Mengapa kita masih membisu? Adakah kerana ego yang menguasai diri sehingga kita hanya diam membisu? Sudah lama rasanya.. Mengapa kita harus begini? Bolehkah kita bercinta? Seperti mana pasangan yang lain.. Ataupun kau sudah berpunya.. Argggggggg!!! Penat rasanya.. Menunggu jawapan yang bila akan diungkapkan.. Adakah aku yang harus mengalah..Tidak!!!! Aku berpegang dengan prinsip.. Maaf.. Mengapa ku biarkan diri hanya berdasarkan takdir… Arggg!! Aku memang begini.. Bila ego menguasai diri.. Betul aku seperti novel Aa+Bb.. Lantaklah..Kalau jodoh aku dengan dia ada kahwinlah aku nanti.. Kalau tidak ada sejauh mana perhubungan itu tidak juga sampai ke alam perkahwinan.. Biarku tumpu dulu pengajianku… Itu yang paling penting.. Soal jodoh itu ku letak nombor dua.. Apa susah kalau tidak ada pakwe bukan mati pun.. Last2 aku suruh je mak aku carikan..Sekarang ini zaman moden.. Lantaklah perempuan cari lelaki.. Cakap jelah spesies lelaki semakin pupus.. Tapi kalau lelaki bagi reason ni untuk kahwin empat minta maaf.. Aku bukan perempuan yang suka share ni.. Walaupun aku ni suka je cakap sharing is caring and caring is loving.. Mau je aku baling periuk belanga nanti.. Sebelum kahwin buat agreement dulu… Bukan apa ni kira keselamatan untuk aku nantilah.. Mana aku tahu apa yang berlaku pada masa depan.. Lain kalau aku tahu..
Kalau aku tidak ada jodoh dengan dia.. Aku terima.. Maybe Allah memberi peneman hidupku yang sesuai dengan diriku.. Yang boleh membimbingku dunia akhirat.. Tapi kalau boleh aku nak macam Asyraflah.. Bukan Asyraf Sinclair.. Asyraf Imam Muda tu.. Setiap kali tengok tv rancangan Soalnya Asyraf.. Sejuk je hati aku.. Entahlah.. Nape eik??? Cinta pandang pertama ker?? Kih2x.. Dalam mimpi bolehlah.. Entah-entah dah kahwin… Aiseman… Melepas aku.. Kalau Asyraf Muslim aku mesti tersengih-sengih.. Jangan ingat pula aku buat iklan gigi.. Aku pun tak tahu nape aku macam tu.. Sebab dia popular kot.. Tak pun hensem sangat.. Tapi kalau aku dapat pun apa salahnya.. Aku pun single lagi.. Dia pun single.. Kira bolehlah tu.. Kihkihkihkih… Tak payah mak aku carikan nanti.. Kalau mak aku dengar mesti buat muka masam mencuka.. Dalam hati mesti kata anak aku ni nak jadi andartu kot.. Dalam mimpi jelah… Huhuhu.. Tak pa lah nanti aku suruh jelah cari nama asyraf.. Kalau aku dah kemaruklah.. Tapi sekarang ni idak leh.. Aku masih muda lagi.. Banyak benda nak buat lagi..
Impian aku pun tak tertunai lagi ni.. Adoiiiiiiiii!!! Bila nak tunai.. Tinggi sangat ker cita-cita aku tu.. Aku rasa tak lah tinggi sangat.. Gunung Everest lagi tinggi.. Takpa lah aku boleh masuk roda impian.. Mudah-mudahan impian aku tercapai.. Kalau susah sangat aku masuk jelah program reality.. Sekarang ni program reality tumbuh bagaikan cendawan.. Berfalsafah pulak aku.. Tidak apa sekali-sekala apa salahnya… Aku boleh nyanyi lagu Amy Mastura.. Tidak pun berlakon cerita Puteri Impian versi akulah..Huhuhu… Kalau aku bagitahu kawan aku ni confem dia orang suruh kahwin dengan dato je.. Tak pun kahwin dengan sultan.. Jadi bini nombor dua.. Baru impian aku tercapai semuanya… Apa Kes.. Aku nak kahwin yang hensem dan kaya je.. Hehehehehe… Matrealistik pulak.. Tak pelah aku cakap je salah satunya.. Mudah-mudahan Allah kabulkan.. Tapi Aku ikut sunnah Nabi tau.. Aku nak pergi tiga tempat paling bermakna bagi umat islam.. Tempat yang banyak kisah dan sejarah.. Tempat yang banyak penderitaan dan ketaatan.. Tempat kalau kita solat akan berganda pahala kita.. Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.. Aku harap aku bolehlah pergi… InsyaAllah...
Aku ni suka melihat orang.. Aku suka tengok tingkah laku orang.. Kadang-kadang aku nak tergelak juga.. Mana-mana orang perasan.. Bukan syok dengan dia pun kalau aku pandang.. Tapi orang macam ni aku lagi syok pandang.. Sebab aku suka buat dia lagi perasan.. Tapi aku ni lemah sikit dengan laki alim.. Bukan apa aku jadi malulah.. Setiap kali aku pandang dia orang mesti tunduk bawah.. Aku jadi malulah.. Aiseman.. Pemalu rupanya aku ni.. Ingatkan brutal.. Tapi brutal aku pun masih ada sifat perempuan dalam diri.. Tak caya sudahlah.. Aku cakap jujur ni.. Honest orang putih cakap.. Kalau tidak macam mana aku boleh dengan suami aku sekarang.. Dia yang membimbing aku menjadi seorang wanita yang tahu menjaga adab-adab dan keharmonian rumah tangga.. Walaupun aku tahu dia bukanlah lelaki yang sempurna..
Dia kehilangan kedua-dua matanya sepertimana keadaan Kassim Selamat.. Walaupun dia buta tetapi dia mencintai dan bertanggungjawab.. Aku bahagia dengannya.. Dia tahu akan impianku.. Dan sanggup bekerja siang dan malam bagi merealisasikan impian aku itu.. Dia berusaha dalam memajukan kedai bukunya..Kerna dia sudah berjanji dan setuju dengan agreement aku buat dulu.. Bodohnya aku… Masih ragu-ragu lagi dengan cinta dia.. Maafkan Mia bang.. Abanglah lelaki terawal dan terakhir dalam hidup Mia.. Mia tidak memerlukan sesiapa lagi.. Tidak lagi Asyraf Imam Muda, Asyraf Muslim atau Asyraf mana-mana lagi.. Cukuplah dengan abang.. Kerna Abang bermakna dalam diri Mia..Semoga cinta kita berkekalan dan berbahagia di Syurga.. Insya Allah…