Saturday, November 27, 2010

BagaiMana nak PupuK dIRi suKa MembaCa??? SenaNg aje.. M0h TeMan BagI tIPs MudAh.................::)


Jangan marah kalau saya katakan majoriti masyarakat di Malaysia tidak suka membaca buku. Especially buku-buku yang tebal-tebal.. Kebanyakkan diaorang akan cakap BUSYLAH,....BORING BACA BUKU TEBAL-TEBAL....SAYA MEMANG TIDAK SUKA MEMBACA DARI KECIL!!!


Semua itu hanya alasan sahaja. Tahukah kita sesebuah negara yang maju disebabkan rakyatnya berilmu dan suka membaca.. Sebagai contoh masyarakat Eropah.. Masyarakat Eropah sangat suka membaca dan sentiasa membawa buku dimana-mana sahaja. Berbanding negara kita yang hanya berminat membaca surat khabar dan merasakan sudah cukup hanya membaca surat khabar...Argggggggg!!!

Sikap sebegini kita harus buang dan mulalah pupuk minat membaca kerana amalan ini banyak faedah bagi kita dan kehidupan kita nanti...Ayuh jangan buang masa lagi.. Moh kita ikut tips ini.......................................::::::

1... Pertama sekali kita kenalah tetapkan nawaitu untuk minat membaca kerana segala amalan yang kita lakukan bermula dengan niat.. Jangan lupa tu.

2...kalau sesiapa yang tidak pernah membaca dalam hidupnya saya sarankan bermula dengan buku-buku yang ringan-ringan sahaja. Contohnya seperti majalah-majalah yang memberi info kepada kita.. Lebih santaikan...

3... Anda juga boleh membaca blog-blog di internet. Sekarang ini banyak blog-blog yang mempaparkan tentang inf0-info terkini.. Tapi jangan pula baca benda-benda yang mengarut.. Buang masa kome je..

4...Anda juga b0leh membeli buku-buku atau novel-novel yang boleh menarik minat anda membaca. Contohnya kalau anda minat dunia halus-halus ni.. Bolehlah beli novel hantu.. Kalau anda seorang Mat atau Minah jiwang.. Belilah novel-novel cinta.. Mana le tau satu hari nanti anda boleh jadi novelist pulak..Kan2x

5.... Jangan beri alasan malas dan sebagainya. kalau anda hendak tahu kebanyakkan orang-orang Er0pah ini kat t0ilet pun membaca..Tapi kalau betullah anda ini memang jenis busy je 24 jam.. Saya sarankan sebelum tidur cuba baca buku.. Ambil masa 15 minit untuk membaca.. Sekurang-kurangnya anda latih diri untuk membaca.. Selain itu, kalau-kalau tengah tunggu meting ker? client ker? Anda cuba isi masa dengan membaca.

6...Apa kata hujung minggu ini anda luangkan masa di library.. Ambil masa selama 2 jam untuk membaca buku.. Selepas itu bolehlah anda teruskan aktiviti anda seterusnya.. Aktiviti-aktivit yang biasa anda lakukan  pada hujung minggu.. Bolehkan ubah sikap jadual harian anda pada hujung minggu.

7... Agak susah juga hendak start membaca buku ini.. Terutamanya buku-buku tebal.. Saya sarankan anda mulalah dengan membaca secara perlahan-lahan.. Ambil masa 1 jam sehari.. Selepas itu, 3 jam sehari dan seterusnya.. Kaedah ini saya amalkan mula-mula saya membaca buku.. Cubalah..

Finally, I h0pe tips-tips ini membolehkan anda minat membaca buku.. Tidak kiralah jenis buku anda baca.. Tapi jangan buku-buku yang bukan-bukanlah.. Membaca buku amat berfaedah kepada diri kita.. Ianya membolehkan diri kita berfikir dan menjadi seorang yang matang..............""""""""""""".....................

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons