi apa salahnya kan" Mazlee menjeling ke arah Imtisal.
" Haaa..." Imtisal memandang tajam ke arah Mazlee.
Mazlee hanya senyum.





deella zakaria

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons